Saturday, December 19, 2009

MAI PAKAT NGUNDI...

Sekarang nih, di laman KTi (Komuniti Teman Inteam), sedang berlangsungnya Pilihanraya Umum KTi bagi melantik saf kepimpinan yang baru utk sesi 2010.. So, aku nak ajak korang sume join KTi nih dan meh kita sama2 ngundi..

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

AL TAHFIZ BAYU SYAHADAH


Salam..sekadar ingin berkongsi impian murni abg nazrey johani (ahli ex raihan dulu) yang ingin mendirikan sebuah kompleks tahfiz di negeri kelahiran nya, iaitu Sabah. Sebagai langkah pertama, beliau sedang giat dalam usaha mencari dana dan tajaan bagi menjayakan projek ini. Antaranya dengan melakukan konsert de tour di universiti-universiti tempatan. Usaha murni beliau ini disokong oleh ramai kumpulan-kumpulan nasyid tanah air antaranya kumpulan inteam.

Untuk mereka yang ingin mengetahui perkembangan semasa dan juga untuk mengetahui kompleks tahfiz ini lebih lanjut, antum semua dijemput untuk ke laman sesawang kompleks tahfiz ini ; http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com/

atau di facebook: tahfizsyahadah
atau di twitter: http://www.twitter.com/tahfizsyahadah
atau email: tahfizsyahadah@gmail.com

sumber dipetik dari http://eblog.yeopmi.com/


Wednesday, December 16, 2009

MY FIRST DAY

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni aku dah berjaya melapor diri di ESQ. Tangguh punya tangguh, dpat jugak aku menjalankan tugas ku. Mula2 aku sampai di ofis pagi tadi, takde pe yang aku buat. Just duduk, bce newspaper. Boring yang amat. Hampir 2 jam aku tunggu aku nye supervisor datang. Ye la kan, nak lapor diri. Dukk je la melanguk... Hai.. Last2 dak ofis tu datang, bagi tau, Supervisor aku tu amik half day. So, after lunch baru masuk. Uih,,, Lama nak kena tunggu nih.. Aku pun mula malu. Ye la kan, tak tau nak wat ape... Tengok orang jer.. Malu la... Nampak sangat aku ni takde keje. Huuuuhuu..

Pastu, ade akk ni..Kak Suzana namae dia. Dia datang la kat aku... Dia suh aku tolong bhgn tele-marketing. Jmpe la ngan k.ida... K.ida pun tak tau nak bg pe kat aku. Aku dalam hati nih.. Bagi je la pape pun.. Susun2 kertas pun tak kesah... Hahahaa... Lastly.. K.ida bagi aku keje asingkan registration form ikut tahap training. Tak sampai 10 minit siap... Aku dah tak tau nak wat pe.. Kak Suzana datang.. Bawak kertas yang banyak.. Nak suh aku 'punch' kan... Orait jer.. Kejap je tu.. K.ida suh aku bukak ESQ nye website. Bace.. Aku dah tak tau nak bace ape kat website ESQ tuh.. Buat2 la bace...

And then, kitorang solat Zohor. Yang bestnye, berjemaah.. Walaupun ruang ofis kecik, tapi still boleh berjemaah. Zohor, Asar n Maghrib aku berjemaah di ofis. After solat Zohor, kitorang gi lunch sesame. Aku tak habiskan makanan aku.. Tak larat. Banyak sangat.. Sepinggan penuh mee goreng.. Tak baik betol ku hari nih. Heeehe.. After Lunch, Ku dapat keje baru. Ni baru betol. Sampai malam ngadap komputer. Amik nak kau.. Key in data.. Sakit pinggang aku. Last2 aku duk bersila atas kerusi tuh.. Huhuhu... Tak tahan sangat. After Maghrib, siap aku key in utk 3 event. Beratus2 nama aku kena key in.. Tu tak kira call lg.. Kalau call.. Mau takde suara aku dengan keadaan yang batuk2 skng nih. Settle je keje, makan kat ofis. Syok rupanya diorang nih. Klakar.. Aku makan makanan yang aku tak penah makan. Tauhu dengan sambal kacang. Nak muntah aku. Tak abis lagi.. Aku buang camtu je.. Ish3.... Esok kena makan nasik la... Tak boleh gini..

Dalam kul 8 lebih, baru balik umah. Satu lagi, yang bestnye company nih, takde punch card. Hahaha.. Bile aku keje kat sini, aku rase cam duk kat Indonesia... Mane tak nye, ramainye bapak2 Indonesia. Diorang la bos aku.. Hahahaha.. Tp diorang ok.. Cam bapak kita la.. Paling klakar Si Reza tuh... tak sangka aku.

K la... Cukup la utk hari nih... Aku cite lain kali lak.. Nnti, bile hp canggih aku dah ok, aku seltkan skali suasana dalam ofis aku. Suasana solat dan ape2 la... Wassalam..


Tuesday, December 15, 2009

AL MAJRITI TOKOH MATEMATIK

ABU Al-Qasim Maslamah bin Ahmad atau Al-Majriti diibarat ensiklopedia matematik, astronomi dan ilmu kimia, kerana memiliki pengetahuan luas dan mendalam mengenai sumber maklumat bidang berkenaan.

Beliau juga terkenal sebagai ilmuwan Islam yang sangat cemerlang di Andalus. Hakikat itu diakui ilmuwan Barat yang mengagumi buku hasil tulisannya, terutama mengenai akaun perdagangan.

Kepakarannya dalam teori bilangan dan angka menjadikan buku berkenaan rujukan seluruh dunia, selain hasil karangan mengenai perhitungan kejuruteraan.

Seperti biasa, pemikiran Barat menciplak hasil penemuan cendekiawan Islam tetapi apabila sudah maju, mereka lupa pihak yang membentuk peradaban kemajuan itu.

