Friday, April 23, 2010

ESQ TRAINING BERSAMA iLuvislam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi iLuvislam.com bakal mengadakan ESQ Training 'In-House' khas buat pengunjung-pengunjung iLuvislam.com yang bergelar mahasiswa. Ia merupakan training kedua yang diusahakan bersama di antara iLuvislam.com dan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd.

Training istimewa ini dibuat khas sempena 'summer holiday' mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara (kecuali Australia dan New Zealand).

Namun, ia terbuka kepada semua mahasiswa dalam dan luar negara dengan syarat anda adalah ahli berdaftar iLuvislam.com.

5 sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com..

1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.

2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasikepada anda. Kami akan menjemput alumni ESQ Training yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat untuk berkongsi pengalaman dengan anda. InsyaAllah mereka adalahDato' Hussamuddin Yaacob, Datuk Mukhriz Mahathir dan Erra Fazira.

3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!

4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.

5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara.Alhamdulillah, tahun lepas peserta terdiri daripada mahasiswa UK, Ireland, Mesir, Jordan, Yemen, Jepun, Jerman dan juga Malaysia.




Maklumat lanjut

Tarikh : 17 & 18 Julai 2010
Masa : 8 pagi - 6 petang
Tempat : UEM Leadership Center, Off Jalan Templer, Petaling Jaya
Penginapan : Tidak Disediakan
Makanan : 5 kali sehari


Yuran

Pembayaran sebelum 31/5/2010 : RM 400 (Diskaun 27%)
Pembayaran 1/6/2010-1/7/2010 : RM 450 (Diskaun 18 %)
Pembayaran selepas 1 Julai 2010 : RM 550 (Tiada diskaun)



Tempat yang disediakan amat terhad dan siapa cepat dia dapat!


p/s: Bagi pelajar luar negara yang masih belum pulang ke tanah air, kami mencadangkan agar anda meminta bantuan ahli keluarga atau rakan untuk membayar dahulu yuran selagi ada promosi.

jom mana yang tak ikot training lagi... yuk kita join!!!


dipetik dari laman iLuvislam....

CINTA HATI DUNGUN

Assalamualaikum semua.. Apa khabar?
Aku doakan semuanya sihat la ye.. Kalau tak bape sihat tu, ujian dari Allah. Tabah dan sabar aje la ye.. Hampir seminggu aku di Dungun. Tempat dimana aku menimba ilmu. Tempat di mana aku mampu untuk menggenggam segulung ijazah yang menjadi impian aku sejak dulu. Tempat di mana tersimpan 1001 kenangan yang tak pernah dan tak mungkin aku lupakan.

Apa yang ada di Dungun?
Soalan ni pernah diajukan pada ku oleh seseorang. Mungkin tempat biasa. Ade pantai.. Ade hutan.. Ade tasik.. Alah.. Macam kampung aje.. Tak sesak dek sibuknya kota.. Tapi sebenarnya bukan itu yang membuatkan aku tak mmpu untuk aku lupakan dungun. Di Dungun inilah aku bertemu CINTA sejati aku. Tempat dimana aku mengerti nilai sebuah CINTA, sebuah kehidupan. Huuhuhu.. Bila aku kata aku terlalu rindukan Dungun.. Akan ade yang mencelah.. *Ade yang tersayang la kt Dungun tu*... Memang.. Terlalu ramai insan yang aku sayang di Dungun nih.. Mungkin jodoh aku di Dungun.. Sayang untuk aku tinggalkan insan2 yang aku sayang ini..

Awal semester... Aku mencari sesuatu yang mampu membimbing aku agar aku tak hanyut. Takut aku dilambung ombak. Takut aku hampakan harapan mak ngan abah.. Alhamdulillah.. Aku amik langkah untuk ikot usrah.. Walaupun semasa di bangku sekolah aku diceritakan dengan pelbagai kisah usrah yang tak besh oleh cikgu2 aku. Disebabkan aku ini rasa perlu sangat benda2 macam ni, aku cuba untuk berjinak dengan usrah. Sangat seronok awalnya. Sepertinya aku sudah kenal dengan ahli usrah itu bertahun-tahun lamanya. Tidak kekok untuk bercerita. Aku rasa bertuah lagi bila aku yang mencari usrah.. Bukan usrah yang mencari aku... hehehe.. Ini lah CINTA pertama aku di Dungun.. CINTA usrah.. komited ke aku dengan usrah, aku sendiri tak tau nak bgtau cmne.. Yang penting, banyak yang aku belajar. Yang aku tak tahu, kau jadi tahu.. Syukur pada limpah Rahmat dan Hidayah Allah pada Aku..

