Thursday, August 12, 2010

RESAH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Sempat untuk aku menulis. Mungkin tidak panjang. Sekadar mahu meluahkan ape yang aku rasa. Tak mahu mengulas ape yang berlaku sekarang terutama tentang ESQ. Aku fikir tidak layak untuk aku mengulas, walaupun aku salah seorang yang berada dalam situasi itu. Pastinya aku sangat lemah untuk menghadapi ini semua. Dituduh SESAT dan HARAM. Pasti lah bukan itu yang aku mahu. Dalam tiap lafaz doaku pasti yang diminta itu Allah tuntun aku ke jalan yang lurus. Bukan jalan yang SESAT seperti yang dikhabarkan orang. Pada siapa hendak aku luahkan apa yang aku rasa. Hanya pada ALLAH. Namun, aku pasti jua mahu teman yang mmpu mendengar semua masalahku. Yang mengerti akan keadaan aku sekarang. Bukan yang mahu mematahkan semangat yang aku tanam ini.

Lalu, mungkin Allah dengar luahan aku setiap kali doa aku lafazkan. Allah hantarkan aku seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi masalah denganku. Tapi sayang, terlalu kecil ruang untuk aku berkongsi semuanya. Bukan semuanya mmpu aku ceritakan padanya. Semuanya soal kerja. Tak lebih dari tu.

Tapi kini, aku diuji lagi dengan ujian perasaan. Tak pernah aku fikirkan sejauh ini. Tak mmpu untuk aku berfikir. Setiap katanya penuh dengan makna. Tak mahu aku fikirkan jua. Tapi inilah yang mmbuatkan ku resah. Hanya mohon petunjuk dari Yang ESA. Hanya satu yang aku pinta dalam doaku, ALLAH rungkaikan satu persatu. Aku yakin, setiap yang berlaku ini telah ALLAH rencanakan. Cuma mohon dirungkaikan. Tak mmpu menghadapinya. Tidak la hebat ujian ini. Kerana apa, aku hanya mahu serahkan CINTA ini hanya pada yang BERHAK.. Ingin sekali aku gapai CINTA ALLAH. Cinta yang paling AGUNG. Kerana itu takut untuk aku menerima CINTA lain selain CINTA Nya..

Menutup diari 16:04, 12 August 2010, ESQ LC OFFICE.

* Tak mau lagi dengar oarg gosip saya.. Saya mahu sendirian.. :-(

2 comments:

  1. erm..rasanya maybe kata2 nie sesuai utk zue..sekadar berkongsi from ntah mane zana amik..xhengat dah...nothing much i could do =)..get from this link...huhu

    http://xmardhiah.blogspot.com/2010/08/mencintai-dalam-hening.html

    ReplyDelete