Wednesday, April 7, 2010

MAAFKAN DAKU..

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat semua.. Sudah lama rasanya tidak menulis dan tidak meluahkan apa yang terbuku di hati. Kalau diikut kan mahu saja disimpan. Tapi hati ini sudah tidak mampu untuk menahan rasa ini.

Hanya air mata yang mampu aku titiskan di saat aku rasa aku sudah tidak mampu.. Diiringi dengan doa agar aku terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam perjuangan ini. Aku hanya minta agar ditetapkan hati dan terus istiqamah.. Aku tahu.. Dalam hidup ini, penuh dengan rintangan.. Aku masih ingat SMS yg aku terima dari sahabatku di Dungun.. Katanya.. Takot untuk menempuhi hari2 mendatang yang penuh dengan cabaran. Aku hanya mampu menasihatinya agar tabah dan redha dengan hari mendatang kerana hari akan datang itu adalah sesutu yang ghaib yang tak mmpu kita fikirkan walaupun aku juga merasakan ketakutan itu. Aku juga tak pasti adakah aku mampu untuk menempuhi hari2 mendatang dengan penuh redha dan ikhlas.

Aku rasa mahu menangis sekuat hati.. Tapi kenapa? Mugkin terlau jauh dengan insan2 yang aku sayang.. Itulah pengorbanan namanya.. Orang kata.. kita kena korbankan apa yang kita sayang untuk kita terus dapatkan apa yang kita mahu... Sesuatu itu takkan kita capai tanpa ada pengorbanan.. itu pesanan sorang kakak padaku...

Sahabat2 semua... maafkan ana sepanjang perkenanlan kita.. Ana mungkin banyak buat silap ngan antum.. andai ini yang terakhir dariku.. Halalkan segalanya..

No comments:

Post a Comment