Semester kedua.. Aku masih komited dengan usrah.. Makin ramai yang aku kenal. Bukan saje dalam grup usrah aku, tapi jugak grup usrah lain. Lagi bercambah CINTA aku. Tak pernah aku jangka akan kenal dengan insan2 yang LUAR BIASA ini.. Mungkin inilah yang dinamakan JODOH.. Jodoh aku bersama mereka. Ikatan tu aku jalin sebaik mungkin. Semuanya kerana ALLAH. Kerana aku mengerti CINTA itu yang sebenar. CINTA kerana ALLAH. (^_^).....

Semester ketiga.. Aku mula sayangkan USRAH.. Nampak aku tidak serius.. Mugkin ade dikalangan sahabat2 ku menyangka aku ni banyak main. Memang.. Itulah realiti. Bagi aku.. Dalam semua pekerjaan yang aku lakukan, keceriaan itu penting. Kerana aku perlu seimbangkan kerja luar dan tanggungjawab aku sebagai student. Kini tugas aku memimpin usrah. Antara USRAH dan STUDY.. Di saat ini, aku di himpit dilema.. Mana yang harus aku utamakan... Hati dan Minda perlu bijak berfikir. Didorong dengan Petunjuk Allah. Bukan mudah untuk seimbangkan kedua2 nya. Aku perlu banyak bekorban. Semester ini banyak mengajar aku menjadi lebih tabah. Lebih kenal makna sebuah PERJUANGAN.. Aku redha dengan segalanya. Mugkin inilah masa untuk aku mentarbiyyah diri yang seba kekurangan. Allah iyu Maha Mengetahui segalanya. Di himpit masalah dengan rakan2 yang tak memahami PERJUANGAN aku.. Saat inilah aku hilang rakan2 yang dulu aku anggap terbaik, yang aku kenal dari awal semester hingga saat itu. Antara PERJUANGAN dan rakan2.. Aku cuba kuatkan untuk memilih PERJUANGAN. Masa aku bersama mereka makin sedikit.. Aku tinggalkan rakan2 ku. Bukan sengaja.. Maafkan aku..

Masuk semester keempat.. Aku tidak lagi tinggal bersama rakan2 sekuliah ku... Kemana aku?
Bersama rakan2 sePERJUANGAN ku.. Harapan aku mereka mmpu memahami aku. Masih aku ingat... *Walau ape pon yang jadi pasni, kite tetap kawan dalam kelas ye.. Kite tetap satu geng.* Aku pegang kata2 tu.. Sehingga aku menjadi insan yang cukup kecewa dan sedih.. Takde makna kata2 itu rupanya. Aku ibaratnye disisihkan dari mereka.. Bukan aku lagi menjadi pilihan mereka. Bukan aku yang diminta bersama. Aku hampir hilang arah. Assignment berkumpulan tak pernah aku tetap dengan hanya satu kumpulan. Mencari aku kumpulan2 yang tak cukup ahli. Disini aku belajar... Rakan2 itu tak membantu aku. Tapi saat ini, aku SAHABAT sePERJUANGAN itulah yang menberi semangat dan dorongan. Aku makin mengerti.. Makin bertambah CINTA aku pada mereka. Hanya kerana sebuah PERJUANGAN.. Saat susah payah bersama mencari rumah sewa bila kami terpaksa keluar dari rumah sewa yang dah lama diwarisi oleh PEJUANG2 sebelumnya. Hampir aku putus asa. Masa untuk kami terus tinggal di rumah itu tak lama lagi. Namun, rumah barunya tak kemtemu jua.. Allah itu Maha Kuasa atas segalanya. Dipertemukan kami dengan rumah baru. Alhamdulillah.. Itu semua jasa baik dan pertolongan dari sahabat2. Allah telah cambahkan lagi rasa CINTA aku pada mereka.. Syukur Ya Allah..

Masuk semester kelima, semester terakhir aku di Dungun.. Pelbagai ranjau dan rintangan terpaksa aku lalui. Semester ini, terlalu berat ujian buatku. Tak pernah aku impikan. Namun Allah Maha Mengetahui. Mengapa aku dipilih.. Sedangkan aku tak bersedia.. Allah ada jawapannya. Aku hanya mampu sabar dan Redha.. Mungkin ada hikmahnya... Di semester ini, aku semakin yakin akan CINTA Allah. Allah sampaikan CINTA Nya melalui ujian dan sahabat2 yang banyakmemberi dorongan pada ku. Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang berlaku... Ukhuwah antara kami semakin erat.. Setiap doa pasti ada untuk mereka.. Insya Allah..