Al-Majriti berbeza dengan ilmuwan lain kerana ketelitian serta ingatannya yang kuat. Beliau sering menekankan bahawa mereka yang dikhususkan dalam bidang analisis sains seperti kimia, juga perlu mempelajari ilmu matematik dan sains.

Dengan gabungan pengetahuan itu katanya, umat Islam akan memiliki kelebihan dalam pekerjaan dari segi teori dan praktikal.

Penghasilan air raksa menunjukkan ketekunan dan ketelitian Al-Majriti apabila melakukan eksperimen yang akhirnya membawa kejayaan kepada kerjaya beliau.

Eksperimen yang terkenal itu memperlihatkan bagaimana beliau menukarkan satu perempat tabung air raksa menjadi serbuk berwarna merah, selepas diletak di atas api selama 40 hari.

Al-Majriti akan memerhatikan eksperimennya itu dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan pada air raksa yang membentuk oksida raksa hasil proses perubahan secara kimia.

Sebagai ilmuwan yang teliti dalam kerjayanya, beliau sentiasa mendorong penyelidik untuk mengkaji bahan kimia melalui proses percubaan di makmal.

Kesimpulan yang dicapai oleh Al-Majriti daripada kaedah percubaan di makmal ialah bahan yang terhasil adalah sama dengan kumpulan bahan kimia yang diuji melalui proses makmal.

Sebuah penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, iaitu sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.

Ia adalah cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan di tengahnya ada sebuah jarum penunjuk yang boleh bergerak.

Beliau menulis dua buku dalam bidang kimia bertajuk Rutbaj Al-Hakim dan Ghayah Al-Hakim yang menjadi rujukan ilmuwan Timur mahupun Barat hingga hari ini.

Menyedari pentingnya buku Ghayah Al-Hakim, Raja Alfonso memerintahkan agar buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1252 Masihi.

Buku lain karangan Al-Majriti ialah Thimar Al-Adad yang dikenali sebagai Al-Mu'amalat, Ikhtisar Ta'dil Al-Kawakib Min Zij Al-Battani, Rutbah Al-Hakim Fi Al-Kimiya, Al-Ahjar Rawdhah Al-Hada'iq wa Riyadh Al-Khala'iq serta Risalah Al-Asturlab, merangkumi ilmu sejarah, tabii dan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan.

Al-Majriti mempunyai ramai murid yang berjaya dalam kehidupan, seperti Abu Al-Qasim Al-Ghirnati, seorang jurutera dan ilmuwan dalam bidang perubatan dan Abu Al-Hakam Al-Karmani, seorang penduduk Cordova yang sangat terkenal sebagai pakar bedah dan jurutera.

Di sebalik kesibukannya mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta menterjemah buku ilmiah Yunani, Al-Majriti menggemari muzik, yang katanya, mempunyai persamaan dengan pengiraan ilmu matematik.

PROFIL
Nama: Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad
Gelaran: Al-Majriti
Tarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 Masihi
Tempat lahir: Majrit (Madrid)
Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di Andalus
Sumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi

SEKADAR CORETAN


Assalamualaikum....

Sudah agak lama aku tak mencoretkan sesuatu di ruangan blog aku sendiri. Rindu rasanya untuk bercerita. Mungkin dengan ini aku dapat luahkan apa yang tak dapat untuk aku luahkan. Hari ini, aku mula membuka diary ku. Impian untuk aku menjejakkan kaki ke ESQ kini sudah tercapai. Mungkin ramai yang tak mengenali ESQ. Tapi, tidak bagi aku. Aku mula mengenali ESQ sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam universiti. Namun hanya ku kenal wujudnya ESQ. Tak pernah aku tahu apakah rencana ESQ itu dan aku tak pernah terfikir untuk aku mengenali lebih tentang ESQ ini. Namun kebelakangan ini... Aku tidak pernah untuk tidak melawat laman ESQ. Itulah rutin aku bermula awal semester lalu. Mungkin kerana terlalu awal ku pasakkan niat untuk bekerja di ESQ.

Bukan ini yang hendak aku ceritakan sebenarnya. Melalut je nih.. hehheee.. Sebenarnya, hampir seminggu aku di Damansara ni. Cukup bosan ditinggalkan rakan serumah. Mereka masing-masing punyai agenda tersendiri. Sekarang mungkin mereka sedang menjalani modul di JANDA BAIK. Mungkin seronok. Arghhh... Bila masa untuk aku plak ni? Takpe la. Tunggu aje peluangnya pasti ada.

Aku kebosanan, kesunyian di rumah yang tinggi nih. Duk umah bertingkat2 ni, jadikan aku malas untuk naik dan turun walaupun ade lif. Nak makan pun malas nak turun. Ish.. Teruk betul. Tak tau la pe akan jadi pada aku nnti. Mungkin kurus barangkali. Heeehee.. Santapan aku setiap hari hanyalah roti, peanut butter dan maggi.. Sedih betul. Nasi mugkin cuma sekali sehari je.. Ada masanya, langsung tak makan nasi.

Setakat aku duk kat sini, aku sempat berkenalan dengan sorang wanita indonesia. Dia keje kt kedai dobi yang de kat blok aku duk ni. Jangan salah sangka, aku bukan ke kedai dobi tu nak hantar baju, tapi sebab aku cukup boring duk dalam bilik. So, layan je la. Borak la ngan dia. Orangnya ramah, sudah bersuami. Dah 3 tahun dia di Malaysia ni. Selama dia kat sini, tak pernah lagi dia balik ke Tanah asal dia. Usaha dia nak tolong family dia kat kampung menjadi pendorong buat aku. Dia tak pernah kenal erti putus asa bekerja dengan kerenah orang Malaysia yang bermacm ragam nih. Sempat aku melihat seorang pelanggan yang menghantar baju ke kedai dobi tu. Cukup sombong. Tanpa ucapan terima kasih, dia blah cam gitu je lepas hantar baju dia. Dia ingat pekerja tu ape? Dah la orang senyum, wat tak tau jer. Biar la.. Heheee.. Banyak yang aku dapat dari AKAK DOBI tu. Sepanjang aku kat sini, kalau aku tak tau selok belok kat sini, dia akan jadi tempat rujukan aku walaupun dia bukan orang kita.

