Saturday, December 19, 2009

MAI PAKAT NGUNDI...

Sekarang nih, di laman KTi (Komuniti Teman Inteam), sedang berlangsungnya Pilihanraya Umum KTi bagi melantik saf kepimpinan yang baru utk sesi 2010.. So, aku nak ajak korang sume join KTi nih dan meh kita sama2 ngundi..

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

AL TAHFIZ BAYU SYAHADAH


Salam..sekadar ingin berkongsi impian murni abg nazrey johani (ahli ex raihan dulu) yang ingin mendirikan sebuah kompleks tahfiz di negeri kelahiran nya, iaitu Sabah. Sebagai langkah pertama, beliau sedang giat dalam usaha mencari dana dan tajaan bagi menjayakan projek ini. Antaranya dengan melakukan konsert de tour di universiti-universiti tempatan. Usaha murni beliau ini disokong oleh ramai kumpulan-kumpulan nasyid tanah air antaranya kumpulan inteam.

Untuk mereka yang ingin mengetahui perkembangan semasa dan juga untuk mengetahui kompleks tahfiz ini lebih lanjut, antum semua dijemput untuk ke laman sesawang kompleks tahfiz ini ; http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com/

atau di facebook: tahfizsyahadah
atau di twitter: http://www.twitter.com/tahfizsyahadah
atau email: tahfizsyahadah@gmail.com

sumber dipetik dari http://eblog.yeopmi.com/


Wednesday, December 16, 2009

MY FIRST DAY

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni aku dah berjaya melapor diri di ESQ. Tangguh punya tangguh, dpat jugak aku menjalankan tugas ku. Mula2 aku sampai di ofis pagi tadi, takde pe yang aku buat. Just duduk, bce newspaper. Boring yang amat. Hampir 2 jam aku tunggu aku nye supervisor datang. Ye la kan, nak lapor diri. Dukk je la melanguk... Hai.. Last2 dak ofis tu datang, bagi tau, Supervisor aku tu amik half day. So, after lunch baru masuk. Uih,,, Lama nak kena tunggu nih.. Aku pun mula malu. Ye la kan, tak tau nak wat ape... Tengok orang jer.. Malu la... Nampak sangat aku ni takde keje. Huuuuhuu..

Pastu, ade akk ni..Kak Suzana namae dia. Dia datang la kat aku... Dia suh aku tolong bhgn tele-marketing. Jmpe la ngan k.ida... K.ida pun tak tau nak bg pe kat aku. Aku dalam hati nih.. Bagi je la pape pun.. Susun2 kertas pun tak kesah... Hahahaa... Lastly.. K.ida bagi aku keje asingkan registration form ikut tahap training. Tak sampai 10 minit siap... Aku dah tak tau nak wat pe.. Kak Suzana datang.. Bawak kertas yang banyak.. Nak suh aku 'punch' kan... Orait jer.. Kejap je tu.. K.ida suh aku bukak ESQ nye website. Bace.. Aku dah tak tau nak bace ape kat website ESQ tuh.. Buat2 la bace...

And then, kitorang solat Zohor. Yang bestnye, berjemaah.. Walaupun ruang ofis kecik, tapi still boleh berjemaah. Zohor, Asar n Maghrib aku berjemaah di ofis. After solat Zohor, kitorang gi lunch sesame. Aku tak habiskan makanan aku.. Tak larat. Banyak sangat.. Sepinggan penuh mee goreng.. Tak baik betol ku hari nih. Heeehe.. After Lunch, Ku dapat keje baru. Ni baru betol. Sampai malam ngadap komputer. Amik nak kau.. Key in data.. Sakit pinggang aku. Last2 aku duk bersila atas kerusi tuh.. Huhuhu... Tak tahan sangat. After Maghrib, siap aku key in utk 3 event. Beratus2 nama aku kena key in.. Tu tak kira call lg.. Kalau call.. Mau takde suara aku dengan keadaan yang batuk2 skng nih. Settle je keje, makan kat ofis. Syok rupanya diorang nih. Klakar.. Aku makan makanan yang aku tak penah makan. Tauhu dengan sambal kacang. Nak muntah aku. Tak abis lagi.. Aku buang camtu je.. Ish3.... Esok kena makan nasik la... Tak boleh gini..

Dalam kul 8 lebih, baru balik umah. Satu lagi, yang bestnye company nih, takde punch card. Hahaha.. Bile aku keje kat sini, aku rase cam duk kat Indonesia... Mane tak nye, ramainye bapak2 Indonesia. Diorang la bos aku.. Hahahaha.. Tp diorang ok.. Cam bapak kita la.. Paling klakar Si Reza tuh... tak sangka aku.

