Tuesday, April 21, 2009

PART 1 : SATU KISAH DI SUATU HARI DI VILLA JANNAH

Satu kisah di suatu hari di VILLA JANNAH selepas tamatnya paper CTU...

"Bersepahnye umah kite ni. Meh Temari kite kemas sket". Sakura mengajak Temari untuk kemas ruang tamu lepas abih je jawab paper CTU.
"Mane la nak start dulu ni.. Kemas printer ni r dulu.. Wayar berselirat." Suruh Temari pada shabat2 nye... Dengan azam nak kemas umah, diorang pun simpan la printer tu dalam kotak, gulung wayar yang berselirat dan macam2 lg la.

Ino dgn Pendekar Traffic Light sebuk dalam bilik tengah try baju.. Esoknye, si Ino tu nak pizen...
Dalam kesibukan ade yang mengemas, ade yang nak try baju, tibe2.....

"Assalamualaikum......". Suara garau memecah kesunyian.. Maka dengan lajunye ninja2 dan pendekar ni lari mendapatkan posisi masing2. Mereka sudah sedia dengan jutsu2 dan buah2 mereka. Tunggu mase je nak serang kalau yang datang tu musuh yang tidak diundang. (Memang la musuh tak diundang). Hehehe...

"Wa'alaikumussalam." Jawab Tenten ringkas. Lantas membuka pintu. Terkejut bukan kepalang dan terpinga-pinga, bermonolog dalam hati siapakah insan ini. Sepertinya tidak pernah ku lihat. Seorang makcik dan anak perempuannya yang kitorang rase dalam area skolah rendah la.

"Ha, takpelah... Makcik duk luar je la..." Kata makcik tu. Ditariknya kerusi study kitorang lantas duduk.

Ni sape ni sbnrnya.. konpius aku. budak2 ni xnak lak kuar tolong cover line. aku da la x kenal sape ni. Hei... Berdebor2...

" Tak kenal makcik ke?? Bini Awang."

Awang mane lak ni. Awang ke yang duk umah ni dulu? Ke awang yang umah lama. Lupa lak aku name tuan umah ni.

"Makcik duk sini ke dulu??". Tanya Tenten yang dari tadi blurrrrr...
"Ye.." Jawab makcik yang tak dikenalpasti tu sambil memandang sekeliling rumah kami. Beberapa kali jugak si Tenten tu tanya makcik tu kompem ke dia duk umah kami ni dulu. Nak dapatkan kepastian...

"Ngape makcik datang sini?".
Sambil tersenyum makcik tu menjawab... "Umah makcik terbakor."

Alahai... start pulak cerita sedih. Ni nak jadi macam cite umah lama ke? Takkan mase ni kot kitorang nak kena pindah lagi. Dah la tengah final ni.

Makcik tu pun sambung citer dia lagi. " Rumah makcik terbakar dua hari lepas. Habis sume barang. Dah dua hari makcik tak keje. Jaga anak2. Ni pun, tumpang umah kawan makcik. Anak makcik ni dah 2 hari tak makan."

Dengan rasa kasihan Tenten mendengar cerita makcik tu. Ditengoknye anak makcik tu... Bermonolog lagi.. Betul ke tak makan 2 hari ni?? Segor je nampok..

Makcik sambung lagi cerita dia... " Makcik ni mintak sumbangan sikit la dari umah ke umah. Tak pakse, bagi mane yang ade la. Ingat nak mintak la tolong hantar balik umah. Makcik ni tak sihat sangat, dah dua kali pengsan."

Tenten pun masuk la ke umah dengan jujur dan lurus sedang ninja dan pendekar lain dah cukup bersedia dengan jutsu masing2. Padahal takut sumenye. Menyorok kat dapor, tingkap... hai.... Tenten dengan rilexnya masuk, ninja yang lain trus tnya.... "Eh!!! Ngape... Ngape???"
"Takdok ape. Makcik tu mintak sumbangan pastu, mintak tolong hantar balik umah. Tu je. Gi la sape2 hantar dia..."

Ino yang waktu tu tengah gosok baju tuk pizen esok mula bersuara. “Eh.. Jangan.. Jangan.. Ingat kisah kat bank hari tu..” Kitorang pun bergerak ke dapur. Kat dapur Shizune tengah syok basuh beras. Nak sediakan makan tengah hari. Masing2 lapor.

Tak sempat lagi Ino nak abiskan cerita dia... Tiba2.. “ Adik.. Adik.”
“Kejap.. Kejap.” Kata Sakura.