Banyak ragam la sebenarnya. Aku jugak sempat berbual dengan 2 orang pakcik teksi nih. Sorang pakcik ni, dia very nice... Ramah dan cara dia jawab pe yang kita tanya cam pakcik2 yang baik la. Banyak info jugak aku dapat dari pakcik ni. Ape yang penting, pakcik ni doakan kejayaan aku di sini. Dia tau aku bukan orang sini dan student lagi. Jadi, banyak nasihat yang dia beri pada aku dengan aku boleh terima secara baik. Tapi, sorang lagi pakcik teksi ni (walaupun dia tak kawen lagi, aku nak panggil dia pakcik gak) dia bagi nasihat gak. Tapi, cara dia kau tak bape suka. Cara orang muda Melayu, bagi nasihat tapi, dia yang nak ngap kita lastly. Dia ingat aku nih ape? Budak kampung yang mudah termakan dek pujuk rayu? Nak bawak teksi, bawak je la. Banyak songeh pulak. Ade ke, mintak no phone? Aku bagi no tepon Ketua Polis dang Wangi (kawan abah) ngan bomba baru tau.. Ajak kuar jalan2 konon. Blah la lu..Baik aku duk je kat umah ni daripada kuar ngan orang cam tu. Eh, emosional plak dah. hehehe.. Saje je..

Cuma nak ingatkan diri sendiri je. Jangan mudah terperdaya dengan orang yang kita tak kenal. Apa yang penting, bila kita jauh dari pandangan kedua ibu bapa kita, takde sape yang nak guide kita, iman tu penting. Sebab tu la, kita kena kuat iman. banyakkan amal. Dan berserah pada Allah. Bergantunglah pada Allah nescaya kita tidak akan sesat dalam liku hidup ini. Bersikap jujur pada diri sendiri. Sampi sini je aku merapu. Lain masa akan ku sambung merapu merepek aku ye..


Sunday, November 8, 2009

BIARKAN

Drama tari burung nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari

Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki sang pelangi
Siapa yang kan mengerti

Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja

Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Menggempar inderagiri

Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia yg tak mungkin
Akan engkau fahaminya

Biarkan
Biarkan saja berlalu
Biarkan saja begitu
Biar saja biarkan...

by
Nowseeheart

BERJALAN, MENTAFSIR. MELIHAT

Assalamualaikum..

Hari ini cuaca cerah.. Tapi tak lama.. Sebelah petang nye hujan. Itulah kehidupan. Tak boleh nak jangka. Kadang2 hidup tu indah tapi tak lama. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

Alhamdulillah... Hari ini aku dapat momentum baru untuk aku terus menulis. Momentum yang aku dapat hanya dengan duduk dan melihat. Dalam kesibukan aku mengulangkaji utk final exam, masih sempat untuk aku "Berjalan, Mentafsir, Melihat". Peluang itu takkan aku lepaskan kerana dengan melihat, aku bisa mentafsir. Tapi awas, tafsiran itu tak semestinya satu tafsiran yang benar. Sepetang aku dipantai mencari angin damai, pelbagai ragam yang dapat aku saksikan. Keadaan pantai yang awalnya lengang tanpa bayang manusia makin menampakkan kelibat selepas waktu Asar. Aku yang pada mulanya hanya sendirian disitu mula mendapat 'teman' lantaran semakin ramai yang datang ke pantai mungkin untuk 'lepak' barangkali. Aku biarkan mereka dengan gelagat mereka masing2. Masih banyak chapter yang terpaksa aku habiskan.

Pada awalnya aku biarkan saja orang disekelilingku datang utk sama2 mencari angin damai. Mungkin kerana mereka sendirian.. Sama seperti aku. Tapi akhirnya.. Fikiranku makin melayang melihat gelagat beberapa pasangan kekasih. Tumpuan ku tidak lagi pada bacaan.. Tetapi pada mereka. Berlari berkejaran di pesisir pantai.. Penuh dengan gelak tawa. Indahnya percintaan dunia. Mungkin tidak sesuai bagi aku untuk berkata sedemikian. Tapi, itulah manusia. Aku juga manusia biasa. Pastinya rasa ingin berteman sebegitu. Tapi aku masih lagi berpijak di bumi Allah ini, menghirup udara percuma Allah ini dan merasai pelbagai nikmat Allah di bumi ini. Seharusnya aku tidak lupa janji aku padaNya. Bukan itu yang kucari. Biarkan.

Berbalik pada pasangan kekasih tadi, aku mula mentafsir dan berfikir. Mengapakah mereka ini berkasih kasihan, berpegang pegangan. Tidakkah mereka tahu? Itukan salah? Bukan itu syariat yang ditetapkan. Sebenarnya aku tak mampu untuk menjawab. Mungkin kerana aku bukan berada di situ. Mungkin aku bisa menjawabnya suatu hari nnti dengan jelas. Kehidupan ini penuh makna. Mungkin aku bisa mentafsirnya suatu hari nanti.. Aku berharap agar aku lebih bijak untuk mentafsir kehidupan ini..

Saturday, November 7, 2009

HATI KU

Aku hanyalah seorang insan
Yang punya satu hati
Namun ku punya perasaan
Persis insan lain..

Lagakku sempurna
Bagaikan tiada apa
Namun hati ku merintih lara
Sedih, luka, pedih...

Biarlah hanya aku...

karya asli
zuraidah
7:34pm nov 7 2009

Friday, November 6, 2009

NO TITLE

Assalamualaikum...

