Friday, June 5, 2015

TERLAJAK

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya!


Untung naik perahu, boleh reverse lagi walau payah. Kalau nak ke muara rindu, tapi terlajak ke muara cinta pun boleh patah balik lagi. Nak mintak maaf pun boleh lagi kat penumpang sebab terlajak. Kalau dapat penumpang baik, ape nak heran terlajak sikit kan. Boleh jejalan tengok pemandangan.


Tapi, sedih sikit kalau kita laju meluncur kata. Orang kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dah terlepas cakap, nak mintak maaf, sorry la. Kalau orang tu ok, dia maafkan. Tapi, sebenarnya, terlajak kata ni boleh bunuh hati manusia. Tak payah pakai pisau, pistol, rifle, sniper bagai. Cukup lidah jadi senjata.

Manusia ni, lahir-lahir tak jadi nabi, tak jadi rasul. Nak serupa macam nabi ngan rasul, jauh sangat. So, pasti akan ada rasa marah, sedih, geram dan sebagainya. Tak maksum. Jadi, nak habaq nya, manusia ni boleh memaafkan, tapi tak ramai yang mampu melupakan. Lagi-lagi kalau rasa hati dah kena bunuh dengan kata durjana yang orang lempar suka hati dia. Dalam usaha nak mencontohi tauladan nabi, kita akan terus terusan diuji.

Depan-depan tak mahu jujur. Bila belakang, tikam, tembak sampai habis peluru. Bijak cara permainan itu.Tak apa. Mengadu domba, bukan aku. Tapi hidup ada KARMA!

Ada dosa, ada pahala. Ada malaikat, ada iblis. Ada syurga ada neraka. 
Ada ubi ada batas, ada hari, tuhan balas! Chill kawan...

Friday, May 29, 2015

KECEWA DAN DIPERSIA

Menebas semak dan cuba membersihkan sawang yang bersarang.

Minggu ini, aku kira minggu yang cukup suram bagi aku. Dihimpit dengan berita yang aku sudah jangka, namun tak menyangka akan menampar dalam sela waktu yang rapat. Mungkin ini "panggilan bangkit" barangkali bagi aku.

Selama ini aku cukup merasa selesa dengan apa yang aku punya. Itu yang aku perlihatkan pada mereka. Namun, jauh di sudut hati aku masih berjaga. Peristiwa 3 tahun lepas yang membawa aku merasa betapa tiada warna hidup tanpa kerja.

Pengalaman yang membawa aku ke daerah rasa yang seperti dipersia dan dilepaskan begitu saja. Ketika itu yang aku belum bersedia. Tapi, hari ini, saat ini, aku merasa lebih gembira. Redha dengan apa yang bakal aku terima.

Benar, pengalaman lampau mengajar menjadi lebih dewasa. Pengalaman lampau menjadikan kau lebih dewasa. Berfikir dalam corak yang lebih sempurna.

Tapi, aku ini manusia biasa. Tetap akan ada rasa yang seperti kecewa. Ya, kecewa. Bukankah kita manusia biasa yang sering merasa kecewa kerana meletak harapan pada manusia durjana?

Perancangan kita hanya sebatas cuma. Aku merancang untuk tinggalkan segala. Mencuba dalam tapak dan langkah yang berbeza. Menempuh risau yang selama ini aku kumpul dan membentuk ketakutan. Ini masanya untuk aku rempuh. Biar retak dan pecah berderai segala.

Dalam sebal yang aku rasa, masih ada yang sudi menerima. Aku punya kelebihan dalam kekurangan yang aku juga tak pernah terlihat dek mata. Mana mungkin aku mampu melihat apa yang aku ada dengan sempurna. Kerana asyik menatap yang ada di sekitar jasad bernyawa. Sedang lupa apa yang aku punya.

Semalam dan hari ini jaraknya tak lama. Sama juga hari ini dan esok yang bakal tiba. Perjalanan ini bukan perjalanan biasa. Bukan untuk aku sahaja, tapi juga untuk kita bersama. Kalau hari ini aku jatuh, dan aku lupa untuk ucap rasa syukur, aku harap kalian semua ada. Ada untuk ingatkan aku yang esok masih ada walau mati itu bila-bila masa.

Terima kasih Allah untuk persimpangan semalam. Menuntut aku memilih untuk ke pelabuhan seterusnya sebelum aku terus berperanan kembali.

- Cebis Nota : McZue

Wednesday, March 19, 2014

Tempat Singgah Aku

Kuatkah aku?
Dalam ranjau yang aku tak tahu
Dalam langkah yang beribu batu

Lemas!
Ya, hampir aku lemas
Kerana lemahnya aku

Namun,
Ada bisik dalam hati
Membawa nada ke minda
Ada wahyu yang menunggu.

Kau harus!
Aku harus!
Kembali kuat
Kerana aku tak tahu
Syurga untuk aku
Atau neraka tempat singgah ku.

-----------------------------------------------------------------------------
Yang lemah itu mampu kuat jika yang yakin itu buat!

"Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan dan ditambah sembilan tahun. Katakanlah, "Allah lebih mengetahui berapa lama mereka tinggal (di gua); milik-Nya semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; tidak ada seorang pelindung pun bagi mereka selain Dia, dan Dia tidak mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan." - QS 18 : 25-26

Aku Dan Dimensi

Aku dalam dimensi itu
Kaku
Layu
Bisu

Aku dalam dimensi itu
Telah mati segenap rasa
Telah hilang seluruh jiwa
Yang ada hanya jasad
Aku...

Dimensi itu
Membuta mataku
Menikam benakku

Diam Layu Bisu Kaku!
Aku yang terperangkap
Di dalam dimensi itu.

------------------------------------------------------------------------------

Terkadang yang layu dan kaku itu mampu kembali subur dan beralun mengikut sang bayu.

"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
-QS 11 : 115