Monday, June 15, 2009

TAKLIFAN

Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa minta ujian bertamu..


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai pelbagai tafsiran.


Segala takdir

Terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa ada hikmahnya.

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmat Nya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah

Menghadapi...

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu.


Inilah lagu pertama yang terlintas di benak fikiran hamba tatkala hamba ditaklifkan memegang satu jawatan yang tak tertanggung oleh hamba sendiri baru2 ini. Jawatan yang seringkali hamba katakan TAK NAK padanya. Namun itulah kuasa Tuhan. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang selama ini kita tidak sedar. Tatkala nama hamba diumumkan oleh sahabat hamba, serentak dengan itu, air mata hamba gugur tak semena-mena. Tak sempat nak tahan. Takutnya hamba pada taklifan tu. Beratnya ujian dan amanah yang terpaksa hamba tanggung selepas ini. Tapi, Alhamdulillah, sahabat hamba ramai. Sokongan yang hamba dapat buatkan hamba mungkin lebih kuat. Inilah nasihat pertama hamba dapat...


“ Akak, ingat surah Al-Baqarah ayat 286”

“ Ti, akak tau Ti kuat. Akak percaya pada Ti.”

“Jangan sedih kak. Kami tahu akak lah yang paling layak.”

“Akak, bukan kami yang pilih akak, tapi Allah.”


Inilah antaranya nasihat yang hamba dapat. Sokongan yang buatkan hamba sedar akan tanggungjawab yang hamba dapat ni, bukanlah atas pilihan yang sia-sia.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Al baqarah : 286


Dan ini pula sms yang hamba terima. Mungkin sahabat hamba ni dapat tengok kot hamba nangis. Malu la pulak...


“Apabila 2 orang, salah seorangnya lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaan dan paling kurang mudaratnya bagi jawatan tersebut.”

– Ibnu Taimiyah.


Walaupun agak sukar untuk hamba terima kenyataan ini, tapi suatu yang hamba perlu belajar ialah terimalah segala ketentuan. Jika hamba pilihan Allah, hamba Redha dan hamba harapkan bantuan dan petunjuk Allah. Hamba tak mampu nak laksanakan tugas ini bersendirian. Mungkin ada hikmah yang Allah nak beri pada hamba atas taklifan ini. Wallahu’alam...

No comments:

Post a Comment