Sunday, October 31, 2010

MENCINTAI DALAM DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fathimah Az-Zahra dan 'Ali bin Abi Thalib yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
Biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

*Bersabarlah ZURAIDAH.. Masa itu kan tiba. (^_^)"

ESQ MAHASISWA UTP ANGKATAN 4

Assalamualaikum...

Minggu lepas, aku ke UTP. Universiti Teknologi Petronas. Dulu, mase skolah2 aku teringin nak blaja kt sini. Tapi, hajat tak kesampaian. Tapi, minggu lepas, ALLAH da tunaikan hajat aku utk jejakkan kaki ke UTP walaupun bukan sebagai STUDENT.. 

 Bermulalah episod sebuah training. Akhirnya terlaksana jua training ni.. Segala penat lelah, semuanya hasil TEAM ESQ UTP. Korang mmg gempak la.. Bersama Trainer Pak Firdaus Djamaris, yang memang tak asing lagi di kalangan ALUMNI MAHASISWA apatah lagi utk UTP kerana dari angkatan pertama hingga ke 4, semuanya dibawa oleh Pak firdaus Djamaris. Pak Fir diterbangkan khas dari JAKARTA setelah kontraknya di Malaysia tamat sebulan yang lalu. Ini lah masa bagi ALUMNI UTP untuk melepaskan rindu mereka pada Pak Fir. Termasuk juga aku. Itu yang sanggup aku ke UTP. (^_^)".. Tak lupa jugak, Abg Faizi. assistant trainer pada masa kejadian.. hehehe..


 Ini antara wajah peserta UTP yang mengikuti training kali ini. Jumlahnya hampir 200 orang.

 Ini pula suasana dewan training.. Sejuk!!! 
Dewan UTP ni luas.. Kalau dapat lg 200 peserta lagi pun muat.. hehehe.. Cuba lagi ye tahun depan..

 Ini seusai briefing ATS sblm hari kejadian. Mereka ni sgt komited.

 Abg Faizi, assistant trainer bersama2 dengan student UTP, Amy dan Aga pasang karpet dalam dewan.. Pasang yuk.. Jangan tak pasang.. :)

 Semangat!!! Banner cantek.. Nazrin, Amirul ngan Afnan tengok banner yang diorang pasang tu senget ke tak.. Huhuhu..

 Ini namanya "toet toet". Bila nak panggil peserta masuk dewan, kita kan guna benda alah yang comel nih.. Habis di contengnye.. Hahaha..

 Demi Matahari!!! Hehehe... Ini aksi peserta bersama Trainer, Pak Fir sesudah training. Lepas ni hari2 la nyanyi lagu DEMI MATAHARI siap dengan gaya lagi. Jangan msuk kelas, buat presentation pun start dgn DEMI MATAHARI sudah.. Pening lecturer nanti.. Hohoho..

 Ini Jackie Koh.. Salah satu peserta NON MUSLIM.. Feedback dia sangat bagus.. Semangat berkobar kobar dia nak jadi ATS lak pasni.. Takpe Jackie. Amalkan nilai yang kamu dapat dalam training ni ye. (^_^)". Sebarkan pada kawan2 yg lain..


 Inilah mereka yang bertungkus lumus menjayakan training ini.. Wajah2 gembira dan penuh semangat!!! Yeah..

 Ini pulak yang sentiasa berangan suatu hari nanti akan jadi TRAINER.. Takpe Iz'aan Irfan.. Insya Allah tercapai la hajat tu nnti.. Ameen..



 Hamboi... Serius benar yang tengah tu.. Hahaha..

Penat, lapar.. Kena isi perut dulu.. Makanan diorang mmg superb la.. Best sgt.. 

Training di UTP ni bagi satu kenangan yang paling indah buat aku sebenarnye. Paling indah. Terima kasih utk K.Mas & K.Shira yang ajak sy join ke UTP..Untuk TEAM ESQ UTP, akk doakan korang tahun depan akan lebih berjaya lagi. Make sure ESQ UTP ANGKATAN 5 menjadi kenyataan dengan peserta yang lebih ramai.. Jgn lupa jemput akk lagi.. Hehehe..