K la... Cukup la utk hari nih... Aku cite lain kali lak.. Nnti, bile hp canggih aku dah ok, aku seltkan skali suasana dalam ofis aku. Suasana solat dan ape2 la... Wassalam..


Tuesday, December 15, 2009

AL MAJRITI TOKOH MATEMATIK

ABU Al-Qasim Maslamah bin Ahmad atau Al-Majriti diibarat ensiklopedia matematik, astronomi dan ilmu kimia, kerana memiliki pengetahuan luas dan mendalam mengenai sumber maklumat bidang berkenaan.

Beliau juga terkenal sebagai ilmuwan Islam yang sangat cemerlang di Andalus. Hakikat itu diakui ilmuwan Barat yang mengagumi buku hasil tulisannya, terutama mengenai akaun perdagangan.

Kepakarannya dalam teori bilangan dan angka menjadikan buku berkenaan rujukan seluruh dunia, selain hasil karangan mengenai perhitungan kejuruteraan.

Seperti biasa, pemikiran Barat menciplak hasil penemuan cendekiawan Islam tetapi apabila sudah maju, mereka lupa pihak yang membentuk peradaban kemajuan itu.

Al-Majriti berbeza dengan ilmuwan lain kerana ketelitian serta ingatannya yang kuat. Beliau sering menekankan bahawa mereka yang dikhususkan dalam bidang analisis sains seperti kimia, juga perlu mempelajari ilmu matematik dan sains.

Dengan gabungan pengetahuan itu katanya, umat Islam akan memiliki kelebihan dalam pekerjaan dari segi teori dan praktikal.

Penghasilan air raksa menunjukkan ketekunan dan ketelitian Al-Majriti apabila melakukan eksperimen yang akhirnya membawa kejayaan kepada kerjaya beliau.

Eksperimen yang terkenal itu memperlihatkan bagaimana beliau menukarkan satu perempat tabung air raksa menjadi serbuk berwarna merah, selepas diletak di atas api selama 40 hari.

Al-Majriti akan memerhatikan eksperimennya itu dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan pada air raksa yang membentuk oksida raksa hasil proses perubahan secara kimia.

Sebagai ilmuwan yang teliti dalam kerjayanya, beliau sentiasa mendorong penyelidik untuk mengkaji bahan kimia melalui proses percubaan di makmal.

Kesimpulan yang dicapai oleh Al-Majriti daripada kaedah percubaan di makmal ialah bahan yang terhasil adalah sama dengan kumpulan bahan kimia yang diuji melalui proses makmal.

Sebuah penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, iaitu sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.

Ia adalah cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan di tengahnya ada sebuah jarum penunjuk yang boleh bergerak.

Beliau menulis dua buku dalam bidang kimia bertajuk Rutbaj Al-Hakim dan Ghayah Al-Hakim yang menjadi rujukan ilmuwan Timur mahupun Barat hingga hari ini.

Menyedari pentingnya buku Ghayah Al-Hakim, Raja Alfonso memerintahkan agar buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1252 Masihi.

Buku lain karangan Al-Majriti ialah Thimar Al-Adad yang dikenali sebagai Al-Mu'amalat, Ikhtisar Ta'dil Al-Kawakib Min Zij Al-Battani, Rutbah Al-Hakim Fi Al-Kimiya, Al-Ahjar Rawdhah Al-Hada'iq wa Riyadh Al-Khala'iq serta Risalah Al-Asturlab, merangkumi ilmu sejarah, tabii dan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan.

Al-Majriti mempunyai ramai murid yang berjaya dalam kehidupan, seperti Abu Al-Qasim Al-Ghirnati, seorang jurutera dan ilmuwan dalam bidang perubatan dan Abu Al-Hakam Al-Karmani, seorang penduduk Cordova yang sangat terkenal sebagai pakar bedah dan jurutera.

Di sebalik kesibukannya mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta menterjemah buku ilmiah Yunani, Al-Majriti menggemari muzik, yang katanya, mempunyai persamaan dengan pengiraan ilmu matematik.

PROFIL
Nama: Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad
Gelaran: Al-Majriti
Tarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 Masihi
Tempat lahir: Majrit (Madrid)
Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di Andalus
Sumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi

SEKADAR CORETAN


Assalamualaikum....