Lama aku sepi tanpa tulisan ku sendiri. Aku buntu untuk mencari momentum baru utk aku selitkan dalam blog ini. Jadi.. Aku hanyalah menbaca blog2 org lain utk aku mencari momentum yang tersembunyi yang mungkin boleh untuk aku jadikan tulisan di sini. Minat dengan penulisan mereka. Bahasa yang di gunakan mudah. Satu bentuk penceritaan yang ibaratnya aku jua adalah watak dalam cerita itu. Aku tidak lah sukakan tulisan yg terlalu panjang untuk dibaca. Almaklumlah... Pembacaan yang panjang akan lebih membosankan buat aku... Jadi aku terpaksa mencari satu tulisan yang mudah untuk aku fahami buat masa ini. Mungkin aku belum bersedia dengan bhan bacaan yang berat buat masa sekarang dengan bebanan final exam.

Sesuatu yang aku temui dalam pembacaan blog bloggers lain... Hidup di alam blog adalah lebih indah dari kehidupan realiti. Dalam blog ni, kita boleh ceritakan ape sahaja yang kita inginkan. Ibarat satu kisah novel. Yang akhirnya indah. Mampukah aku menciptakan satu alam blog yang indah? Mungkin tidak bagiku kerana disini, aku ingin kongsikan segala perasaan aku yang aku tak mmpu nak luahkan pada sesiapa. Rasa suka, duka, pahit, manis semuanya akan ku coretkan disini. Ini bermakna bukan hanya yang indah.. Tapi segala-galanya. Namun masih lagi terbatas buat aku menulis di sini. Mungkin masih ada rahsia yang terpaksa aku bukukan dalam sudut hati ini. Dan terpaksa mencari method lain untuk diluahkan.

Kadang2 hidup ini tak seperti yang kita harapkan. Di sangka panas hingga ke petang.. Tapi rupanya hujan di tengah hari... Itulah kehidupan yang terpaksa kita lalui sehingga hayat terakhir menjemput kita. Hari ini, aku hanya menulis. Tanpa tajuk... Dan pengakhiran yang ibaratnya tergantung........



Monday, November 2, 2009

INSYA ALLAH

Insya Allah

by:Maher Zain

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, October 31, 2009

LAFAZ YANG TERSIMPAN

Assalamualaikum...

Entah kenapa perasaan sebegini dirasai. Tiba2 rasa rindu pada ibu dan ayah dikampung halaman menerjah mindaku. Terlalu sayang pada mereka. Bukan hari ini sahaja rasa ini datang. Tapi hari2 sebelumnya juga begitu. Kerana terlalu merindui dan tiada tempat untuk aku meluahkannya, maka hari ini aku coretkan di blog ku ini. Namun begitu, terlalu sukar untuk aku melafazkan rasa sayang itu pada ibu dan ayahku...

"Mek, abah... Tie sayang mek ngan abah.."

Itulah terkadang sikap kita. Anak yang sudah dewasa seakan malu untuk melafazkan kata 'sayang' kepada orang yang cukup kita sayang. Hanya mampu dilafazkan melalui tingkah laku. Benar kita sayang pada mereka. Benar kita kasih pada mereka. Tapi tak mampu. Hanya tinggal 'Lafaz Yang Tersimpan'.

Andai termampu, usaplah tangan mereka. Kucuplah pipi mereka. Luahkanlah kata yang amat bermakna dan berharga itu. 'Ibu, Ayah.. Saya sayang ibu dan ayah'.. Sebelum sampainya saat mereka menutup kedua mata mereka...

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Anadai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan..


TECHNOCRAT

Assalamualaikum...



This is the beautifully moment during study at Teknik. I will not forget even per second. Although we have not met long, but every moment that we pass along that simply means for me.

These are friends at Teknik. In fact, many more. But I only have time to snap them.

I pray you all continue to compete with your own life. All of u are TECHNOCRAT ..

Friday, October 30, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Just a special cake for all my frenz especially for who's was celebrate their birthday for tomorrow. Walaupun kek ni nampak cam kek kawen, tapi.. It's still ok to be a BIRTHDAY CAKE.. huhuhu...


Tuesday, October 27, 2009

FINAL

Assalamualaikum...

Hari ni debaran aku makin terasa. Esok, 28 Oct 2009, tepat jam 9 pg, paper pertama aku bermula... Aku semakin hampir pada penghujung. Aku harap aku dapat jawab dengan baik esok. Paper sem ni penentu tuk sem depan. Sem depan aku da nak praktikal. So, harapan moga takde yang sangkut semester ni. Ameen...

Bila dah abis, aku akan lebih takut dengan praktikal... Mampu ke aku hadapi semua ni???

Sunday, October 25, 2009

GAMBAR LANGKAWI PART 1


Ni la antara gambar sepanjang lawatan. Letak gambar orang lain dulu.. Nanti aku post la gmbar aku..














LANGKAWI

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog.. Hari ni nak update la.. Nak guna bahasa santai la plak.. Tak nak da guna 'Hamba'. Huhuhu.. 'Aku' plak.. Huhuhuhu...

2 minggu lepas, aku ngan kawan2 kelas aku gi lawatan ke Langkawi. Tu la first time aku menjejak kan kaki ke Langkawi dan juga ke utara. Biasanya ke selatan, area KL, pantai Timur apatah lagi.. Selalu.. Seronok jugak kat Langkawi tu. Bukan pe... Dapat la ketenangan sket spanjang duk Langkawi tu. Takyah fikir urusan yang de kat Dungun buat seketika. Kitorang bukan gi nak sronok2 tau. Ni sebenarnya, trip class. Akademik nye lawatan under subjek AGRO BASED MARKETING.

