Sunday, November 14, 2010

KISAH CINTA TERAGUNG


Setelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, setelah penantian yang cukup panjang, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya? Bagaimana perasaan seorang ayah apabila terpaksa meninggalkan anaknya yang dinanti kelahirannya sekian lama? Namun, itulah Nabi Ibrahim.. Baginya, perintah Allah itu lebih utama. Anak dan isteri di tinggalkan.


Setelah selesai melakukan tanggungjawabnya, baginda diperintah Allah untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang tercinta. Alangkah bahagianya Nabi Ibrahim ketika itu. Kini, baginda dapat bersama-sama dengan keluarganya. Namun, perasaan gusar itu tetap ada. Apakah anak yang ditinggalkan itu masih ingat akan ayahnya ini. Apakah dia akan di persalahkan kerana tindakannya meninggalkan keluarganya.. Namun, setelah pulang ke rumah, dilihat anaknya, anaknya Ismail terus berlari memeluk ayahnya. Kehangatan pelukan itu sangat membahagiakan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Pelukan yang cukup lama dinanti..


Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah sekian lama?  Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat 102:


Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Manifestasi sebuah cinta agung dalam menggapai cinta Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita merayakan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka menyaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir setiap tahun. 

Simbolik kepada kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.  Inilah bukti CINTA TERAGUNG.. Cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi cinta pada anaknya, Nabi Ismail. Inilah cinta yang sebenarnya cinta. Cinta Nabi Ibrahim terhadap Allah lebih hebat dan mendalam daripada cinta baginda kepada anaknya Nabi Ismail. Ia dibuktikan dengan kesanggupan baginda untuk menyembelih anaknya atas arahan Allah. Kita bagaimana? 

Ayuh kita berfikir sejenak makna di sebalik AIDILADHA yang bakal kita sambut. Adakah sudah cukup CINTA kita kepada ALLAH atau hanya sekadar LAFAZ... 

DIA BUKAN SIAPA SIAPA


DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI DIA SELALU MENYENANGKAN HATI INI

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI DIA SELALU HADIR SAAT DIRI BENAR-BENAR MENGHARAP ADANYA DIA.

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI DIA YANG BEGITU MEMAHAMI APA YANG ADA DI LUBUK HATI INI

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI DIA IKHLAS MEMBERI TANPA MENGHARAP GUNUNGAN PERMATA DI BERIKAN KEMBALI

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI DIALAH YANG MEMBUAT DIRI INI MAKIN BERTAMBAH CINTA PADA YANG ESA

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI NAMA DIA YANG SERING MENJADI KANDUNGAN DOA DALAM SUJUDKU PADA YG ESA

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI BUDI DAN HATINYA BUAT JERNIH MATA INI BUKAN LAGI PURA-PURA 

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI HILANGNYA DIA PASTI TAK TERBAYANG BETAPA HATI AKAN TERLUKA

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI AKU SAYANGI DIA

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI AKU MENANTI HADIRNYA DIA

DIA BUKAN SIAPA-SIAPA, TAPI AKU BERDOA, MOGA DIRI INI TAK PERNAH BERPUTUS ASA UNTUK MENGHARGAI DIA. WALAU YANG NYATA,

"AKU JUGA BUKANLAH SIAPA-SIAPA DI HATI DIA"

Tuesday, November 2, 2010

ESQ : JAWAPAN KEPADA ARTIKEL "APABILA YAHUDI REDA DENGAN ISLAM"

Assalamualaikum... 

Baru2 ni, ada sebuah artikel talah dikeluarkan oleh satu pihak berkaitan ESQ yang berkait dengan YAHUDI.. Jadi, kat sini, aku ade sediakan jawapan daripada pihak ESQ untuk menjawab apa yang telah mereka katakan tu. Mungkin yang mana keliru tu boleh baca ya. Jawapan ni disediakan oleh Panel Akidah & Syariah ESQ.. 
Selamat membaca ya..
*Klik pada gambar utk dapatkan paparan yang lebih jelas dan jgn lupa zoom ye.. :)