Wednesday, February 3, 2010

AL FATIHAH

KAU SAHABAT KAU TEMAN

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati...

Assalamualaikum...

Semalam, dalam pukul 3.14 petang, aku terima masej dari sahabat aku dari dungun. Usai aku baca mesej tu, aku rasa sangat takut dan berdebar. Aku hanya mampu mengucap panjang dan aku tak akan terima lagi mesej yang mengejut seperti itu. Mesej itu berkaitan kemalangan sahabat ku di dungun... Yang mampu aku aku lakukan, aku hanya berdoa moga insan itu selamat. Hampir hilang mood aku untuk teruskan bekerja. Fikiran aku hanya pada sahabat ku yang satu ini. Pelbagai persoalan aku ajukan pada diri aku. Adakah dia akan selamat, sempatkah aku berjumpa dengannya dan ucapkan kata2 maaf... Itu yang bermain di fikiran aku. Aku hanya mampu berdoa.. Doa dan terus berdoa... Moga takde ape2..

Aku jalankan tugas aku cam biasa.. Habis waktu kerja, aku msih di ofis. Siapkan apa yang perlu. Tepat jam 7.23 malam, aku terima lagi satu mesej.. "Sahabat kita da tak dapat diselamatkan, Alfatihah". Aku tak mmpu berkata apa2. Tanpa aku sedar, air mata menitis. Aku biarkan... Biarkan terus menitis. Kerna itulah perasaan aku tika itu. Inna lilla hiwainna ilaihirajiun.... Kenal tak lama, tapi itulah ukhuwah.. Walaupun jauh, kesedihan di dungun dapat aku rasakan hingga hari ini.

Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku ini di kalangan orang2 yang soleh di sisi mu. Amin...

1 comment:

  1. Mudah2an si dia tenang dcc Allah..
    Ditempatkan bersama org yg soleh..

    Al-Fatihah

    Kuatkan dirimu kak..

    ReplyDelete