Wednesday, December 21, 2011

Cerita Tentang Jodoh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, umur bertambah lagi setahun.. Maknanya, angka itu berubah.. Dari 23, menjadi 24. Itu kalau ikut tarikh lahir. Tapi, kalau ikut tahun, selang beberapa hari lagi umur aku berubah menjadi 25. Aku tak malu dengan umur aku. Mungkin sebagai ingatan buat aku yang kita hidup tak lama. Makin meningkat tahun, makin hampir kita pada kematian.

Di usia aku sebegini, aku masih single. Wah, bukan promote tapi, itu la hakikat yang harus aku akui. Mungkin tak laku (kata mereka di luar sana yang very updated person). Whatever!! Bila tiba ulangtahun kelahiran, pasti tak lepas dari ucapan sebegini : 'semoga cepat jodohnya', 'semoga cepat kawin' dan ade yang advance lagi 'semoga cepat dapat anak'. ~Blushing sekejap. Sebab tak kawin lagi. Hehehe.

Bila orang cakap pasal jodoh ini, aku rasa macam nak mintak orang tengah yang boleh dipercayai merisik Aiman Azlan ke, Mat Luthfi ke, Imam Muda ke, mane-mane la yang sesuai utk aku. (Hahahaa.. Tak leh bla la statement ni). Tak sanggup dah rasa hidup membujang di saat semua kawan-kawan aku menghantar kad undangan perkahwinan. Kuang3.. Rasa tercabar mungkin. Sebenarnya, ingin sekali aku mengikut jejak Saiyidatina Khadijah yang mulakan langkah merisik Baginda Rasulullah. Tapi, aku tak sekuat dan seberani Khadijah. Mungkin sebelum ini tak terfikir dek akal aku yang cetek nih. Tapi, muungkin juga kerana dorongan seorang sahabat yang selalu bermimpi agar ada khadijah melamarnya. Wah!! Kau, nak tunggu je ye.. Tak gentlement.. (Maaf ye, gurau!)


Tapi, aku tahu.. jodoh dan kawin ini bukan macam piece of cake. Yang kita boleh ambil ringan. Persediaan perlu. Mungkin Allah tahu, aku belum bersedia barangkali. Tanggungjawab itu besar. Perkahwinan satu amanah.

Insya Allah, aku tak mahu terpedaya dengan dunia. Manusia sekarang nak cari yang baik saja. Yang macam ustaz, macam ustazah. Jadi, ramai yang nak jadi ustaz, dan ustazah. Di laman FB, Twitter, Blog, semua dah mula mengeluarkan ayat-ayat cinta berbaur Islamik. Profile picture pulak, tak kurang yang letak gambar kartun islamic yang chomel, gambar yang sopan dan sebagainya. Maka, akan adalah manusia-manusia yang tertarik. Lalu jatuh hati. Lantas, mula berkenalan dan menjalinkan satu ikatan cinta yang islamic kata mereka. Indah.. Umpama mawar yang sedang mekar... Cinta di Muka Buku..

Ya Allah, aku tak mahu terlibat dan terjebak. Jika sampai masanya, aku terima dengan redha. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik dan sepadan denganku. Bantulah Aku Ya Allah.. Amin..

~Entry ini bukanlah dari seorang ustazah. Tapi, hanya dari aku, manusia biasa yang sedang berusaha mencari sinar, yang tak lepas dari dosa.

Tuesday, December 20, 2011

Mereka Tanya Aku Kenapa?

Assalamualaikum.

Bila aku diam, orang tanya... Kenape?
Aku terus diam lagi.. Apa nak kata? Memang aku nak diam.

Itu saje jawapan aku. Diam!
Tak tahu kenapa. Aku banyak diam kebelakangan ni. Ada macam satu perasaan yang aku tak mampu nak ceritakan pada sesiapa. Sedih mungkin. Tapi kenapa? Berdebar dan rasa cukup tak tenang. Sehingga saat aku menulis ini, hatiku masih tak tenang. Aku minta pada Dia.. Rungkai segala rasa ini. Aku tadabbur ayat-ayat cinta Dia. Tapi aku tak temui jawapannya. Mungkin ada, tapi aku kabur.

Aku cuba senyum, tapi senyum itu hambar. Konon cuba untuk tutup apa yang bermain di fikiran. Tapi, tak mampu. Senyum itu ukirannya tak seindah biasa.

Saat ini, aku tak mahu dengar apa pun dari sesiapa pun. Aku hanya mahu bersendiri. Mungkin, sendiri itu lebih baik untuk aku pulihkan apa yang aku rasa kini.

Friday, December 16, 2011

Oley!!


Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat..

Oley!! tu la tajuk video kat atas ni. Aku suka tengok video ni. Dah berapa kali repeat dah. Korang kena tengok ni. Baru jelas ape itu HUDUD. Takkan tak paham lagi kot. Ingat senang-senang ke nak potong tangan ngan kaki orang. Tapi, kalau tak paham jugak lagi, tak tau la nak habaq apa!! Paling best, ade Mat Luthfi... Oley!!

