Monday, August 31, 2009

SAD

Assalamualaikum...
I feel sad today.. Really sad. I don't know why diz happen.
Rasa cam berat je ujian yang kena hamba tanggung. Tapi tak la seberat orang lain. Sesungguhnya, hamba dah tak larat dengan semua ni. Bukan kehendak hamba ni semua.
"ALLAH...
INGIN KU HENTIKAN LANGKAH INI
BAGAIKAN TAK MAMPU UNTUK KU BERTAHAN
SEMANGAT TENGGELAM
LEMAH DAYA
HARUSKAH AKU MENGALAH
NAMUN JIWA PUN BERBISIK
INILAH DUGAAN.."

Sunday, August 30, 2009

TRAGEDI DULU KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA

Bumi ini pernah diulit tragedi
mimpi ngeri berdarah
deritanya hingga ke tulang sendi

Anak-anak dulu takut pada pedang
dari Matahari Terbit
Anak-anak dulu gementar pada senapang
dari Barat yang jauh

Kini semua ini
usahkan gentar
malah menjadi suatu kebanggaan
terucap di lidah
pada tubuh-tubuh
pada mata dan budaya

Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
kita tentang dengan minda merdeka
Namun hari ini,
mereka menjajah minda anak-anak kita
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
menjadi benteng kemerdekaan?

Tragedi dahulu,
kini perlahan-lahan
halus, diam, merapati kita
bersahabat dengan minda anak-anak kita.

SALAM KEMERDEKAAN DARI HAMBA.
MERDEKAKAH KITA SEBENARNYA??
RENUNG-RENUNGKAN...

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.

SALAM RAMADHAN DARI HAMBA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni, hamba diberi peluang dan ruang lagi sekali oleh Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang untuk hamba mencoretkan sesuatu dalam blog hamba ini. Rasanya dah lama hamba tak meluahkan ape yang terbuku di benak fikiran hamba ni. Takde ape. Cuma hamba dengan berbangganya lah nak ucapkan SALAM RAMADHAN buat semua sahabat handai dan rakan taulan. Pada mak ayah, cikgu2 yang banyak ajar hamba sampai ke universiti ni.. Orang2 kampung dll yang hamba tak mmpu nak tulih sume.

Walaupun agak terlambat untuk hamba mengucapkan salam ramadhan ini, namun hamba pasti kedatangan Ramdhan kali ini pasti membawa seribu makna buat semua umat Islam terutama sekali buat sahabat seperjuangan hamba di UiTM Dungun ni khususnya. Secara jujurnya, kedatangan Ramadhan kali ini amat dinntikan oleh hamba sendiri. Perasaan ni tak pernah hamba rasai sebelumnya. Hamba harap ini bukanlah Ramadhan terakhir buat hamba.

Jadi, pesana hamba utk diri hamba dan kawan2, ambillah peluang kali ini untuk banyakkan amal ibadah. Ingatlah, pahala berganda menanti kita di bulan RAMADHAN yang barakah ini.

p/s : dpt ke tak ni nak pose penuh????

Friday, August 14, 2009

GAMBAR KENANGAN













SYUKUR YA ALLAH

Assalamualaikum....

Hari ni hamba rasa sangat bahagia, gembira, sronok. Nikmat yang Allah bagi pada hamba hari ni tak ternilai. Ngape hamba cakap camni ek??? Alhamdulillah, ana baru saje habis berusrah bersama sahabat2 hamba. Hari ni 3 usrah hamba attend. First skali, usrah dengan anak buah hamba. Second dengan big boss hamba. Tapi, yang paling best usrah malam ni. Sebabnya, adik2 hamba, sahabat2 hamba, akak2 hamba, sume berkumpul. Indahnya nikmat berkumpul, share story, share idea. Hamba tak inginkan benda lain dalam hidup ni. Ape yang hamba nak, nilai sebuah persahabatan yang disandarkan dengan nilai akidah. Dan jugak nilai sebuah keluarga yang juga berpaksikan pada satu akidah. :)

YANG PERGI BIARKAN PERGI

Assalamualaikum...

Biarkan semalam menjadi kenangan buat kita. Biarkan ia berlalu. Walaupun baru semalam ustz asri kembali ke rahmatullah, tidak dinafikan ramai yang terkesan dan masih tak dapat terima kenyataan. Namun, itu semua dugaan buat kita yang merasainya. Setiap pertemmuan ade perpisahan. Perpisahan yang selamanya...

