Wednesday, January 21, 2009

BANYAKNYA DUGAAN DAN UJIAN

Asaalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini dapat lagi hidup di atas bumi ciptaan Yang Maha Esa. Syukurlah dengan segala pemberiannya hari ini dan terimalah dengan hati terbuka apa2 yang akan kita hadapi pada hari2 yang mendatang. Sesungguhnya, segala yang diberikan itu adalah dugaan dan ujian daripada Allah s.w.t.

Sebenarnya, hamba hari ini sedikit kekalutan dengan banyaknya kerja yang menunggu hamba. Kesibukan sebagai seorang student dan juga kekalutan hamba sebagai seorang ahli kepada ninja konoha... hahaha... Kesibukan yang mendesak ni membuatkan hamba hidup dalam keadaan yang sangat terkejar kejar. Hari ni, kelas agak penuh. Dengan tugasan pembentangan yang hamba akan submit petang ni, dengan nak kena settlekan past sem paper yang adik2 junior mintak. Semuanya kena settlekan hari ni sebelum bermulanya cuti tahun baru cina. Hai, penat bukan kepalang. Pening pun ye jugak. Tapi tu la, dah tanggungjawab kita. So, kena la laksanakan. Minggu ni sibuk sket takpe la kot... tak nak da hidup dalam kesibukan camni nnti...
SErik dah hamba....

Rasa cam nak tido je tapi tak sempat nak lelapkan mata kot. kul 4 jap lagi kelas... Aduhai...
Kenapa la kelas tak cancel je.. Kan senang. Huhuhu... Nampak sangat malas nak g kelas...
Bukan pe, kelas dah petang, ngantuk la jawabnye. Malam nanti pun ade class jugak...Kelas...kelas...kelas...

Xpe la. Hamba nak rehat sekejap. Kumpul tenaga untuk petang nnti...