Wednesday, February 24, 2010

ADIL DAN BAHAGIA

Assalamualaikum...

Hari ni, baru aku sedar yang kehidupan ni tak pernah adil. Cuma kita aje yang mampu mencorakkannya menjadi adil. Mungkin untuk orang lain atau untuk diri sendiri. Kadang2 kita tak pernah adil dengan diri kita sendiri. Kita tak pernah cuba untuk beri peluang pada diri untuk berlaku adil. Menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri, marahkan orang lain kerana ketakutan kita sendiri. Adilkah kita pada diri sendiri?

Jangan pernah sekali kita cuba menyalahkan orang lain andai kita sendiri belum bersedia untuk mengaku salah kita. Jangan pernah cuba menmencari kesalahan orang andai diri tak cukup sempurna untuk segalanya. Aku tak mmpu untuk luahkan segalanya, namun aku mengerti yang hidup ini hanya adil bila mana kita adil pada diri sendiri dan bahagia itu akan hadir bila kita mampu memaafkan orang lain dengan ikhlas.....

No comments:

Post a Comment