Tapi, kita yang hidup ni, kena teruskan perjuangan. Perjuangan dalam memartabatkan Islam di mata dunia. Jadi dengan itu, hamba pagi ni buat meeting dengan anak2 buah demi nak teruskan perjuangan Islam ni.


Thursday, August 13, 2009

PERGINYA SEBUTIR PERMATA



Perginya sebutir permata yang barnilai dalam persada nasyid tanah air dan jua antara insan yang paling penting dalam jalan dakwah. Beliau adalah insan yang disegani. Perginya sukar dicari ganti.

Terpaku hamba saat menerima mesej tentang perginya insan ini. Walaupun tak mengenali secara dekat dan tak pernah bersua muka, namun rasa kehilangan itu tidak dapat lari. Mungkin kerana jalan dakwah, hamba cukup terkesan dengan berita ini. Mungkin, ALLAH lebih menyayangi insan ini, lalu dijemputnya segera mengadap yang ESA. Kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Mulia disisi Allah.

Mungkin ini sebagai peringatan buat kita yang masih hidup, untuk terus mengingati tentang kematian yang bakal datang menjemput kita tanpa di duga.

AL FATIHAH BUAT ALMARHUM USTAZ ASRI IBRAHIM

Wednesday, August 12, 2009

HATI KU DI KALA INI

video

lagu ni menyatakan perasaan hamba tika ini. Mungkin sukar untuk hamba terjemahkan dalam kata2 kerana sukar untuk hamba berdepan dengan insan di sekeliling hamba. Mungkin jua lagu ini hamba tujukan buat insan yang sama perasaannya dengan hamba.

STREAMYX....

Assalamualaikum...

Nak gitau ni, rumah sewa hamba dah masuk streamyx. Seronok.... Dah boleh la online slalu ye...
Hehehe.. Banyak la benda yang boleh hamba buat dengan streamyx ni... :) Assignment pun sonang nak buek.. Takdo la nak kena berkejar ke cc. Poning jugak eden..

Wednesday, August 5, 2009

PERTENGAHAN SYA'ABAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya, dapat jua hamba mencoretkan sesuatu dalam blog hamba ni. Agak lama hamba tak menulis, hari ni, hamba muncul kembali walaupun takde la sangan insan yang membaca. Mungkin blog hamba ni simple dan tak menarik sangat kot..huhuhu...

Hari ni, hari hamba mencoretkan warkah ni.... dah masuk 15 sya'aban. Alhamdulullah. Ni menunjukkan tak lama lagi, tetamu Ramadhan akan datang. Hamba nak luahkan sikit la. Untuk tahun ni, hamba rasa sangat hiba bila nak tunggu kedatangan Ramadhan. Rasa tak sabar.. Ya Allah, tak pernah hamba rasa macam ni sebelum ni. Mungkin, ada sesuatu yang menunggu hamba di bulan Ramadhan nanti.

Hari ni, hamba dan sahabat2 anjurkan majlis berbuka puasa di masjid universiti. Kami sume ajak adik2 kami, berbuka sama2. Tapi, hamba pulak ade kelas. sekejap je hamba dapat bersama adik2 hamba. Rasa rindu pada adik2 bila dah lama tak jumpa. Lepas tu, kami buat solat maghrib berjemaah. Baru la hamba nampak masjid kami ni hidup. Agaknya kena buat program macam tu, baru penuh masjid. hehehe... Bacaan yaasin, solat hajat, ceramah, solat isyak berjemaah. Itu sume hamba tak sempat. Kelas punya pasal. Rasa sedih jugak la. Tapi, ape kan daya.. Ustaz hamba siap cabar lagi kami sume ni, mampu tak kami bawak adik ni datang ke masjid. Alhamdulullah, walaupun tak berjaya sepenuhnya, ade la hasilnya.. :) Cabaran ni buat muslimin dan muslimat.. tapi, yang paling penting, juadah berbuka... exclusive hamba sediakan.. huhuhu.. tomyam ayam.... sedap.. Alahai.. hamba puji diri sendiri la..

Ok la, ni je kot dari hamba. Nak mesej adik lak ni. Nak pujuk gi program...

"AKU GEMBIRA MELIHAT ADIK2 MAD'U KU GEMBIRA..."