Pada yang blm ikut training ESQ ni, jom la join. Feel the experience. Nak cite tak best. Since korang da attend, baru la tau cmne ESQ ni, ape ESQ ni dan kita boleh kongsi cite ni same2. (^_^)"

*Tgk gmbar aku, K.Mas ngan K.Shira tengah makan tu, tetibe lak rasa lapar.. Aduh.. Kena gi dapur nih.. Gambar2 yang di publish ni... Credit to SYAFIQ yang amik gambar ni masa training dengan camera mahalnye dan credit jgk tuk AMIRUL HAFIZ yang telah meng'edit' gambar ini.. :)

Saturday, October 30, 2010

SAVE THE SOUL SHOWCASE

Assalamualaikum..

Kali pertama aku dengar lagu dia, aku dah pasang angan2 nak jumpe dia.. Lagu first aku dengar INSYA ALLAH.. Mase tu, final exam. Aku dedicate lagu ni kat sume kwn2 aku yang satu rumah.. Diorang mula suka. Bila kitorang rasa lemah, kitorang pasang lagu ni.. Cukup memberi makna..

Kali ni, aku diberi peluang untuk ke konsert dia.. MAHER ZAIN "SAVE THE SOUL" SHOWCASE.. Seperti tak percaya.. Abis je waktu ofis, pukul 5.30 ptg, aku ngan kawan2 aku terus kuar. Menuju ke MBSA. Sangat excited aku waktu tu.. Asalnya, kami sedih jgk sbb tiket da abis.. Sangat cepat tiket abis. Tapi thanks to organizer, MY EVENT atau bosnye ABG LAN sbb reserved kt kitorg tiket yg diserahkan pd KAK ZAL.. 

Wardina dan Fetri Yahya, MC pada malam ni.


Persembahan permulaan yang cukup memukau dari Aishah dan Inteam.. Suara Aishah yang best tu dan Inteam dgn lagu2 yang best!!


Keadaan auditorium.. Mula dipenuhi dengan penonton.. Ni tak start lagi konsertnye.. :)

 Keadaan pentas sebelum konsert bermula...

 Best betul dengar Maher Zain nyanyi live..Teringat Maher Zain de ckp.. Dia rasa rugi sbb kawin mase umur 28 tahun.. Dia spatutnya kawin masa umur 21.. hehe.. For The Rest of My Life.. My Fav song.. Aku harap, suatu hari nanti ade seseorang yang dapat nyanyikan lagu ni utk aku.. =.="


 Gambar tak cantek sbb xde camera mahal.. Ni catch diz moment pakai camera HP, 5 Mp My SonyEricson Yari.. Huhuhu..


 Ni bukti tau.. Tiket konsert Maher Zain yang kitorang dapat!!!

 Sahabat KTI @ Komuniti Teman Inteam yang sempat aku jumpa.. Adzi ngan Ira.. (^_^)"





 Ini geng2 ofis yang datang.. Credit to Abg Wan yang amik gmbar nih.. Peace!!!


Bukan Maher Zain yang penting sebenarnya.. Tapi diz moment yang sgt penting buat aku. Cerita Maher Zain dh jadi salah satu kisah dalam hidup aku. Cerita aku, dia dan mereka.. Insya ALLAH, bulan 2 tahun depan ade lagi. Kalu ade rezeki, jumpe lagi..

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Assalamualaikum..

Agak lama tak meng'update' blog. Hari ini, aku rasa, seperti banyak bnda yang aku tertinggal yang aku nak share dgn sume org.  Seperti tajuk di atas, pastinye aku nak ceritakan ttg org yg pergi. Hmmm.. Sepanjang aku di ESQ, mereka ini bnyk memberi inspirasi pada aku.. Tapi, Allah dah tetapkan, mereka jua ada misi mereka.. 