Kini, aku jauh dari mereka. Terlalu aku rindukan mereka.. Rindu saat BERJUANG bersama.. Rindu teman2 serumahku.. Rindukan ragam mereka.. Rindu telatah adik2 usrahku.. Aku rindukan CINTA ku yang aku tinggalkan di Dungun.. Aku harap rindu ini menjadikan CINTA aku semkin kuat pada mereka.. Semuanya kerana ALLAH yang SATU..

Adakah semua ini akan terus kekal?? Adakah CINTA ini akan terus bercambah??
Insya Allah...

Inilah CINTA hati ku di Dungun. Jangan tanya lagi, kenapa aku terlalu rindukan Dungun..




Wednesday, April 21, 2010

Wednesday, April 14, 2010

BERMALAM DI OFIS

Assalamualaikum...
Semalam.. Hari Semalam Dalam Sejarah buat aku bile aku stay back kat ofis smpai kul 3 pagi... Hahaha... Ape la aku buat kat ofis smpai kul 3 pagi... Kalau ikotkan mau aje tido di ofis.. Pagi baru balik umah. Tapi tak mmpu la.. Balik jugak aku ke rumah dalam keadaan yang lemah longlai.. Tapi takde la lemah sangat.. Masih semangat nak bekerja jam 3 pagi.
Semalam tu sbnrnye kami bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan sesuatu tuk hari nih.. Aku just tolong sket2 je sbb aku rasa perjuangan ni penting buat aku. Aku sayangkan company ni. Walaupun hanya seketika.. Walaupun hanya praktikal student. Aku happy buat keje lebih masa semalam.. Sampaikan aku tinggalkan thesis aku.. Pening la wat thesis nih.. Sure nnti thesis aku akan siap last minute. Suka sangat wat keje last minute.
Dalam orang lain sibuk pening dengan SPSS, aku pulak sibuk dengan perjuangan ESQ. Aku Mohon Dengan Sangat.. Allah bagi aku kekuatan dan idea yang mencurah-curah sebelum aku present thesis aku.. Semuanya Milik Allah.. :)

Monday, April 12, 2010

UNDER MAINTAINANCE

Assalamualaikum....
Blog aku kini dalam maintainance.. So, tak teratur sket la dan agak pening... Ade feature yang hilang. Mungkin amik masa sikit la.. Sibuk sekarang.. Harap maklum.. Hehehee... (^_^)

Wednesday, April 7, 2010

MAAFKAN DAKU..

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat semua.. Sudah lama rasanya tidak menulis dan tidak meluahkan apa yang terbuku di hati. Kalau diikut kan mahu saja disimpan. Tapi hati ini sudah tidak mampu untuk menahan rasa ini.

Hanya air mata yang mampu aku titiskan di saat aku rasa aku sudah tidak mampu.. Diiringi dengan doa agar aku terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam perjuangan ini. Aku hanya minta agar ditetapkan hati dan terus istiqamah.. Aku tahu.. Dalam hidup ini, penuh dengan rintangan.. Aku masih ingat SMS yg aku terima dari sahabatku di Dungun.. Katanya.. Takot untuk menempuhi hari2 mendatang yang penuh dengan cabaran. Aku hanya mampu menasihatinya agar tabah dan redha dengan hari mendatang kerana hari akan datang itu adalah sesutu yang ghaib yang tak mmpu kita fikirkan walaupun aku juga merasakan ketakutan itu. Aku juga tak pasti adakah aku mampu untuk menempuhi hari2 mendatang dengan penuh redha dan ikhlas.

Aku rasa mahu menangis sekuat hati.. Tapi kenapa? Mugkin terlau jauh dengan insan2 yang aku sayang.. Itulah pengorbanan namanya.. Orang kata.. kita kena korbankan apa yang kita sayang untuk kita terus dapatkan apa yang kita mahu... Sesuatu itu takkan kita capai tanpa ada pengorbanan.. itu pesanan sorang kakak padaku...

Sahabat2 semua... maafkan ana sepanjang perkenanlan kita.. Ana mungkin banyak buat silap ngan antum.. andai ini yang terakhir dariku.. Halalkan segalanya..