Sudah agak lama aku tak mencoretkan sesuatu di ruangan blog aku sendiri. Rindu rasanya untuk bercerita. Mungkin dengan ini aku dapat luahkan apa yang tak dapat untuk aku luahkan. Hari ini, aku mula membuka diary ku. Impian untuk aku menjejakkan kaki ke ESQ kini sudah tercapai. Mungkin ramai yang tak mengenali ESQ. Tapi, tidak bagi aku. Aku mula mengenali ESQ sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam universiti. Namun hanya ku kenal wujudnya ESQ. Tak pernah aku tahu apakah rencana ESQ itu dan aku tak pernah terfikir untuk aku mengenali lebih tentang ESQ ini. Namun kebelakangan ini... Aku tidak pernah untuk tidak melawat laman ESQ. Itulah rutin aku bermula awal semester lalu. Mungkin kerana terlalu awal ku pasakkan niat untuk bekerja di ESQ.

Bukan ini yang hendak aku ceritakan sebenarnya. Melalut je nih.. hehheee.. Sebenarnya, hampir seminggu aku di Damansara ni. Cukup bosan ditinggalkan rakan serumah. Mereka masing-masing punyai agenda tersendiri. Sekarang mungkin mereka sedang menjalani modul di JANDA BAIK. Mungkin seronok. Arghhh... Bila masa untuk aku plak ni? Takpe la. Tunggu aje peluangnya pasti ada.

Aku kebosanan, kesunyian di rumah yang tinggi nih. Duk umah bertingkat2 ni, jadikan aku malas untuk naik dan turun walaupun ade lif. Nak makan pun malas nak turun. Ish.. Teruk betul. Tak tau la pe akan jadi pada aku nnti. Mungkin kurus barangkali. Heeehee.. Santapan aku setiap hari hanyalah roti, peanut butter dan maggi.. Sedih betul. Nasi mugkin cuma sekali sehari je.. Ada masanya, langsung tak makan nasi.

Setakat aku duk kat sini, aku sempat berkenalan dengan sorang wanita indonesia. Dia keje kt kedai dobi yang de kat blok aku duk ni. Jangan salah sangka, aku bukan ke kedai dobi tu nak hantar baju, tapi sebab aku cukup boring duk dalam bilik. So, layan je la. Borak la ngan dia. Orangnya ramah, sudah bersuami. Dah 3 tahun dia di Malaysia ni. Selama dia kat sini, tak pernah lagi dia balik ke Tanah asal dia. Usaha dia nak tolong family dia kat kampung menjadi pendorong buat aku. Dia tak pernah kenal erti putus asa bekerja dengan kerenah orang Malaysia yang bermacm ragam nih. Sempat aku melihat seorang pelanggan yang menghantar baju ke kedai dobi tu. Cukup sombong. Tanpa ucapan terima kasih, dia blah cam gitu je lepas hantar baju dia. Dia ingat pekerja tu ape? Dah la orang senyum, wat tak tau jer. Biar la.. Heheee.. Banyak yang aku dapat dari AKAK DOBI tu. Sepanjang aku kat sini, kalau aku tak tau selok belok kat sini, dia akan jadi tempat rujukan aku walaupun dia bukan orang kita.

Banyak ragam la sebenarnya. Aku jugak sempat berbual dengan 2 orang pakcik teksi nih. Sorang pakcik ni, dia very nice... Ramah dan cara dia jawab pe yang kita tanya cam pakcik2 yang baik la. Banyak info jugak aku dapat dari pakcik ni. Ape yang penting, pakcik ni doakan kejayaan aku di sini. Dia tau aku bukan orang sini dan student lagi. Jadi, banyak nasihat yang dia beri pada aku dengan aku boleh terima secara baik. Tapi, sorang lagi pakcik teksi ni (walaupun dia tak kawen lagi, aku nak panggil dia pakcik gak) dia bagi nasihat gak. Tapi, cara dia kau tak bape suka. Cara orang muda Melayu, bagi nasihat tapi, dia yang nak ngap kita lastly. Dia ingat aku nih ape? Budak kampung yang mudah termakan dek pujuk rayu? Nak bawak teksi, bawak je la. Banyak songeh pulak. Ade ke, mintak no phone? Aku bagi no tepon Ketua Polis dang Wangi (kawan abah) ngan bomba baru tau.. Ajak kuar jalan2 konon. Blah la lu..Baik aku duk je kat umah ni daripada kuar ngan orang cam tu. Eh, emosional plak dah. hehehe.. Saje je..

Cuma nak ingatkan diri sendiri je. Jangan mudah terperdaya dengan orang yang kita tak kenal. Apa yang penting, bila kita jauh dari pandangan kedua ibu bapa kita, takde sape yang nak guide kita, iman tu penting. Sebab tu la, kita kena kuat iman. banyakkan amal. Dan berserah pada Allah. Bergantunglah pada Allah nescaya kita tidak akan sesat dalam liku hidup ini. Bersikap jujur pada diri sendiri. Sampi sini je aku merapu. Lain masa akan ku sambung merapu merepek aku ye..