Sunday, August 30, 2009

SALAM RAMADHAN DARI HAMBA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni, hamba diberi peluang dan ruang lagi sekali oleh Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang untuk hamba mencoretkan sesuatu dalam blog hamba ini. Rasanya dah lama hamba tak meluahkan ape yang terbuku di benak fikiran hamba ni. Takde ape. Cuma hamba dengan berbangganya lah nak ucapkan SALAM RAMADHAN buat semua sahabat handai dan rakan taulan. Pada mak ayah, cikgu2 yang banyak ajar hamba sampai ke universiti ni.. Orang2 kampung dll yang hamba tak mmpu nak tulih sume.

Walaupun agak terlambat untuk hamba mengucapkan salam ramadhan ini, namun hamba pasti kedatangan Ramdhan kali ini pasti membawa seribu makna buat semua umat Islam terutama sekali buat sahabat seperjuangan hamba di UiTM Dungun ni khususnya. Secara jujurnya, kedatangan Ramadhan kali ini amat dinntikan oleh hamba sendiri. Perasaan ni tak pernah hamba rasai sebelumnya. Hamba harap ini bukanlah Ramadhan terakhir buat hamba.

Jadi, pesana hamba utk diri hamba dan kawan2, ambillah peluang kali ini untuk banyakkan amal ibadah. Ingatlah, pahala berganda menanti kita di bulan RAMADHAN yang barakah ini.

p/s : dpt ke tak ni nak pose penuh????

No comments:

Post a Comment