Tuesday, May 25, 2010

DILEMA

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Hari ni aku diberi lagi kesempatan untuk aku menulis. Dah lama aku nak bercerita. Tentang cerita hati. Aku bersyukur sangat sbb akhirnye, setelah berpenat lelah aku belajar selama 3 tahun, akhirnya tamat jugak pengajian aku. Aku happy sangat. Harapnye nanti aku dapat menggenggam segulung ijazah.

Aku tak pandai nak bercerita macam org lain. Mmg tak reti langsung. Ape yang aku cerita ni, ape yang aku rase aje. So, ayat aku pon tak la best untuk bercerita. Sebenarnye, aku sangat sedih bila dh grad ni. Ye la.. Aku terpaksa berpisah dengan sahabat2 seperjuangan aku. Ini . satu perpisahan yang aku tak mau. Aku sangat sayang kan diorang. Tapi yang sayang ni la kita kena tinggalkan. Jalan aku dh berubah. Aku kini terpaksa memilih jalan hidup sendiri. Segalanya terpulang pada aku. Aku yang akan mencorakkan hidup aku selepas ini. Adakah aku mmpu untuk terus berada di landasan perjuangan. Harapnye aku mmpu untuk istiqamah. Walau di mana aku berada. Aku harap takkan hanyut dek arus gelombang duniawi.

Sekarang ni, aku sebenarnye dalam dilema. Dilema untuk memilih pekerjaan buatku. Antara harapan keluarga dan harapan aku sendiri.. Aku berperang.. Antara cita2 ku dan perjuanganku. Aku buntu.. Family mintak aku jadi polis. Ye la, sekarang ni tawaran utk permohonan polis dah bukak. So, aku disuruh family ku untuk memohon jawatan inspektor tu. Aku tak mungkin membantah. Ini cita2 ku sejak dari kecik. Nak jadi polis. Kengkawan aku tak percaya ni la cita2 aku. Diorang terkejut bila mana aku menyuarakan hasrat aku untuk jadi polis. Ade yang menyokong. Ade yang menghalang. Yang menyokong itu katanya, aku mmpu lakukan, andai iman mmpu aku tegakkan. Yang membantah katanya, dunia polis ini penuh dengan cabaran dan liku yang mugkin akan hancurkan diri aku sendiri. Takut aku yang hilang pedoman dengan sogokan. Sungguh, aku takot untuk membuat pilihan ini. Aku takot aku tak mmpu menghadapinya. Tapi keinginan itu tetap ada untuk aku menjadi anggota polis. Tapi ade batasan yang menghalang aku. Sekarang, hanya Allah yang mampu membantu aku saat ini. Hanya Allah tempat pergantungan aku kini. Org lain tak dapat membantu.

Aku smbung kemudian la... Takde idea nak bercerita. Hilang... Tumpuan lari.. (^_^)

Thursday, May 6, 2010

AKU DAN ESQ

Assalamualaikum...

Lima bulan aku di ESQ. Just a simple word. SERONOK.

Banyak yang aku belajar. Daripada tak tahu kepada tahu.

Daripada aku tak yakin, aku jadi lebih yakin.

Awal penglibatan aku dengan ESQ. Cukup membosankan. Tiada yang hirau.. Tak tau nak wat ape.

Itu awalnye. Allah pertemukan aku dengan K. Suzana. My first advisor. Duduk dengan team tele.. Ajar aku macam2.

Nak organize event bukan senang. Itu yang aku belajar. Aku belajar komunikasi dengan client. Dengan bermacam ragam manusia.

Aku belajar untuk aku menjadi seorang yang sabar. Seorang yang belajar menerima.

Allah perkenalkan aku dengan K.Ida.. Admin tele yang sangat tabah dan sabar dalam buat keje. Mampu ke aku jadi macam K.Ida. Insya Allah..

Dengan team tele, aku belajar untuk aku achieve my target. Not only in my daily job. But also in my life.

Hampir 3 bulan aku di team tele. Aku berhijrah kepada team lain. Team CR.

Team yang lebih mencabar. Lebih banyak mengajar aku. Menuntut kesabaran dan menuntut masa ku.

Namun, kerjaku lebih relax di CR. Mungkin aku tak perlu VISIT seperti CR lain.

Aku hanyalah PRACTICAL STUDENT. Aku harus berpijak di BUMI YANG NYATA.

Tapi di CR, aku belajar untuk menjadi BIDAN TERJUN.

Lebih mengajar aku. More independent. More creative..

Special thanks to K.Zalinda.. Give a chance to me.

To all CR Team.. Teach me a lots...

For ESQ Management Team, thanks give a chance to me. May Allah Bless All of U..

Tak terungkap utk aku ucapkan atas segala yang ESQ dh berikan pada aku.

Hanya Doa... Moga ESQ terus bertapak.

Atas nama perjuangan 165, Ihsan, Iman, Islam.

Di ESQ, ukhuwah kerana Allah terjalin. ATS yang aku tak kenal mereka siapa.

Namun, kerana ESQ, aku dipertemukan dengan mereka...

Para ATS sekalian, terima kasih kerana sudi menyapa aku.

Usaha korang terlalu mahal utk perjuangan ESQ.

Alumni yang best.. Membuatkan aku terus bersemangat untuk terus berjuang bersama ESQ.

Sekian dulu kisah aku dan ESQ.

Moga nnti jumpa lagi..

ESQ BEST!!!! (^_^)