Saturday, August 14, 2010

CANTEK

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada Allah tak terkata rasanya.. Manik2 kaca dh tampak di mata.. Satu Allah dah rungkai. Cantik kan Allah susun hidup kita nih. Tapi kita je yang tak pernah sedar. Aku tak pasti kegembiraan ape yang sedang aku rasa saat ini. Tak berkait langsung dengan hidup aku, tapi cukup untuk buat aku tersenyum dan bersyukur. Aku kira ini satu jawapan Allah padaku. Aku akan mmpu tersenyum shja bila ada yang bercakap ttgnya.

Aku harap, susunan cantek yang Allah sediakan untuk aku akan lebih cantek selepas ini. Hanya doa yang mmpu aku pohon agar aku akan lebih kuat dan sabar, tak terbawa dek CINTA dunia..

* Thanks to all yg bg nasihat n kata2 semangat... (^_^)

Friday, August 13, 2010

AL-MA'THURAT PENGISIAN WAKTU LAPANG

Assalamualaikum...

Semenjak aku dh bekerja ni, tidak lagi aku dapat baca ma'thurat sehebat waktu belajar dulu.. Asyik ade je yang tak sempat. Kalau tak pagi, petang aku tak dapat nak baca.. hehe.. Takpe la.. Mulai saat ini, aku akn cuba tuk baca ma'thurat pagi dan petang. Tak boleh tinggal lama2, nnti terus tak baca.

Kat sini, aku kongsikan kelebihan membaca ma'thurat ni.. Sama2 kita amalkan ye.. (^_^)



PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kel
ebihan.

Thursday, August 12, 2010

RESAH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Sempat untuk aku menulis. Mungkin tidak panjang. Sekadar mahu meluahkan ape yang aku rasa. Tak mahu mengulas ape yang berlaku sekarang terutama tentang ESQ. Aku fikir tidak layak untuk aku mengulas, walaupun aku salah seorang yang berada dalam situasi itu. Pastinya aku sangat lemah untuk menghadapi ini semua. Dituduh SESAT dan HARAM. Pasti lah bukan itu yang aku mahu. Dalam tiap lafaz doaku pasti yang diminta itu Allah tuntun aku ke jalan yang lurus. Bukan jalan yang SESAT seperti yang dikhabarkan orang. Pada siapa hendak aku luahkan apa yang aku rasa. Hanya pada ALLAH. Namun, aku pasti jua mahu teman yang mmpu mendengar semua masalahku. Yang mengerti akan keadaan aku sekarang. Bukan yang mahu mematahkan semangat yang aku tanam ini.

Lalu, mungkin Allah dengar luahan aku setiap kali doa aku lafazkan. Allah hantarkan aku seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi masalah denganku. Tapi sayang, terlalu kecil ruang untuk aku berkongsi semuanya. Bukan semuanya mmpu aku ceritakan padanya. Semuanya soal kerja. Tak lebih dari tu.

Tapi kini, aku diuji lagi dengan ujian perasaan. Tak pernah aku fikirkan sejauh ini. Tak mmpu untuk aku berfikir. Setiap katanya penuh dengan makna. Tak mahu aku fikirkan jua. Tapi inilah yang mmbuatkan ku resah. Hanya mohon petunjuk dari Yang ESA. Hanya satu yang aku pinta dalam doaku, ALLAH rungkaikan satu persatu. Aku yakin, setiap yang berlaku ini telah ALLAH rencanakan. Cuma mohon dirungkaikan. Tak mmpu menghadapinya. Tidak la hebat ujian ini. Kerana apa, aku hanya mahu serahkan CINTA ini hanya pada yang BERHAK.. Ingin sekali aku gapai CINTA ALLAH. Cinta yang paling AGUNG. Kerana itu takut untuk aku menerima CINTA lain selain CINTA Nya..

Menutup diari 16:04, 12 August 2010, ESQ LC OFFICE.

* Tak mau lagi dengar oarg gosip saya.. Saya mahu sendirian.. :-(