Ini Fadhli dan Shamsul..
Diorang student praktikal kt ESQ.. Mula2 diorang masuk aku dah buli diorang dengan data2 yang banyak. Tapi bagusnye diorang ni, tak pernah menolak satu kerja pun yang kami bagi. Walaupun terpaksa jadi driver.. Course diorag kt Universiti bukan main lagi, MASSCOM.. Tapi terpaksa buat benda merepek.. Maaf ye Pali, Sham.. Tak terjaga kebajikan korang. Yang mmpu diri ini lakukan, orang lain tak buli korang sesuka hati. Kenangan paling best ngan diorang ni bila mana kami berjaga di ofis sampai pagi. Buat transkrip dan key in data.. Lepas subuh baru balik umah masing2.. Thanks korang sebab temankan smpai pagi.. 

 Ini pulak Kartini.. Atau aku biasa panggilnya Kak Tini walaupun umur kami sama..
Perginya Tini dari ESQ cukup memberi kesan pada aku.. Dia juga sama seperti Sham dan Pali, student praktikal. Rapatnya aku ngan Tini, macam kembar. Kemana pergi, pasti bersama. Kenal kami ketika di ESQ. Perkenalan yang singkat tapi memberi hubungan yang cukup kuat.. Mungkin ade hikmah kenapa Allah pertemukan aku dengan Tini.. Boleh dikatakan, Tini ini adalah orang yang aku paling sayang di ESQ. Dia sentiasa ada di waktu2 sedih aku.. Waktu2 gembira aku.. Senang aku bila bersama dia. Dia faham siapa SITI ZURAIDAH sebenarnya.. Dia lah yang marah aku, dia lah yang bg nasihat kat aku, yang buat aku senyum semula bila sedih.. Kapan lagi mahu ketemu sama kamu Kak Tini.. 

Dan yang terakhir ini, 2 orang lagi yang akan tinggalkan aku & yang lain2.. Dengan tempoh masa seminggu diberi, cukup mamberi impak yang besar bagi kami keseluruhan. Sedih yang teramat sangat. Tapi, diri ini tak mmpu lagi nak meluahkan kata, nak titiskan air mata.. Kerana terlalu penat. Sudah terlalu banyak air mata ini jatuh kerana perkara2 sebegini.. Ini lah insan yang bakal tinggalkan aku dan kawan2..

 Ini Kak Lyn. Aku tak berapa rapat dengan dia.. Tapi tak rapat tak semestinya tak baik kan?
Kak Lyn ni seorang yang kelakar. Takkan jumpa pengganti seperti dia. Biarpun berapa banyak alasan aku dengar kenapa dia perlu tinggalkan ESQ, aku tetap rasa dia ada potensi untuk terus di ESQ. Tapi, Allah Maha Mengetahui.. Kak Lyn jangan sedih ye.. Takda kata yang nak saya ucapkan untuk Kak Lyn sbb saya takut untuk meluahkan..

 Ini pulak Nafisah @ Pica!! Si budak kecik yang sgt periang.. Ibarat adik buat aku.. Budak kecik ni pun antara orang yang aku sayang. Bila aku tahu dia pn nak tinggalkan ESQ, aku sedih.. Tapi Alhamdulillah, dia cukup kuat. Yang lemah aku.. Orang yang aku kacau setiap hari kalau aku boring. Walaupun kami di level yang berbeza, tapi aku ttp akn follow up ape yg dia buat. Maklum la, org HR la katakan.. Hehehe. Nanti kat ofis siapa lagi yang nak duduk depan aku bila time MB.. Nanti kat ofis, aku dah tak dengar suara budak ni panggil aku "Kak Zu!!!!" Nanti aku da tade geng nak gi RECHARGE training & nyebuk kat HOTEL.. Nanti jugak aku dah tak dengar lagi dia buat YELL.. Hmm.. Ca, akk doakan yang terbaik buat Ca..

Sekarang aku sangat sedih.. Sambil menulis ni, aku titiskan air mata.. Aku pasti rindukan mereka.. 



~ Yang pergi, biarkan mereka pergi.. Mereka punya jalan mereka sendiri.. (^_^)"