Thursday, March 19, 2009

KERETA...


Assalamualaikum....

Hari ni hamba takde class. So, hamba ade la plan nak kuar dari umah... Bukan lari dari umah... Tak sampai tahap tu lagi kot.. Huhuhu.. Sebelum tu, hamba buat2 la rajin sket hari ni.. Kemas meja study yang sangat serabut, merangkap tempat tido... Da siap kemas, hamba diberi tugas untuk bank in kan duit hasil jualan keychain... On da way nak gi bank tu, ade la sebijik mercedes tu... Dengan pelannye tuannya bwk.. Dah la orang nak cepat.. Dia lak bwk cm nak makan angin... Hai... Hamba naik marah... Hamba pun potong kete dia dengan gaya seorang minah rempit... Hahaha... Ampun mak... bukan niat nak merempit... Mase kat bank Islam tu, dia nye pekerja ramah sangat..

Tak la macam sesetengah tempat tu...
Da la muka masam... Sombong lak... Tak pe la... Tapi pkerja kat dungun ni sume ok la... Dah siap urusan kat bank, hamba pun kuar la naik moto semula... Baru je nak gerak, ade satu kete ni, dia behenti tengah2 jalan... Tepaksala tunggu dalam keadaan marah... lambat sangat, hamba celah je la... Sekali lagi... Dalam perjalanan balik, ade lagi sejibik kete... Tau la kete tu sgt sporty.. diriku hanya sebuah Ego... jangan la nak tunjuk lagak atas jalan kampung ni...
Hari marah ku pada KERETA....

10 WASIAT IMAM SYAHID HASSAN AL BANNA

1. Apabila mendengar azan maka
bangunlah sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah al-Quran, tatapilah
buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah

3. Berusahalah untuk bertutur
dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya
syiar Islam

4. Janganlah bertengkar dalam apa-
apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi
apa-apa jua kebaikan

5. Janganlah banyak ketawa kerana
hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6. Janganlah banyak bergurau
kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih
nyaring daripada kadar yang yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang
sia-sia malah menyakiti hati orang

8. Jauhilah daripada mengumpat-
umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan

9. Berkenal-kenalanlah dengan
setiap Muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah
berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih
banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya

Tuesday, March 17, 2009

ALLAHU RABBI KINI DI PASARAN!!!!


DAPATKAN CD INTEAM - ALLAHU RABBI DENGAN AUTOGRAF EKSKLUSIF BAGI PEMBELI 100 UNIT TERAWAL HANYA DI INTEAM MOBILE ONLINE MALL. POTONGAN HARGA ISTIMEWA UNTUK ANDA!!! INTEAM - ALLAHU RABBI, KINI DIPASARAN!!!

p/s : tolong promote sket... huhu

Monday, March 16, 2009

ALBUM BARU INTEAM...ALLAHU RABBI




Alhamdulillah...

Album Inteam yang baru ni berjudul Allahu Rabbi dah selamat sampai di rumah sewa hamba. Penantian yang akhirnya membawa pada kepuasan yang sangat. Huhuhu.. dah dengar lagu baru ni sume.
Ni senarai ikut turutan lagu yang hamba paling suka dengaq:
1. Hamzah Asadullah
2. Allahu Rabbi
3. Dia Muhammad
4. Asy Syafie
5. Kepastian

Mane yang xde lagi album ni, jangan lupe dapatnya di pasaran!!!!

KEM BIRO TATA NEGARA

Alhamdulillah...

Hari Sabtu baru2 ni, hamba baru balik dari KEM BIRO TATA NEGARA kat BESUT. 4 hari 3 malam. Nak kata sronok biase je, tp lebih relax dari hari biase.. Cam pelik je ayat ni.. Xpe la..

First time i got the letter from UiTM, i thought that this BTN was bored and everything.. Even when i reach at that place and got the tentatif i'm still not happy. Because the activities looks like indoor activities. From the first activities, i should faced with 'ceramah'. I don't like it. I'm very sleepy at that time. Tired and just 1 thing in my mind at that time... BED.. huhuhu... The next morning, i feel better.

Cakap omputeh sket. Bior la hancus pun.. Huhuhu..
Ni gmbor sket mase BTN...





mase kembara daki bukit... penat

nak masuk kampung.. jmpe masyarakat siam..


urut jangan tak urut...



BELUM TERLAMBAT AGAKNYE....

Assalamualaikum...

Belum terlambat kiranya hamba nak ucap salam Maulidur Rasul.... Hari memperingati kelahiran Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.... Terpaksa hamba lalui dengan meeting2 penting dan pengisian2 yang mantap dari sahabat2 hamba.. Sempat hamba telusuri bait2 kata dalam lirik PEMERGIANMU dendangan INTEAM....

kau masih tersenyum
mengubat lara
selindung derita yang kau rasa
senyuman yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan..

hakikatnya tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu Humaira
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yang Esa..

tangan di celup di bejana air
kau sapu di muka
mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada umat dan akhirat.

dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu.

oh sukarnya untuk umat menerima
bahkan payah untuk Umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahawa manusia kan mati akhirnya.

tak terlafaz kata
mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cintamu selamanya..

ya Rasulullah
kau timggalkan kami warisan yang abadi
kan bersaksilah sesungguhnya
kami merindui mu....

p/s : sayu je bile dengar lagu ni.... Sayangnye Nabi pada umatnnye...




DAH LAMA TAK MENULIS....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni, pagi ni dengan deraian hujan yang sejak hari sabtu tak henti2, hamba nak zahirkan kesyukuran hamba sebabnye. dapat lagi hamba menghirup udara, menikmati keindahan ciptaan Illahi. Hamba dapat jugak mencoretkan sesuatu dalam blog hamba yang tak seberapa ni kan. Hari ni hamba takde class. Sebabnye, batal. Lecturer ade ape la hamba pun x tau.. Ape nye student la hamba ni kan.. Tak amik perkembangan langsung. Malas sebenarnye.. Jangan malas macam hamba. Kadang2 kita ni tak pernah nak amik tau ttg keadaan sekeliling. Bukan tu saje, ttg hidup sendiri kadang2 pun terabai. X sempat nak bagi masa utk diri sendiri.

Dalam hidup ini, dalam kita nak kejar sesuatu, kita seharusnya bagi masa kat diri kita sendiri. Satu perkara yang hamba belajar, katakan 'TIDAK/NO' pada sesuatu yang tidak perlu bagi kita. Tapi kadang2 lupe jugak nak zahirkan. Bukan pe, tak sampai hati dibuatnye.. Bila hidup terlalu sibuk dengan benda2 yang meng'tension'kan, seharusnya kita cari ruang yang sepatutnya. mungkin setiap orang akan berbeza caranya.. Kalau hamba dihimpit dengan benda2 macam ni, hamba lebih suka bersendiri dan berdiam diri. Bagi hamba mungkin itu jalan terbaik buat hamba. so, terpulang pada kita untuk kita manage kita punya problem. Biar ape orang kata, asal kita tau ape yang kita nak. Jangan terlalu mengikut ape yang disuruh. Suarakanlah ape yang terbuku agar orang tau ape sebenarnya yang kita fikirkan...

SO, MAKE UR LIFE GOING SIMPLE...