Wednesday, February 17, 2010

CERITA DARI KAMPUNG

Assalamulaikum....

Alhamdulullah, syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat2 Allah di muka bumi ini. Banyak yang nak diceritakan, tapi diri ini cukup malas untuk menaip. Kalau lah boleh, nak cakap je... pastu, laptop ni tolong tulis sndiri. Huhuhu.. malas sungguh SITI ZURAIDAH ni..

Chinese New Year dah lepas. Untung aku dapat pulang ke kampung bersama adik dan abang. Yup.. Mungkin ade lagi insan lain yang terpaksa bertugas atau yang terpaksa menempuh final exam dikala aku sangat gembira untuk pulang ke kampung. Aku adalah orang yang paling susah untuk pulang ke kampung. Bukan kerana malas. Kesempatan tu yang takde. Siapa yang tak suka balik kampung? Aku lah orang yang paling seronok kalau dapat pulang ke kampung. Ini la masanya nak lepaskan rindu kat family, sungai, lembu, ayam.... heheheh... Masa tuk gaduh ngan anak2 sedara... Yeah!!!

Bila dah balik kampung ni, macam2 cerita yang aku tak tahu, aku dapat tahu.. Lembu sekandang abah dah jual. Ha ni la yang aku paling tak percaya. Patut la aku balik, mak ngan ayah aku tak bising pasal lembu. Kalau tak, bising aje lembu dia masuk kebun orang, petang2 nak kena hambat segala lembu tu masuk kandang.. macam2 hal la lembu ni.. Dah di jual semuanya. Ape boleh buat, kalau dulu jual kan, adik aku takde la nak skolah jauh2. Ni kes lembu la... Malas dia nak jaga lembu tu.. Huhuhu.. Tu la adik aku. Malas!!! Sebab da takde sape kat umah tu, mak ngan ayah buat keputusan jual aje lembu tu. Takde dh yang nak tolong diorang jaga lembu tu. Ape tidaknye, diorang pun tak larat. Nak jaga kebun sawit lagi, getah lagi. Orang tua.. Tak larat nak wat keje banyak2 ni.. Takpe la, diorang jual. Takde la penat sangat nak bekerja.

Sebenarnye, lembu tu family kami jaga je.. Orang punya lembu tu. Tapi dah macam lembu sendiri. Mana taknya, dah berpuluh tahun bela... Tuan punya lembu tu baru nak bagi baka lembu baik punya, alih2 dh jual. Dah lama aku tak jumpa Tuan nye lembu nih... Tuan Zul kami panggil. Walaupun dah macam family sendiri, tapi still ber'tuan'. Dah biasa. Sejak naik pangkat jadi Ketua Polis Dang Wangi ni, nak jugak aku tgk rupanya. Hehehe.. Especially anak dia. Iqbal yang mase kecik dulu penah tembak aku ngan pistol mainan. Sakit tu.... Tau la anak polis... hehehe.... Emmmm... Lepas ni, kalau nak wat kenduri kawen, kitorang kena beli la lembu ye? Alamak!!! Bertambah la kos kawen kalau gini.. Kena keje kuat kalau camni.. Hahaha...

Udah la cerita lembu nye... Biar la dia tenang ngan tuan barunye... :) Ha.. dah alang2 citer sal kawen ni, ni pun aku baru tau mase balik kampung. Anak sedara aku nak kawen bulan 6 ni. Alahai.. Anak dulu yang kawen... Mak nye ni xde calon lagi.. Hahahaha.. aku tak sabar nak tunggu saat ni. Ye la, dh lama takde kenduri besar kat umah ni. Lagi pulak, kenduri kawen anak sedara aku yang sama umur ngan aku, yang sama2 membesar ngan kau, yang sama2 gi skolah ngan aku, yang sama2 bergaduh mase skolah dulu... Yang orang anggap aku ngan dia dh macam kembar. Mesti la aku tak sabar nak tunggu hari bahagia dia. Lagi pulak, majlis tu buat kat umah aku... Aik.. Aku dah de rumah ke? Hehehe.. Umah mak ngan abah la... So, meh la semua ye.. Datang kenduri ni nnti.. Tapi, aku harapkan majlis ni akan berjalan lancar dan bermakna buat aku yang sangat mengharapkan semua orang ade di majlis ni nanti. Ade peselisihan sket antara mereka dalam family yang mgkin akan buat majlis ini tak sempurna bagi aku. Aku harap perselisihan tu akan reda cepat. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati mereka agar berbaik-baik... Ameen...

Ni lagi satu cerita... Cuti kali ni paling best dalam hidup aku. Dikelilingi dengan anak sedara yang tak banyak songeh. Sebelum ni, aku tension aje balik kampung coz anak2 sedara yang macam ape active nye, smpai sakit kepala dibuatnye. Kali ni, ok.. Baik aje diorang ni... Hehehehe.. Tapi, tak larat jugak nak layan diorang ni.. Ajak mandi sungai la... Baru je nak lelap mata.. Dah ade yang kejut nak mandi sungai. Ajak daki bukit la... Itu, ini... Mandi sungai boleh... Benda lain, MOK TIE kamu ni malas!!! Duk umah lagi best.. Huhuhu.. Lain kali ye anak2 ku...

Okey la.. Ade lagi nak citer sebenarnye. Tapi cukup la dulu. Panjang2 malas lak nak baca kan?Nnti de masa aku citer lagi. Insya Allah....

No comments:

Post a Comment