Wednesday, April 15, 2009

STRAWBERRY BUN PUDDING



MEH KITE SAMA2 WAT PUDING...

Bahan2:
2 biji roti burger (saiz besar)
3 biji telur
2 sudu besar gula perang
350 ml susu segar
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji buah strawberi

Cara2:
* Pukul telur dengan gula hingga kembang.
* Panaskan susu dengan api sederhana. Jangan biarkan sampai mendidih.
* Campurkan susu pada gula dan telur tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
* Masukkan tepung jagung ke dalam adunan. Kacau sehingga tepung larut dan sebati.
* Masukkan pula mentega dan diikuti dengan esen vanila.
* Carik-carikkan roti burger ke dalam adunan. Kacau dan biar seketika supaya roti agak kembang.
* Akhir sekali potong 2 dari buah strawberi tadi menjadi bentuk dadu (dan kecil2). Masukkan ke dalam adunan.
* Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah C.
* Potong lebihan buah strawberi dan tabur ke atas puding yang telah sejuk sebagai hiasan.

SLMT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment