Saturday, September 4, 2010

BICARA KATA

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentafsir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


Assalamualaikum...

Manusia.. Tak lepas dari salah dan dosa. Kita bukan lah insan yang maksum. Hanya manusia biasa. Tapi, seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik agar kita terhindar dari dosa. Bait-bait lagu di atas itu cukup memberi makna. Kalau kita lihat, manusia sekarang hanya menilai manusia dengan kata2. Menghukum manusia dengan kata2. Sedih bila difikirkan. Memfitnah dengan kata2. Benarlah kata orang.. Kata itu ibarat pedang, sungguh tajam. Andai silap kita bicara, mmpu membuat orang lain menitiskan air mata, mampu membuatkan orang lain menyimpan dendam dan sebagainya. Semuanya bermula hanya dengan kata2.

Kadang2, kata2 itu bukan disebabkan kita, tapi ada yang membawa mulut, kita yang binasa. Itu lah yang terjadi pada ESQ. Aku tak mahu berhujah tentang halal haram ESQ. Kerana sudah ada yang lebih berhak untuk menilai. ESQ sudah punya Panel Syariah yang bekerja tanpa hiraukan penat lelah mereka. Walau sudah berusia, masih lagi mahu berbakti. Cukuplah mereka yang menentukan halal haramnya ESQ, walaupun sudah ada yang mengharamkannya. Bagi aku, ESQ masih di landasan yang benar. Memang benar, ilmu aku tak setanding ilmu ustaz2 yang belajar perihal AKIDAH dan SYARAK. Aku hanya belajar PENDIDIKAN ISLAM sehingga tingkatan 5. Disuntik sedikit ilmu AKIDAH semasa di UNIVERSITI. Tapi, aku bukanlah terlalu jahil untuk menilai ilmu ALLAH yang cukup luas ini. Masih dikurnia akal untuk aku berfikir dan menilai.

Tak mahu aku termakan dengan kata2 orang yang memfitnah. Takut untuk aku labelkan ini sebagai fitnah. Kerana, hanya DIA yang mengetahui. Pelbagai andaian, persepsi, kata2 kesat, dan macam2 tohmahan dilemparkan pada ESQ. Hanya kami di ESQ yang tahu situasinya. Tapi tak mampu untuk kami ceritakan semuanya. Aib orang, tak mampu untuk kami ceritakan. Cukuplah pahit ini, kami warga ESQ yang tahu dan kami simpan. Semuanya bermula dengan kata2. Kami sering bersangka baik. Tak mahu menyimpan dendam. Setiap pagi, Al-Fatihah kami bacakan, agar perdamaian yang kami temui. Bukan tohmahan dari manusia yang tak mmpu menerima kehadiran ESQ.

Sungguh, aku terlalu penat dengan kata2 kesat dan pelbagai tohmahan yang mereka lemparkan pada ESQ. Hanya ALLAH sumber kekuatan kami. Sokongan orang2 yang menggetahui kebenaran. Setiap kali usai solat, aku tak pernah jemu untuk minta petunjuk dari ALLAH. Aku minta agar ALLAH tunjukkan aku yang benar. Aku minta, kalau ESQ ini benar, ALLAH tetapkan aku untuk teruskan perjuangan aku di ESQ. Kalau ESQ ini salah, aku mohon dijauhkan. Tapi, semakin aku minta, semakin AKU dekat dengan ESQ. Semakin aku kuat untuk terus di ESQ. Aku cukup yakin dengan semua ini. Semuanya atas PETUNJUK dari DIA.

Tak ada yang aku harapkan di ESQ ini. Semuanya kerana ALLAH. Inilah didikan yang aku dapat semasa di UNIVERSITI ini dulu. Matlamat hidup hanya kerana ALLAH. Aku aplikasikan di ESQ. Harapnya tak sia2. Aku mohon, agar kata2 aku ini tak mengguris hati sesiapa. Aku mohon, ALLAH tuntun setiap tulisan aku ini.

Sekarang, aku lebih banyak berdiam. Sahabatku di kampus juga sedar aku semakin menyepi. Bukan niat untuk menyepi terlalu lama, tapi aku lebih selesa begini. Tak sanggup untuk berbicara, takut akan mengguris hati sesiapa dan takut ilmu yang disampaikan itu salah. Mohon kekuatan untuk terus menimba ilmu ALLAH yang luas ini.

Mungkin, cukup sekadar ini aku bicara tentang kata2. Hanya aku harapkan, setiap kata2 aku tidak menyakiti orang lain dan tidak disalah ertikan. Mohon ALLAH tuntun setiap kata2 kita agar tak lari dari landasan. AMEEENNN..

*sedikit info berkaitan ESQ, sesiapa yang nak tahu rentetan pengharaman ESQ, boleh la sama2 layari
http://marhainiyusoff.blogspot.com
http://tanyajawabesq.blogspot.com
sebarang idea dan komentar boleh la di ajukan di blog tersebut.
Pemilik blog ini adalah DIRECTOR dan GENERAL MANAGER ESQ sendiri.