Wednesday, December 14, 2011

5 Blog Wanita Pilihanku 2011


Assalamualaikum..

Ni buat pertama kali dalam sejarah hidup aku berblogging, aku join benda alah ni.. Segmen by Abg Ben (Blogger Terhebat, Terhangat, Ter'macho') hehehe.. Tetibe rase macam ter'excited' nak join. Agak-agak kalau korang nak join, sila la klik kat SINI. Kat sana pun boleh.. Huhuhu. :P

Ok, ni senarai Blog Wanita Pilihan saya...

Cik Kartini Kamal
  • She inspired me...

  • Belog dia cumilll.. Dan ade je cerita Segamatnye.. :)

  • Haha.. Ni blog meluahkan perasaan secara terbuka yang saya suka bace. 

  • Kalau aku rasa lapar nak makan kek aku suka layan blog ni. Hari-kari lapar KEK.. hehehe..

  • Ni layan habis bace sini.. Emosi ade, spiritual ade, semua ade.. Melihat dari sudut seorang isteri.

Harapan untuk semua blog yang tercalon ini, semoga kalian akan terus menyumbang idea, ilmu dalam blog kalian yang ohsem ni.. Update la blog selalu kerana saya sentiasa baca blog kalian. (Walaupun tak updete).. Hehhehe..

Ok, mane nak join tu, cepat..cepat..cepat.. tutup pukul 5 petang ni!!!!

Ketika Marah

Assalamualaikum.

Bila bicara soal marah, siapa yang tak pernah marah? Mungkin marahnya tu terang-terangan, semua orang nampak. Mungkin ada yang marahnya, tak terlalu ketara, tapi masing-masing faham yang empunya diri itu sedang marah.


************
Saya pernah marah. Bukan jarang-jarang, tapi agak kerap. Mungkin kerana tak mampu nak mengawal emosi setelah lama bersabar. Tapi, tidaklah sampai keluar semua jurus dan teknik silat saya. Marah saya hanyalah melepaskan geram hanya dengan kata-kata, atau hanya diam seribu bahasa dan raut wajah yang mencuka.

Apabila kita marah, ramai yang menyarankan pada kita supaya kita bersabar. BERSABAR? BERSABAR? The same thing!!

Persoalannya, bukan mudah untuk bersabar. Berapa ramai yang mampu bersabar? Bersabar itu adalah satu perasaan yang berlawanan dengan sifat marah. Mana mungkin kita dapat bersabar dalam keadaan marah. Lalu bagaimana?

Sekarang saya cuba. Mungkin kalian pun boleh cuba. Saya cuba mengelakkan dari melakukan 'mind chat'. Ape tu? Bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Benar. Bila kita marah, kita akan berperang sendiri dengan akal fikiran kita. Dalam tempoh percubaan ini, saya cuba untuk bercakap dan meluahkan pada Allah.

Segala apa yang saya fikir, dengar, lihat dan rasa.. Semua saya kembalikan kepada Allah. Saat itu, segala rasa dan air mata saya tumpah dengan meluahkan pada Allah. Saya yakin, dengan meluahkan pada Allah, saya akan diberi kesabaran. Saya tidak perlu melawan rasa marah itu untuk bersabar kerana sabar itu akan dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya. Dengan itu, saya akan mencapai makna ketenangan.

****************
Ketika kita marah pada seseorang adalah penting untuk kita memalingkan muka ke arah lain. Inilah yang sering saya lakukan. Rasulullah s.a.w telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.

Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika saya marah sambil melihat muka orang yang kita marah, kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuat kita marah tanpa kita sedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Ini yang berlaku kepada saya sekarang. Tapi, saya dalam tempoh percubaan.

Maka, setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa KITA MESTI MARAH apabila melihat wajah mereka.

Kerana itu Rasulullah s.a.w menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat dari Rasulullah s.a.w meminta kita duduk ketika marah. Semuanya berkaitan dengan otak kita. 

************
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

InshaAllah. Saya sedang cuba.. Doakan saya.  

Thursday, December 8, 2011

KETAM.. ADE HATI NAK AJAR ANAK JALAN.

Assalamualaikum..

Ketam.. Masak lemak sedap, goreng cili pun sodap. Tapi, aku bukan nak cakap pasal camne nak masak ketam ye. Ketam mahal la nak beli.. (^_^)"


"Hahaahaaaaaaaa... Teruknya cara kamu jalan ketam!! Binatang ain semua jalan betul, kamu pulak jalannya senget". Kata ikan sambil ketawa mengejek cara si ketam jalan.. 

Ehem!!! Macam pertandingan bercerita kanak-kanak la pulak.. 

