Tuesday, May 25, 2010

DILEMA

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Hari ni aku diberi lagi kesempatan untuk aku menulis. Dah lama aku nak bercerita. Tentang cerita hati. Aku bersyukur sangat sbb akhirnye, setelah berpenat lelah aku belajar selama 3 tahun, akhirnya tamat jugak pengajian aku. Aku happy sangat. Harapnye nanti aku dapat menggenggam segulung ijazah.

Aku tak pandai nak bercerita macam org lain. Mmg tak reti langsung. Ape yang aku cerita ni, ape yang aku rase aje. So, ayat aku pon tak la best untuk bercerita. Sebenarnye, aku sangat sedih bila dh grad ni. Ye la.. Aku terpaksa berpisah dengan sahabat2 seperjuangan aku. Ini . satu perpisahan yang aku tak mau. Aku sangat sayang kan diorang. Tapi yang sayang ni la kita kena tinggalkan. Jalan aku dh berubah. Aku kini terpaksa memilih jalan hidup sendiri. Segalanya terpulang pada aku. Aku yang akan mencorakkan hidup aku selepas ini. Adakah aku mmpu untuk terus berada di landasan perjuangan. Harapnye aku mmpu untuk istiqamah. Walau di mana aku berada. Aku harap takkan hanyut dek arus gelombang duniawi.

Sekarang ni, aku sebenarnye dalam dilema. Dilema untuk memilih pekerjaan buatku. Antara harapan keluarga dan harapan aku sendiri.. Aku berperang.. Antara cita2 ku dan perjuanganku. Aku buntu.. Family mintak aku jadi polis. Ye la, sekarang ni tawaran utk permohonan polis dah bukak. So, aku disuruh family ku untuk memohon jawatan inspektor tu. Aku tak mungkin membantah. Ini cita2 ku sejak dari kecik. Nak jadi polis. Kengkawan aku tak percaya ni la cita2 aku. Diorang terkejut bila mana aku menyuarakan hasrat aku untuk jadi polis. Ade yang menyokong. Ade yang menghalang. Yang menyokong itu katanya, aku mmpu lakukan, andai iman mmpu aku tegakkan. Yang membantah katanya, dunia polis ini penuh dengan cabaran dan liku yang mugkin akan hancurkan diri aku sendiri. Takut aku yang hilang pedoman dengan sogokan. Sungguh, aku takot untuk membuat pilihan ini. Aku takot aku tak mmpu menghadapinya. Tapi keinginan itu tetap ada untuk aku menjadi anggota polis. Tapi ade batasan yang menghalang aku. Sekarang, hanya Allah yang mampu membantu aku saat ini. Hanya Allah tempat pergantungan aku kini. Org lain tak dapat membantu.

Aku smbung kemudian la... Takde idea nak bercerita. Hilang... Tumpuan lari.. (^_^)

1 comment:

  1. salwa doakan yg terbaik tuk akk...banyakkn solat istikharah...dlm keadaan mcm ni hanya kpd Allah tmpt yg terbaik tk mengadu n meminta prtolongan...

    ReplyDelete