Thursday, February 18, 2010

BILA MULA TERASA PANAS

Assalamualaikum....

Sekarang ni aku agak rajin untuk update blog ni.. Mungkin kerana banyak momentum yang aku boleh ketengahkan dalam blog aku ni. Tapi tak termampu untuk aku tulis semua momentum dan idea yang ade di benak fikiran aku ini. Semuanya kerana masa yang terbatas.

Hari ini, aku nak bercerita tentang PANAS. Ini hanya lah sekadar luahan hati aku dan mungkin juga sedikit fakta yang aku tahu. Nak berfakta aku cukup malas. Perasan tak, beberapa hari ni, cuaca cukup panas. Walhal malam pun, udara panas tu masih terasa.



Ingat masa kau pulang ke kampung. Cukup panas suasana kampung aku. Nama aje kampung, tapi panas. Tapi bukan suasana kampung aku yang panas, tapi rumah aku yang panas kot. Hahaha.. Tapi hakikatnya memang panas. Dah la time aku balik kampung, 4 hari tu air takde. Mau tak panas? Aku hari2 mandi sungai. Best jugak.. Hahaha...

Sebenarnya, bukan kat kampung aku je yang mengalami masalah panas ni. Tapi satu Malaysia mungkin. Aku di Damansara ni pun merasai kepanasan tu. Ade sesetengah tempat terutama di Johor sudah mula berkuat kuasa catuan air. Kemarau dah tiba kawan2.. Aku sebenarnya takot bila dengar kemarau. akau pasti akan fikir kan tanah yang kering kontang akibat kemarau panjang. Amat menggerunkan keadaan seperti itu. Walaupun Jabatan Meteorologi cakap, masalah kemarau atau cuaca panas ni akan berakhir hujung bulan 3, aku tetap takot.. Huhuhu..

Sebenarnya, isu pemanasan global ini bukan perkara biasa. Dah banyak perdebatan tentang isu ini. Tapi, ape tindakan yang diambil orang ramai? Makin banyak pokok ditebang, hutan ditarah hanya kerana nak mengejar pembangunan material. Jangan sampai suatu masa nanti, anak2 kita tidak kenal rupa pokok. Mungkin yang berada di kampung masih rasa bertuah kerana masih dikelilingi hutan, pokok2 yang menghijau, sungai yang mengalir tenang, unggas yang berkicau riang.... Tapi mungkin suatu masa nanti, semua itu akan hilang dek kerakusan manusia yang terlalu inginkan permodenan. Kampung aku juga hampir hilang serinya bila banyak hutan ditebang, sungai yang hampir kering airnya. Mungkin, suatu masa nanti aku takkan dapat lagi merasai keseronokan kampung.

Teringat aku pada lagu HIJAU nyanyian ZAINAL ABIDIN..

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo






Cukup la sekadar disini aku berbicara. Pikir2 kan la.. huhuhu...

No comments:

Post a Comment