Wednesday, June 9, 2010

KONGSI RASA

Assalamualaikum....


Alhamdulillah.. Syukur lagi kerana aku diberi peluang untuk hidup dan merasa nikmat2 Tuhan.. Mudah bukan untuk kita melafazkan rasa syukur ini.. Tapi mengapa ramai umat manusia ini yang tak mmpu nak melafazkan rasa syukur atas apa yang dikecapinya saban hari. Malah mereka lebih kufur dengan apa yang ada.. Nauzubillah...


Sudah agak lama tak menulis di blog sendiri. Nak membaca blog orang lain apatah lagi. Kesibukan melanda. Ah! Itu hanya alasan. Setiap orang diberi masa yang sama. 24 jam.. Biasalah.. Aku juga manusia biasa. Sibuk mencari alasan. Untuk melepaskan diri. Terlalu banyak tugasan yang aku dapat. Bertimpa-timpa.. Sehinggakan ada yang menyagka aku ni seorang yang sangat hardworking. Hakikatnya tidak. Sebenarnya, aku ni orang yang sgt susah untuk mengatakan TIDAK pada sesuatu perkara itu. Sebab itu lah aku terlalu banyak kerja. Pantang diminta tolong. Pasti jawapannya YA. Itulah SITI ZURAIDAH sebenarnya.

Tak ape lah. Mungkin aku tak selamanya begitu. Bukan niatku untuk menghambakan diri pada kerja. Aku juga punya masa sendiri yang perlu aku isi.. Diri ku perlukan rehat. Perlukan ketenangan. Insya Allah.. Akan aku gunakan sebaik mungkin masa yang ada.

Sebenarnya.. Mungkin yang membaca tertanya. Sudah kerjakah aku? Asyik ceritakan tentang kesibukan diri yang tak seberapa tu. Huhuhu.. Syok sendiri betullah aku nih. Ye... Aku sebenarnya dah bekerja. Alhamdulillah.. Tak menganggur lama. Cuma diberi rehat selama 2 minggu selepas praktikal, aku terus smbung tugasku di ESQ. Rezeki.. Siapa tahu.. Allah dah anugerahkan buat aku.. Ameen. Hanya syukur yang mmpu aku lafazkan. Sesalan tak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Kerana itu jalan yang aku pilih. Walaupun masih ada peluang untuk aku di luar sana. Setiap jalan yang aku pilih adalah yang terbaik buat aku. Itu aku yakin. Semuanya dengan petunjuk Allah.. Insya Allah. Allah takkan berikan sesuatu yang sia2 pada hamba Nya.

Disebabkan dah lama aku tak menulis, aku fikir untuk rangkumkan semua ceritaku dalam satu post. Hanya ini peluang yang ada. Risau nnti tak sempat nak menulis lagi. Maklumlah, internet connection takde kat umah. Nak pakai broadband pun tak mampu lagi. Masih bnyak benda yang penting selain dari broadband. Emm.. 2 minggu lepas, aku pulang ke kampung. Sama2 dengan abang dan aweknye.. Lama betol aku tunggu abang aku smpai. Dah la janji nak tunggu kat ofis. Sume orang da balik masa tu. Melanguk la aku tunggu abang aku. Janji kul 9 nak smpai. Kul 9.30 baru tiba. Hai.. Sabar je la. Sebenarnya, kami balik kg sebab anak saudara aku nak kawen. Tu yang bersama-sama kami balik. Kalau tak, takde la nak balik sama2.. Agak seronok balik kampung. Tapi... Hari kenduri tu aku sedih jgk la. Awal2 pagi dh kena marah ngan akk aku. Tak pasal2 kema marah.. Kena perli.. Aku dah buat pon kira mujur.. Dah la xde sape nak buat. Sampai sekarang kalau ingat semula aku rasa sedih.. Nak nangis lak.. Hahaha.. Mmg tiap kali ade yang nak kawen dlm family, aku la yang uruskan benda tu.. Bunga Manggar. Datang2 dia.. Marah aku. Katanya, aku ni tak nak dengar cakap la.. Pape la.. Masalahnya, aku dh siapkan bunga manggar tu. Cuma nak gi pacak kat tepi jalan jer lagi. Dia nk suh aku cabut semuala semua. Mane aku nak ikot. Macam buat keje sia2 je la.. Kene marah, kene perli.. Terasa giler. Apa la salah aku. Bila nak mintak tolong, datang jumpe aku.. Bila nak marah, marah je kat aku. Ye la.. Aku ni tak menjawab. Dengar je.. Pastu nangis sorang2.. Tu la aku. Dah la citer pasal akk aku tu... Sambung balik. Selamat dah anak sedara aku kawen. Mak sedaranya ni takde calon pon lagi. Huhuhu.. Jangan ANDARTU udah.. Moga jodohnya ada.. Hehehe.. Pastilah ramai yang bercakap dan bertanya.. Mak sedaranya bila lagi? Tak mmpu aku nak menjawabnye. Ade tu yang aku dengar, belakang aku je dia tanya mak aku ngape aku tak kawen lagi. Ingat kawen tu macam beli goreng pisang ke? Hehehe.. Mujur la mak ku backup.. Hehe.. Mak aku kata.. Aku ni pentingkan pelajaran.. Sibuk nak blaja.. Takde lain nak pikir.. Huhuhu.. Betol.. Pasni pon aku nak sambung blaja lagi kalau ade rezeki. Dua hari aje aku di kampung. Hari ahad aku bertolak pulang ke kota dengan abang jgk. Jimat la sket duit blanje aku. Maklumla.. Da takda duit..

Huhuhu.. Ape lagi yang aku nak ceritakan.. Aku pon kalau dh menulis panjang ni.. Dah tak ingat nak cite pe lak seterusnya. Takpe la.. Lain kali la plak aku citenye.. Insya Allah.. Akan diberi peluang lagi tuk menulis dan membaca blog2 lain untuk mencari idea baru tuk menulis. Tuk berkongsi pe yang aku rasa. Hidup dalam dunia blog.. Ini lah dunia aku. Dunia tuk berkongsi. Kongsi rasa, kongsi info.. Berkongsilah.. Hehehe..

Huhuhu.. Minggu depan nak balik Dungun.. Rndu sama adik2 di Dungun..