Wednesday, August 5, 2009

PERTENGAHAN SYA'ABAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya, dapat jua hamba mencoretkan sesuatu dalam blog hamba ni. Agak lama hamba tak menulis, hari ni, hamba muncul kembali walaupun takde la sangan insan yang membaca. Mungkin blog hamba ni simple dan tak menarik sangat kot..huhuhu...

Hari ni, hari hamba mencoretkan warkah ni.... dah masuk 15 sya'aban. Alhamdulullah. Ni menunjukkan tak lama lagi, tetamu Ramadhan akan datang. Hamba nak luahkan sikit la. Untuk tahun ni, hamba rasa sangat hiba bila nak tunggu kedatangan Ramadhan. Rasa tak sabar.. Ya Allah, tak pernah hamba rasa macam ni sebelum ni. Mungkin, ada sesuatu yang menunggu hamba di bulan Ramadhan nanti.

Hari ni, hamba dan sahabat2 anjurkan majlis berbuka puasa di masjid universiti. Kami sume ajak adik2 kami, berbuka sama2. Tapi, hamba pulak ade kelas. sekejap je hamba dapat bersama adik2 hamba. Rasa rindu pada adik2 bila dah lama tak jumpa. Lepas tu, kami buat solat maghrib berjemaah. Baru la hamba nampak masjid kami ni hidup. Agaknya kena buat program macam tu, baru penuh masjid. hehehe... Bacaan yaasin, solat hajat, ceramah, solat isyak berjemaah. Itu sume hamba tak sempat. Kelas punya pasal. Rasa sedih jugak la. Tapi, ape kan daya.. Ustaz hamba siap cabar lagi kami sume ni, mampu tak kami bawak adik ni datang ke masjid. Alhamdulullah, walaupun tak berjaya sepenuhnya, ade la hasilnya.. :) Cabaran ni buat muslimin dan muslimat.. tapi, yang paling penting, juadah berbuka... exclusive hamba sediakan.. huhuhu.. tomyam ayam.... sedap.. Alahai.. hamba puji diri sendiri la..

Ok la, ni je kot dari hamba. Nak mesej adik lak ni. Nak pujuk gi program...

"AKU GEMBIRA MELIHAT ADIK2 MAD'U KU GEMBIRA..."

No comments:

Post a Comment