“Shizune, ko la gi hantor makcik tu. Orang lain sume takut. Kalau aku pandai bwk kete, dah lama aku hantor makcik tu.” Minta Tenten pada Shizune.
“Taknok aku.. Takut aku”. Shizune pun meneruskan kaerjanya di dapur. Cuci ikan keli. Best lauk hari ni.
Dalam sume tengah kelam kabut tu, Temari mengeluarkan idea yang kali rasakan itulah idea yang paling bernas di saat itu, iaitu, menelefon isteri Ust. Syed. Temari pun mendail nombor K.Wida. Lantas menghulurkan tepon tu pada Tenten dengan kata lain, Tenten la kena cakap dengan K.Wida. Tenten pun cerita la situasi kami pada K.Wida. Tapi waktu tu, K.Wida tengah memandu.

Pendekar Traffic Light pun berkata, “ Amik la roti akak tu. Bagi kat dia.”
Sakura pun cari la roti tu.. Tapi xdok sape yang sanggup kuar bagi roti tu. Kami pun memaksa si Sakura kuar hulur roti n prepare la sekupang dua. Tenten da ketaq waktu tu. Dengan lagak pendekar ninja, Sakura keluar dengan penuh yakin sementara yang lain berbincang strategi yang akan di gunakan. Takde la bincang sangat pun. Sume ngendap kat tingkap. Sakura dengan Tenten. Sejurus lepas tu, Tenten pun kuar teman Sakura.

Sakura bermonolog sendiri. Uih makcik ni. Pempuan ke laki? Muka putihnye krim, bibir de lipstik. Ye ke ni?

Makcik tu pun terus bercerita. Mintak bantuan kami untuk hantar dia ke Kuala. Tapi disebabkan ketakutan kami yang amat sangat, kami delay dulu. Cerita dulu dulu ngan makcik ni. Kami ni x bape nak percaya makcik ni.

“Makcik makan la roti ni. Adik, amik la roti ni..” Sakura mempelawa.

“Anak makcik ni, tak makan roti kalau takde air”. Makcik tu bersuara kembali.

Eh.. kata td lapor. Orang bagi demand pulak..

Temari pun kuar jugak akhirnya, konon nak bercakap dengan makcik tu.

Bila nampak je Temari kuar, makcik tu pun berkata...“Budak universiti macam awok orang ni takkan tak boleh nak tolong orang susah macam makcik ni. Kita tolong orang, kita dapat dapat balik. Kita selalu dengar kat surau dok. Makcik pun slalu jugok gi surau ni. Awok ingat mokcik ni jahat ke? Sampai ngendap tu. Makcik tak sampai tahap jahat lagi ni.”

Alahai... makcik ni bg ceramah la pulak. Orang ni nak stdy lg ni. Temari bermonolog sendiri sambil memandang ke umah Ust. Syed.

Huhuhu.. Kena sekali ninja2 yang ngendap kat tingkap tu. Pelan2 lari.. sentap la!!!

Makcik tu sambung lagi. “ Kalu makcik nak wat jahat, sekarang pun boleh. Tak yoh tunggu nanti. Mokcik xdok nye nak peluk2 ni. Makcik bukan laki”. Dengan gaya yang agak agresif memegang tingkap umah kami. Cuak la..

“ Gini makcik. Kitorang bukan tak nak hantar, tapi ye la, ni pun baru balik dari pekse.”
“ Makcik mintak hantor je. Bukan lama pun. Sekejap je. Kalu tak nak hantor sangat pun hantor je la mokcik kat Salwa tu.”

Sakura menyuruh Tenten buat air. Tenten lak suh Temari. Temari ni nak tengok ape terjadi lepas tu, dia pun suruh la Pendekar Traffic Light. Dengan langkah yang agak cuak la, Pendekar Traffic Light menuju ke dapur, Temari lak ngendap di balik tingkap. Air ape la yang Pendekar Traffic Light buat..

Eh.. baik aku siasat makcik ni. Betoi ke idok makcik ni. Meh testing2.. Sakura pun test r..

“Makcik dari mana ni?”
“Makcik dari bowoh nu..” Sambil menunjukkan tangan ke arah traffic light kat skolah sains tu.
“Ooo... kat area2 Petronas tu eh? Jalan kaki je ke datang sini?”
“Ho la.. Jalan kaki je. Makcik takdok duit. Gi umah kawan tadi. Tapi dia takdok.”
“Jauh nye makcik jalan. Ngape tak turun kat Petronas je? Jauh ni jalan.”
“Makcik tak tau jalan.”
“Makcik duk mane? Anak bape?”
“Oo... makcik duk kat Kuala. Anak ramai. Sorang da kawen, yang lain skolah lagi.”

No comments:

Post a Comment