Monday, March 22, 2010

Asssalamualaikum...

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan diri
Demi malam apabila menutupi..

Demi langit serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..

Allah mengilhamkan kebaikan dan keburukan
Beruntunglah bagi yang mensucikannya
Rugilah bagi yang mengotorinya.

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah kerana pagi yang penuh barakah ini, aku masih diberi peluang untuk terus merasa nikmat2 Allah yang Maha Kuasa. Sudah lama rasanya aku tidak merasakan ketenangan dalam jiwa ini. Entah kerisauan apa yang menyelubungi fikiran dan jiwa ku saat ini. Aku hampir hilang fokus dalam setiap pekerjaan ku. Aku menjadi risau... Fikiranku semakin kusut. Melayang-layang sepertinya aku tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin tiada teman untuk aku bercerita, luahkan apa yang terbuku di hati. Hampir setiap malam aku luahkan pada Yang Maha Mendengar.. Aku minta agar aku diberi kekuatan, diberi ketenangan dan singkap semua persoalan yang tak mampu untuk aku jawab. Mungkin jawapannya bukan sekarang.. tapi aku berharap Allah tuntun jalanku... Allah bantu langkahku.. Allah permudahkan keputusanku... :)

Itu lah luahan aku di pagi hari. Mungkin aku makin jauh dari Nya, maka ketenangan itu juga menjauh dariku. Aku mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia.. Hampir aku tinggalkan apa yang telah aku amalkan. Insya Allah, aku akan bermula semula... Moga Rahmat Allah sentiasa bersama Ku.. :)

Sudah 3 bulan aku praktikal. Jauh dari sahabat yang sama2 berjuang di jalan dakwah.. Aku rindukan mereka.. Aku bersyukur kerana masih dikurnia rasa rindu itu.. Rindu pada perjuangan.. Rindu pada usrah.. Rindu pada gerak kerja.. Rindukan kenangan bersama.. Masihkah ada peluang untuk aku bertemu mereka? Masihkah aku kuat untuk berjuang tanpa sokongan sahabat? Aku hanya mampu berusaha dan berdoa pada Allah. Moga segalanya dipermudahkan.

p/s : huhuhu. Ngantuk ni sebenarnye... penat dengan training ESQ KL Ang 45 yang baru selesai. Nanti nak citer lagi ye... :)

No comments:

Post a Comment