Monday, June 15, 2009

JABIR IBN HAIYAN


Pengenalan

1. Seorang ahli kimia Islam pada kurun pertengahan dan lebih dikenali sebagai Bapa Kimia Moden. Max Mayerhaff menyatakan bahawa, beliau individu yang telah mencetus pembangunan kimia di Eropah.

2. Nama penuhnya ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, atau kadang-kala dipanggil al-Harrani dan al-Sufi.

3. Mula mempraktikkan ilmu-ilmu perubatan dan kimia di Kufah pada 776 Masihi dan dilaporkan pernah menuntut dengan Imam Ja'jauh Sadiq dan Putera Ummayed Khalid Ibn Yazid.

4. Pada awalnya, dia telah mempraktikkan ilmu-ilmunya di bawah pemerhatian Barmaki Vizir semasa pemerintahan Khalifah Haroon al-Rashid, era Kerajaan Khalifah Abbasiyah.

5. Telah dikenakan tahanan rumah di Kufah, di mana dia meninggal di situ pada 803 Masihi.

Sumbangan-sumbangan

1. Memperkenalkan kaedah penyiatasan melalui teknik pencubaan kepada dunia Kimia, yang mana telah mempercepat perkembangan kimia moden.

2. Berjaya menyiapkan 100 buah karya, yang mana 22 daripadanya berkaitan dengan ilmu kimia.

3. Sumbangan terbesarnya adalah melalui kejayaannya menemukan prosedur-prosedur kimia yang sistematik seperti penghabluran, penyulingan, pengkalsinan, pemejalwapan dan penyejatan juga penghasilan beberapa peralatan baru dalam bidang ini.

4. Berjaya dalam pencapaian praktikalnya apabila berjaya menemui beberapa bahan mineral dan asid yang baru.

5. Bergiat aktif dalam usaha penyediaan pelbagai campuran kimia serta penghasilan kaedah-kaedah kimia yang baru. Beliau menjadi perintis kepada bidang sains gunaan atas kejayaannya dalam memperkenal beberapa proses baru dalam bidang tersebut.

6. Pencapaiannya dalam bidang ini termasuk penyediaan pelbagai jenis logam, pembangunan bahan keluli, pencelupan kain dan proses menyamak kulit, penghasilan kain kalis air, penggunaan mangan dioksida dalam pembuatan kaca, pencegahan proses pengaratan, pembuatan cat, gris, dan sebagainya.

7. Telah membangunkan ‘akua regia’ bagi melarutkan emas.

8. ‘Alembic’ adalah ciptaannya yang telah memudahkan proses penyulingan dijalankan dalam keadaan yang sistematik.

9. Berjaya mengelaskan bahan-bahan menjadi tiga kumpulan; bahan yang mengewap ketika dipanaskan, bahan logam dan bahan-bahan yang boleh ditukar kepada serbuk.

10. Menulis kitab-kitab kimia yang masyhur, antaranya Kitab-al-Kimya, dan Kitab al-Sab'een yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan pelbagai bahasa lagi di benua Eropah. Hasil karyanya amat terkenal di Eropah untuk beberapa abad dan telah telah mempengaruhi evolusi kimia moden.

11. Memperkenal beberapa terma saintifik baru seperti Alkali.

12. Berjaya memperkenalkan teknik penyediaan asid buat kali pertama; asid nitrik, asid hidroklorik, asid sitrik dan asid tertar dan juga berjaya menekankan konsep sistematik dalam proses-proses eksperimen.



MENANGISLAH KERANA ALLAH

BINGKISAN KHAS:

Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...

PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:

“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:

“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

TAKLIFAN

Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa minta ujian bertamu..


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai pelbagai tafsiran.


Segala takdir

Terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa ada hikmahnya.

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmat Nya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah

Menghadapi...

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu.


Inilah lagu pertama yang terlintas di benak fikiran hamba tatkala hamba ditaklifkan memegang satu jawatan yang tak tertanggung oleh hamba sendiri baru2 ini. Jawatan yang seringkali hamba katakan TAK NAK padanya. Namun itulah kuasa Tuhan. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang selama ini kita tidak sedar. Tatkala nama hamba diumumkan oleh sahabat hamba, serentak dengan itu, air mata hamba gugur tak semena-mena. Tak sempat nak tahan. Takutnya hamba pada taklifan tu. Beratnya ujian dan amanah yang terpaksa hamba tanggung selepas ini. Tapi, Alhamdulillah, sahabat hamba ramai. Sokongan yang hamba dapat buatkan hamba mungkin lebih kuat. Inilah nasihat pertama hamba dapat...