Aku tinggalkan Dungun skejap dengan harapan aku akan balik dengan semangat baru. Huhuhu.. Perjalanan bermula pukul 5 ptg dari Dewan Aspirasi UiTM Dungun. Kitorang gi lalu jalan Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Perjalanan yang amik masa lebih kurang 10 jam. Penat duk dalam bus. Tapi mujur la aku duk sorang je. 2 seat, aku pulun sorang je. Selesa la sket. Hehehehe.. Walaupun perjalanan tu lama, tapi, menyeronokkan. Aku dapat tengok macam2 sepanjang perjalanan. Paling best, lori simen terbalik. Berat sangat tu. Area 4 pagi, kami sampai di Gurun Kedah. Pemandu tu amik port kat hentian rehat utk stay kat situ sampai la Subuh. Sebelum kitorang teruskan perjalanan kitorang ke destinasi kami. Tidur dalam bus kami hari tu. Takpe. Lena je. :)

Settle je solat subuh, mandi, bersiap makan, kami pun mula bertolak ke Alor Star. nak kedestinasi pertama kami. FAMA Kedah. Sampai je kitorang kat FAMA, kitorang disambut mesra oleh petugas2 kat situ. Kitorang masuk bilik mesyuarat dan diberi penerangan sket la pasal FAMA Kedah tu. Tak banyak yang diterang nye. Camne la nak wat report ni. Bukan pe diorang tak terang banyak tu, mase da tak banyak. banyak lagi tempat yang kitorang nak kena pergi. Habis je penerangan kat FAMA tu, kitorang dihidangkan dengan makanan yang banyak. Tapi sayang, aku kenyang lagi mase tu. Kalau aku tau, aku tak sarapan pagi2. Hehehe. Simpan perut utk FAMA. Tapi, untuk tak menghampakan lidah aku yang tak sabar nak rasa tu, aku pun jamah la sket sandwish.. SEDAP pulak. Aku amik lagi sepinggan sandwish.. Hahaha... Yang kata dah kenyang tadi. Pastu, kawan aku kata dia nak makan nasi lemak lak. Aku gi la amik. Dia kata nak sikit je. Tapi aku amik banyak jugak. Biar dia. Last2 dia tak abis makan. Terpaksa la aku abiskan nasi lemak dia. SEDAP jugak... Hehehehe... Dah la.. makan aje citernye.

Lepas je kitorang melawat FAMA tu kitorang dibawak ke bahagian pengagihan dan operasi FAMA. Lebih kurang 5 minit perjalanan dari pejabat FAMA. Dalam tu, kitorang diberi penerangan camne barang2 yang FAMA handle di agihkan dan dijual. Lama jugak la. Dah la diri. Penat... Banyak jugak kitorang tanya soklan. Saje je... Nak amik hati lecturer.. Hehehe..

Ladang mangga destinasi kami seterusnya. Pegawai Fama tu yang bawak kami. Tapi mase kami sampai kat ladang mangga tu, tak de buah la. Silap timing. Tengok pokok je la kitorang. Makan lagi kitorang kat situ. Makan tengah hari lak. Hampir Zohor la kami kat situ. Kitorang singgah Solat Zohor kat masjid tertua kat Kedah ni. Masjid Zahir kalau tak salah aku la. Pastu, kitorang dibawak untuk tengok perusahaan IKS. Kitorang dibawak ke sykt ZINON. Zinon ni, diorang buat perencah masakan cam rempah masah rendang dll. Hebat jugak Zinon ni. Dah cecah pasaran antarabangsa. Bila la agaknya aku dapat ikut jejak langkah Zinon ni.. Huhuhu.. Angan2 je besar Siti Zuraidah ni. Tamat la kitorang nye lawatan kat Kedah. Tanpa buang masa lagi, kitorang pun gerak menuju ke Kuala Perlis. Nak mendarat kat Langkawi lak ni. Tak sabar dah nak jumpe hotel, katil, nak golek2 atas katil. Penat sangat dah ni. Naik la feri. First time jgk naik feri ni. Penat jugak duk dalam Feri tu. Maghribb kami smpai di Langkawi. Naik bus, sampai hotel, masuk bilik, relax jap.. Tunggu turn la masuk bilik air. Satu bilik, 4 orang. Selesa jgk la. Member2 bilik pun best. Sporting.. Selesai je solat Maghrib n Isyak, kitorang pun gi makan. Lapar nye pasal. Makan kat hotel tu je. Tak larat la nak jalan makan kat lain. Bdk2 lain sume makan kat luar. Sanggup lagi diorang berjalan cari makanan lain. KAmi berempat ni, mmg dah malas. Target kitorang, lepas makan, balik bilik, tido. Memang... Aku la yang syahid dulu. Dengan telinga aku sumbat earphone, dengar IKIM.. Pe lagi, lena diulit lagu la..

Esok paginye, usai solat Subuh, aku turun ke lobi untuk amik makanan. Pagi tu, kami sarapan Nasi Lemak. Tapi sayang, nasi lemak tu hangit baunya. Lapar nye pasal, bedal je la. Kul 8 pagi, kitorang naik bus, bertolak ke Ladang Pisang di Teluk Yu. Aku mmg cukup xcited dengan pisang ni. Suka sangat Pisang. Dengan harapan, nnti, tuan ladang tu bagi makan pisang free. Mmg hajat aku diperkenan. aku pulun pisang kat situ. Sedap.. Manis.. Luas jugak la ladang pisang tu. Geram nengok pisang2 tu.. Rase tak nak balik, nak duk situ je. Heheee.. pastu, kitorang dibawak ke FAMA LAngkawi yang terletak di padang Matsirat. Ade agro bazar kat situ. Kebetulan, aku wat la rawatanmata percuma Permata Hijrah. Aku mmg suka try yang fre2 ni.. Tak beli pun akhirnye. Hahaha... Itu la destinasi terakhir lawatan akademik kami. tengah hari abis. Lepas ni, sesi jalan2 n sesi beli belah.

