Sunday, May 31, 2009

SEDIH....

Assalamualaikum...

Hari ni sedih sangat... Camne ek.. Pendrive kesayangan hilang. Dah la dalam tu, banyak sangat folder penting. Ape nak buat ni. Projek movie maker tak siap lg. Janji ngan Iskandar nak bagi dia. Sume rahsia dalam pendrive tu. Mati la hamba kali ni.. Tapi hamba harap sangat2 dapat jumpe semula pendrive tu. Harap2 la ade..

Mungkin ade hikmah kot. Tapi kenapa sekarang???? Waaaaaaaaaaaaa.....

Friday, May 8, 2009

FINAL DAH ABIS!!!!

Alhamdulillah....

Tepat jam 12 tgh hari pada tarikh 5 Mei 2009, tamat lah paper terakhir hamba pada semester ke 4 ni. Sebenarnya, nak habiskan paper terakhir ni satu penyiksaan buat hamba. Tapi, hamba ingat, kesabaran akan mengundang sesuatu yang sangat indah di penghujungnya. Saat ini la yang paling hamba tunggu dalam sejarah setiap semester. Penat belajar sepanjang semester diakhiri dengan hidangan final. Satu perkara yang paling hamba tidak suka. Kena jawab exam, so kena la baca buku.

Hamba teringat satu sms yang hamba terima daripada sahabat hamba yang bunyinya agak2 macam ni la kot. "Student bila tibanya waktu exam, dia adalah orang yang paling hebat sbb dapat habiskan buku dalam masa 1 hari jer. Ni la yang hamba buat. Satu hari datu buku. Bila tiba time nak jawab pekse, mula la tak tau nak hurai ape. Just tau point je. So, ingatan buat diri hamba dan juga buat sesiapa yang baca blog hamba ni, kalau anda seorang student, jangan la study last minute. satu penderaan pada diri anda sendiri. Kalau belajar tu, biar la kita belajar untuk kegunaan pada masa akan datang. Bukan study utk exam-oriented semata2.

Hari ni, lepas je abis paper, hanba terus je pegi ke pejabat HEP. Hamba buat pengesahan untuk terima tawaran jadi Pembantu Minggu Mesra Siswa atau dengan nama ringkasnya dan glamournya, "OC". Ramai jugak sahabat2 hamba yang dapat. Pastu hamba balik ke VJ tercinta. Dengan harapan dapat la rehat. Tapi hari hamba takkan dapat duduk diam. Hari ni, hamba jadi driver utk sahabat2. Bukan paksaan tapi sukarela. Bukan ape, nak lepaskan geram pada motor tercinta. Dah lama rasanya tak bersama Ego yang amat hamba sayang.

Tapi dalam keseronokan habisnya paper, hamba masih dihimpit dengan pelbagai kerja yang terpaksa hamba settlekan dulu. Gerak kerja kena teruskan. Program yang dinanti hampir tiba. Persediaan dari segi mental dan fizikal kena mantap. Hmmm... Inilah sunnah orang berjuang. Huhuhu... Meeting esok... Takpe la... tapi ape yang penting utk hamba, hamba nak mantapkan dulu tarbiyyah diri hamba sebelum hamba mentarbiyyah bakal2 pejuang Islam yang akan dilahirkan beberapa hari lagi ni.. Pertolongan dari Allah amat penting. Dan ingatlah.. Segala apa yang kit lakukan perlulah dengan niat yang betul.. Wallahualam...