“ Akak, ingat surah Al-Baqarah ayat 286”

“ Ti, akak tau Ti kuat. Akak percaya pada Ti.”

“Jangan sedih kak. Kami tahu akak lah yang paling layak.”

“Akak, bukan kami yang pilih akak, tapi Allah.”


Inilah antaranya nasihat yang hamba dapat. Sokongan yang buatkan hamba sedar akan tanggungjawab yang hamba dapat ni, bukanlah atas pilihan yang sia-sia.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Al baqarah : 286


Dan ini pula sms yang hamba terima. Mungkin sahabat hamba ni dapat tengok kot hamba nangis. Malu la pulak...


“Apabila 2 orang, salah seorangnya lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaan dan paling kurang mudaratnya bagi jawatan tersebut.”

– Ibnu Taimiyah.


Walaupun agak sukar untuk hamba terima kenyataan ini, tapi suatu yang hamba perlu belajar ialah terimalah segala ketentuan. Jika hamba pilihan Allah, hamba Redha dan hamba harapkan bantuan dan petunjuk Allah. Hamba tak mampu nak laksanakan tugas ini bersendirian. Mungkin ada hikmah yang Allah nak beri pada hamba atas taklifan ini. Wallahu’alam...

Monday, June 1, 2009

CERITA KU..

Assalamualaikum....

Hari ni, actually, hamba still rasa sedih lg ni coz my beloved pendrive still x jmpe. Tp, ape boleh buat. Pendrive hilang, hidup terpaksa diteruskan. Huhuhu...

Malam semalam, hamba dengan kawan2 gi makan kat luar. Kat dungun ni, tempat makan paling romantis kat tepi pantai la. Kalau sape2 nak makan tomyam best, datang la LAILA TOMYAM. Ni la kedai makan yang hamba lepak dengan kawan2 hamba semalam. Kawan hamba sebenarnya ajak makan kat luar ni. Bagus jugak idea ni fikir hamba. Lama dah tak makan kat luar. Hamba pun dah takde idea nak masak pe malam ni. Hehehe... Malas jugak sebenarnya.. Tapi, hari ni, hamba lupa la nak masakkan utk sahabat muslimin hamba yang mesti tengah dan sangat kelaparan kat hostel tu. Huhuhu.. Maaf la yek sahabat2 ku sekalian. Ye la, time2 orang lain sibuk b'cuti, kawan2 yang mana wat short course duk hostel susah nak dapat makanan. Dining tak bukak. Sebab tu la, ana dengan sahabat2 kat umah ni wat keputusan nak masakkan utk sahabat2 yang duk hostel.

Ok, kita berbalik pada makan tadi. Banyak jugak hamba makan. Hamba order nasi goreng kampung dengan tomyam campur. Sampaikan tak larat hamba nak habiskan. Tu la, sape suruh order banyak2. Pastu, mula la nak bangun pun tak larat. Hahahaha... Tapi sebab azam yang tinggi untuk makan hari semalam, hamba cuba gak nak habiskan.. Tapi sayang kan, kalau hamba amik gambar tomyam tu, boleh post kat sini. Lupe lak nak amik. Dah lapor sangat kan.. Abis je makan, hamba ngan sahabat masuk lak hostel. Gi jumpe sahabat2 lain. Tp, jahat jugak hamba ni. Masuk dalam tak bawak pape buah tangan pun. Sian diorang. Lama gak lepak ngan diorang. Bincang macam2. Bukan pe lepak ngan diorang tu, duk umah bosan sangat. Padahal boleh je kalau nak study. Tp sebab malas sangat. ;)

Hari ni lak, satu hari tak tau nak wat pe. Dah la class takde seminggu. Bosan yang amat diriku ini. Dah la puasa. Nak makan tak boleh. Kalau tak, boleh la jugak sumbat2 makanan dalam mulut ni. Huhuhu.. Makan je hamba ni. Dah takde keje lain dah. Mane taknye, baru2 ni, berat badan hamba turun 5 kilo. Banyak sangat.. Tak boleh jadi. So, keje hamba sekarang, nak naikkan je berat badan ni jadi 50 kg semula. Orang lain sume nak turunkan berat badan, tapi hamab beria-ia nak naikkan. Pelik la kan???

K la.. Hamba nak wat keja lain lak ni. Nnti, ape2 hamba citer lagi kat blog hamba yang macam pe dah ni. Tapi, doakan moga misi menaikkan berat badan hanba berjaya yek... :)