Mase aku kat sana, aku duk berkira duit je. Walaupun takde duit, tapi aku tak lepaskan beli kain batik utk mak aku, kain pelikat utk abah dan jugak baju utk adik n anak sdare aku. Tapi yang murah2 je.. Sbgai tanda kenang-kenangan. Untuk sahabat2 aku pun tak lupe. Bagi aku, utk sahabat ni mesti beli. Walaupun just Keychain. Aku shopping coklat. Tak tau pe aku nak pilih mase duk dalam kedai coklat tu. Banyak sangat coklatnye. Tak tau nak pilih yang mane. Yang paling penting, pastikan coklat yang aku amik tu de tanda HALAL. penting tu... Selesai shopping, balik smla ke hotel. Penat. Tapi lapar. Selesaikan solat MAghrib ngan Isyak dulu. Pastu, kitorang gi makan. Hari ni makan kat luar. Berpusing-pusing kitorang cari kedai makan. Akhirnya jumpe. Kenyang makan, balik hotel smla. Tidor la... Pe lagi... Huhuhu...

Esoknye, kami bangun pagi, plan nak gi Dataran Lang. Hahaha.. Penuh kisah. Kitorang pun jalan la... Konon nye nak gi Dataran Lang. Jauh dah jalan ni. Tak nampak lagi bayang Dataran Lang nye. Last2 kitorang tanya akk yang main badminton kat situ. Akk tu kate, jauh lagi nak jumpe Dataran Lang. Penat kalau kitorang nak jalan. Kitorang pun, dengan langkah berani teruskan je. Pastu, kitorang sedar yang mase dah tak banyak. Nak balik dah kul 9.30... Mmg tak sempat. Kitorang pun patah balik. Tetibe, akk tadi tanya kami nak gi ke tak Dataran Lang. Dia pun offer kitorang naik kete dia. Dia bawak. Sempat la ta'aruf sket ngan akk tu. Akk tu namanya Kak Mawar n Kak Zura... Akan ku kenang jasa akk sampai akhirnye.. Heheheh...

Akk tu hantar kami balik ke hotel. Sampai je kat hotel, diorang kata, nak gi Dataran Lang. Frust aku. Frust ke??? Tak dah.... Mase kitorang pegi, tak de orang... Tu yang best.. Mase diorang gi Dataran, kitorang gi makan. KFC.. Ya Allah, Tuhan nak tunjuk, aku jumpe kawan lama mase skolah dulu kat KFC tu... Ya Allah seronok nye.. Dia yang prasan aku dulu... Tapi AWAS!!! Dia LELAKI.... Budak yang lawan BAHASA MELAYU ngan kau mase skolah dulu... hahaha..

Dah la cite.. Penat la... Sampai kat Dungun Dalam kul 1 pagi. Pengembaraan yang menyeronokkan...

Insya Allah, ade pelunag nak gi lagi... Tunggu aku LANGKAWI!!!!




Wednesday, October 7, 2009

KEMBARA AMAL UNIC


KEMBARA AMAL UNIC 2009

Assalamualaikum Semua SahabatUNIC

Kembara Ke Kelantan dah pun kita jayakan, apa kata kita serbu ke arah UTARA pulak?!
Kali ini kita nak adakan KEMBARA AMAL UNIC ke UTARA!!!
Gempak nih..Sebab ape erk?

  • Melibatkan Jawatankuasa yang lebih besar
  • Aktiviti² yang lebih Ekstrem
  • Perjalanan yang lebih menghiburkan

Sebelum nih UNIC je kan yang pergi..Kali ini ada kumpulan INTEAM sekali...Wah..hebat tu..!!!Rugi la sape yang tak jOin..

Lokasi : Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tarikh : 24 Hingga 26 Disember 2009
Yuran : RM200.00 (termasuk Pengangkutan, Hotel Penginapan, Makan Minum, Tiket dan Makan Minum di Menara Alor Setar, Insuran)

YURAN KEMBARA UNIC KE UTARA (ALOR SETAR, KEDAH)

Kaedah perlaksanaan pembayaran..;
Deposit : RM50.00 - sila bayar mulai pada tarikh 01hb Oktober 2009(bayar sebagai tanda persetujuan mengikuti kembara)

Jika tiada bayaran deposit, dianggap belum mendaftar walaupun telah memberi maklumat diri.
Kekosongan tempat, dikira siapa cepat dia dapat (tempat terhad)

Bayaran kedua : RM100.00 (bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 15hb November)

Bayaran ketiga : RM50.00 (bayaran hendaklah dijelaskan seminggu dari tarikh program)

Sila buat bayaran ke akaun:
Maybank (5648-5610-9382) atas nama FAIS EXCELLENCE TRAINING RESOURCES

Ssetelah pembayaran dibuat sila fakskan slip bank ke talian 03-9105 7724 (sila tulis nama dan contact no pada slip bank) atau scan slip bank dan emailkan kepada isma_unic@yahoo.comEmail ini dilindungi dari sebarang spam bots, Sahabat memerlukan JAVAScript untuk melihatnya

PEMBAYARAN PENUH RM200.00 AMAT DIGALAKKAN...

AKTIVITI KEMBARA UNIC KE UTARA

Hari Pertama (24hb Dis 2009)
10.30mlm : Berkumpul di Stesyen LRT Bukit Jalil,KL
11.00mlm : Bertolak ke Alor Setar

Hari Kedua (25hb Dis 2009)
Taaruf dan Ice Breaking
Lawatan Amal ke Hospital Besar Alor Setar, Kedah
Konsert Amal UNIC & INTEAM

Hari Ketiga (26hb Dis 2009)
Lawatan ke Kilang Padi (BERNAS)
Lawatan ke Bandaraya Alor Setar
Membeli Belah di Pekan Rabu

p/s : utk lebih jelas.... layari www.sahabatunic.com

KONSERT TRIBUTE TO UST. ASRI


KONSERT TRIBUTE TO
USTAZ ASRI
bakal diadakan di UIAM Kampus Gombak yang menampilkan penasyid ternama tanahair seperti
Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Saujana, Far East dan Syifa'.

Berikut butiran program:

TARIKH: 13 Oktober 2009
HARI: Selasa
MASA: 8.30pm.
TEMPAT: Dewan CAC.
TIKET: RM7.00 sahaja!!!!!


TEMPAHAN TIKET?
hubungi:
Nazlie(014-5077297),
Husna(013-3441649),
Rizudin(019-6038009)
Nabila(012-2713006)

ZINNIRAH SERIKANDI SUNYI

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.


Thursday, October 1, 2009

MY THIRD SCHOOL

Assalamualaikum...

Hari ni, hamba nak sambung cerita pasal skolah hamba.Ni skolah ketiga hamba. Form 4 sampai form 5 kat sini..

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MUADZAM SHAH

Dah banya berubah persekitaran sekolah ni..
Ni antara gambar2 nye..

Ni kire pejabat urusan skolah ni la...


Ni kat ne ek??? Tak dapat nak agak la..

Atas tu, blok class mase hamba form 4 kot..


Ni hamba agak kat depan blok form 5..


Huhu... Mmg hamba tak tau ni kat area mane...


Ni macam kat area bangunan HEP/HEA..


Ni baru nye ni.. Ade Taman Sains lagi. Dulu ade dah.. Tapi tak camni.


Ni plak, makmal computer yang de masalah dulu. Makmal yang hamba tak sempat pun nak guna..


Adakah di atas itu kantin dan koperasi?


Jalan ke mane lak ni??


Ni la surau sekolah. Tempat kena ragging mase skolah dulu. Surau boleh jadi tempat ragging. Ish3...


Ni bumbung mane la plak...


Ni kawasan asrama. Dulu, asrama lelaki.. Tapi sekarang tak tau la. Asrama ni kite2 orang dulu panggil kolej.


Ni plak kawasan bengkel kejuruteraan...

Best jugak kat sini. Hamba suka sekolah ni sebab ade tempat lepak yang menenangkan. Dalam hutan yang hijau. Cikgu2 yang best!!!

Kenangan best mase kena ketuk ketampi. Setiap kali dapat result add math, mesti kena ketuk ketampi. Mane tak nye... Tak penah lulus. Huhuhu...

Kenangan histeria melampau. Bukan hamba la yang kena histerianye..

Kenangan BERSILAT... Teman member wat date. Panjat pokok. Kawan2 best.

Macam2 kenangan..

SEGALANYA DI SINI


Segalanya bermula di sini... Ni adalah sekolah rendah hamba. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING. Di sini la hamba mula mengenal erti kawan. Di sini juga hamba kenal ape itu cikgu. Di sini juga hamba mula lancar menyebut ABC 123... Penuh kenangan. Dah agak lama hamba tak menjejakkan kaki hamba ke sekolah pertama hamba ini. Dah tak tau hamba pe jadi kat dalam skolah tu. Nak je gi skolah ni semula. Nak duk kat kelas lama. Hamba yakin... Cikgu2 yang ajar hamba dulu ramai da takde. Nak gi pun da segan. Sampai darjah 6 kat skolah ni. Macam2 ragam. Paling hamba tak boleh lupa kenangan masa kat skolah ni ialah mase hamba hampir nak BELASAH budak kelas hamba dengan kerusi. GANAZZZZ....

Lepas tu, abis UPSR... Hamba masuk skolah menengah la plak. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING. Takde gambar yang hamba boleh publish pasal skolah ni. Sampai form 3 hamba blaja kat sini. Banyak jugak kenangan hamba dengan kawan2 kat skolah ni. Tidur dalam kelas, SOUND orang... Tapi, kawan2 hamba kat skolah ni hamba tak dapat nak jejak sampai sekarang diorang ni. Ni la yang buat hamba paling sedeh. Hamba rasa nak jumpe balik diorang sume...

Kenangan hamba kat Sunagi Lembing ni buat hamba insaf sebenarnya. Tanpa skolah ni.. Tak mungkin hamba akan sampai ke tahap ini. Tak mungkin hamba dapat sambung degree. Ingatan hamba pada cikgu2 yang banyak didik hamba... hamba takkan lupa sume tu. Kene ketuk kepala dengan cikgu matematik.. Berdiri atas kerusi sebab tak hafal doa qunut.. macam2. Tapi hamba takkan lupa..

Ke mana hamba selepas form 3 di SMK SUNGAI LEMBING?
To be continue...




Tuesday, September 22, 2009

RAYA!!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Hari ni dah hari ke 3 raye kan?? Raye pun da tak ingat raye ke bape. Raye tahun ni ade lain sket la buat hamba. Ye la... Mane tak nye, makan kena kuarantin.. Huhuhu... Kena pantang la... Nak tolong wat persiapan rayer pun tak boleh... Tangan kena rehat. Raye tahun ni mmg betol2 rehat la.. Jadi TUAN PUTERI. Hahahaha..

Abang hamba pun sakit jugak. Kesian kami. Sama2 kena berpantang. Raya ni tak syok la kan. Tapi, hamba redah je. Selagi hamba tak rasa sakit, lahap je la... Tahun ni sume berkumpul. Maksudnye... Sume ade la. Hmm.. Tapi rayer tahun ni jgk, anak sdare hamba dengan kakak hamba gaduh. Pe la nak jadi ngan diorang ni. Di bulan baik, hari baik boleh pulak bermasam muka. Dah tua2 pon nak gaduh. Hamba lapor ni... Tapi da start puasa. Meh ramai2 kita puasa 6...

p/s : makan tu jangan lupe kat hamba....

Wednesday, September 9, 2009

SURAT UNTUK ADAM

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.


Sumber:Risalah Program Misis 09(UM)

Tuesday, September 8, 2009

ESAIMEN.... ESAIMEN

Alhamdulillah....

Siap jgk akhirnye esaimen hamba. Penat sangat. Menaip dengan sblh tangan ni. Xpe2.. Rehat jap. Ade lg esaiment nak kena taip ni... Huhuhu...

Doakan hamba kuat...

Sunday, September 6, 2009

QAMAR BANI HASYIM

Assalamualaikum..

QAMAR BANI HASYIM. Ni cerita @ drama TV yg hamba syok nengok skrg kt ASTRO OASIS. Ape yg menariknye citer ni?

Actually, citer ni pasal kisah Rasulullah s.a.w sejak Baginda di lahirkan hingga menyebarkan agama Islam yang kita anuti bermula jam 6.00 ptg ,selama sejam, sepanjang bulan ramadhan.

Dapat la tau sket sirah Rasulullah melalui drama ni coz, nak baca malas. Hehe...

Kalau sahabat sume ade peluang utk tengok, tengok la..

Saturday, September 5, 2009

MANJA

Assalamualaikum....

Ngape la tajuk kali ni MANJA ye.. Bukan pe, hamba nak cite la sket ni. Sejak hamba masuk U ni, sume kakak2 hamba kate hamba ni anak manja. Ape la diorang ni. Ni mesti kes jeles kat hamba ni. Huuuhuuu..

First hamba dapat msuk U ni, mak ngan abah wat kenduri doa selamat. Diorang kate "emm.. anak manja. msti la mek (gelaran utk ibu tersayang) ngan abah wat kenduri."

Pastu, my parent hntr dftr U pun dikatenya hamba ni anak manja. Abis, kalau mek ngan abah x hantar, sape lak nak hantar? Diorang??? Huhuhu... Sume bz...

Pastu, dapat laptop sebiji. Pun kate anak manja. Xpe la.. Dh orang nk support, kite amik je la. Hehehe..

Dah dapat laptop sebiji, dapat pulak motor sebiji. Yamaha Ego. Cash tu. Lagi la diorang2 tu jeles n tambah kuat la statement 'anak manja' tu.

Skang ni, hamba sendiri lak rasa diri ni anak manja. Hahaha.. Ye la.. Excident cam ni. Meek ngan abah concern sgt. Ingat taknak gtau diorng. Tapi, sume orang suh bgtau. Hamba pun, habaq la. Tu kena balik kg ni. Kalau tak, taknak jgk balik kg ni.. Sedor2 mek ngan abah dah de kat depan umah sewa. Huhu..

Ape pun, anak manja ke, anak emas ke, hamba tetap anak Mek ngan Abah.

Friday, September 4, 2009

PENANGAN EGO

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 3 tangan ni kena balut dek simen. Tak mampu rasenye nak tampung beratnye simen ni. Tapi specialnye, hamba taip entry ni pakai tangan yang berat ni. Bosan la taip pakai tangan sebelah je. Hamba gasak je la.
Ni la akibatnye bila tak bersyukur dengan pemberian Allah. Bukan tak bersyukur, tapi kadang2 lupe. Hehehe.. Nak tau tak ngape hamba jdi camni? Hamba xcident hari tu. Alhamdulillah, sempat terawih malam tu. On da way nak balik umah, xcident was happen. Moto langgar moto. Hamba tak tau sape salah. Tapi hamba sure giler, hamba tak masuk line org. Rosak sket la motor. Takpe, boleh repair. Boleh rempit lg nnti. Tapi tangan ni la. Retak. Tak tau nak wat gane. Hamba try berurut kampung. Entah la. Hamba serah sepenuhnya pada Allah. Dia yang berhak bagi sakit dan Dia jugak yang berhak untuk sembuhkan semula.
DOAKAN HAMBA SEMBUH CAM SEDIKALA YA...

Tuesday, September 1, 2009

INSPIRASI BADAR LAST EPISODE

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

AMBILLAH IKTIBAR DARI PERISTIWA PERANG BADAR YANG BERLAKU DI BULAN RAMADHAN. JADIKANNYA SEBAGAI SATU INSPIRASI!!

INSPIRASI BADAR PART 3

Menentukan nasib 70 orang tawanan

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

IFTAR KTi



INSPIRASI BADAR PART 2

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

WILL BE CONTINUE WITH OTHER INSPIRATION.

INSPIRASI BADAR PART 1

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.


Monday, August 31, 2009

SAD

Assalamualaikum...
I feel sad today.. Really sad. I don't know why diz happen.
Rasa cam berat je ujian yang kena hamba tanggung. Tapi tak la seberat orang lain. Sesungguhnya, hamba dah tak larat dengan semua ni. Bukan kehendak hamba ni semua.
"ALLAH...
INGIN KU HENTIKAN LANGKAH INI
BAGAIKAN TAK MAMPU UNTUK KU BERTAHAN
SEMANGAT TENGGELAM
LEMAH DAYA
HARUSKAH AKU MENGALAH
NAMUN JIWA PUN BERBISIK
INILAH DUGAAN.."

Sunday, August 30, 2009

TRAGEDI DULU KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA

Bumi ini pernah diulit tragedi
mimpi ngeri berdarah
deritanya hingga ke tulang sendi

Anak-anak dulu takut pada pedang
dari Matahari Terbit
Anak-anak dulu gementar pada senapang
dari Barat yang jauh

Kini semua ini
usahkan gentar
malah menjadi suatu kebanggaan
terucap di lidah
pada tubuh-tubuh
pada mata dan budaya

Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
kita tentang dengan minda merdeka
Namun hari ini,
mereka menjajah minda anak-anak kita
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
menjadi benteng kemerdekaan?

Tragedi dahulu,
kini perlahan-lahan
halus, diam, merapati kita
bersahabat dengan minda anak-anak kita.

SALAM KEMERDEKAAN DARI HAMBA.
MERDEKAKAH KITA SEBENARNYA??
RENUNG-RENUNGKAN...

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.