Si ketam yang sangat terkenal dengan sikap ego dan angkuh tu tak mahu terima kekurangan dirinya. Dia nak semuanya nampak hebat. Nak dirinya disanjung dan dipuji. Dia try nak jalan betul. Tapi, pastinya dia tak pernah sedar dia tu jalan nye senget benget. Dah berbulan masa dia habiskan. Tak kenal erti penat dan lelah. Dia tak kisah kalai kakinya tempang, sepitnya patah. Kawan-kawan dia dah nasihatkan dia suruh dia berhenti la dari buat benda yang sia-sia tu sebab dah memangnye fitrah dia macam tu. Tapi ketam tak nak dengar cakap kawan-kawan dia.

Pada suatu hari, jeng..jeng..jeng.. Ade la seorang nelayan baru pulang dari menagkap ikan terlihat akan sekumpulan ketam. Nelayan tu, ingat kan anak-anak di rumah, tangkap ketam buat masak sambal best jugak ketam ni. Nelayan tu pun kejar la ketam-ketam tersebut. Ketam lain larinya pantas nak selamatkan dirinya. Tapi dia, sebab kakinya dah tempang, sepitnya dah patah, dia tak dapat nak lari laju. Akhirnya, dia ditangkap oleh nelayan tersebut. Dah kena buat masak sambal.

Kesian ketam tu.. Tapi, aku bukan nak cerita pasal semangat ketam yang berkobar-kobar sehingga memakan diri dia sendiri tu. Ni nak cakap pasal ketam yang jalan senget, nak ajar anak dia jalan lurus. Ohh.. Memang tak masuk dek akal la. Dia dah jalan senget, camne nak tunjuk kat anak dia. Tak leh nak jadi role model la bro. Betulkan diri dulu, baru boleh betulkan org lain. Tapi, dah namannye ketam.. Memang jalannye begitu, So, jangan jadi ketam. Jadi la benda lain. 

Perumpamaan ketam mengajar anaknye jalan lurus ni memang dekat dengan kita, masyarakat melayu. Berapa ramai yang begitu? Di depan kita cukup baik menasihati kita. Tapi dia lupa, dia cepat bermegah, tutur kata lebih 'lebat' dari orang yang dinasihati. (Dalam kete duk ngumpat kami... Kami tahu.. Ade informer.)

Orang takkan respect kalau kita nak jadi ketam yang ajar anak berjalan. Walau luaran nampak baik, alim tok lebai.. Tapi, hakikatnya tak begitu. Ubah diri kita. Jangan cakap soal hijrah kalau kita tak mahu hijrah. 

Jangan nak prank orang lain sesuka hati sedangkan anda tak tahu ape yang berlaku. Menegur orang lain boleh, tapi, biarlah teguran itu juga yang kita semat dalam jiwa kita. 

~Dia memang takde adab. Bersabar Zuraidah. Dia kan dah tua..... Hahahaha..

Tuesday, December 6, 2011

LALAT... YE! LALAT.

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah.

Aku tak nak cerita perihal Maal Hijrah. Sebab aku tahu, dah banyak yang bercerita tentangnya. Dan, kita sendiri tahu tentang sejarah di sebalik makna Hijrah itu. Pastu, bila cakap pasal Hijrah ni, pasti kita tak lepas dari azam baru. (Mentality...) Tahun lepas punya azam pun tak lepas lagi, ade hati nak buat azam baru!! ~ ni untuk insan yang bernama Siti Zuraidah Binti Ismail.

Ok, tak mau pusing-pusing lagi, nak berbalik pada tajuk asal ye. Lalat!

Tadi, aku dengar satu program TV kat TV Al Hijrah. Madrasah Al Hijrah. Ade ustaz cerita sikit pasal lalat ni. Tak aku tahu (mungkin korang semua dah tahu kot) yang lalat ni ade penawarnya.

Bila kita tengok lalat yang banyak kat rumah kita, mesti ade satu rasa yang sangat rimas dan rasa yang sangat nak marah. Rasa macam nak pukul kasi mati semua je lalat-lalat itu. Especially, time musim lalat banyak tu, sampai nak kena pasang perangkap lalat, nak kena pasang lilin, sampai makan pun nak kena ade candle. Siang-siang pun candle light dinner.

Tapi, ade satu hadis berkaitan lalat nih.

Mengikut rekod Imam Bukhari daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad berkata, "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seprang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan sebelah sayapnya yang lain mempunyai racun." Hadis ni juga ade diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Sebelum ni, aku kalau lalat ni masuk dalam air, dengan air-air tu aku buang. Lalat kot...

Mengikut hadis tu, sayap lalat tu ade penawar, ade racun. So, kita pun tak tahu sebelah mana yang racun, sebelah mana yang penawar. Kalau korang perasan, lalat kalau jatuh dalam air, mesti senget sebelah. Satu sayap dia mesti dalam air. Korang tahu ke yang dalam air tu racun atau penawar? Sebab hadis tu suruh kita celupkan atau tenggelamkan dulu lalat tu kemudian keluarkan lalat tu sebab nak meneutralkan balik air tu. Bila dua-dua sayap dah tenggelam, air tu akan neutral semula. Takde la racun tu. Kalau yang tenggelam tu penawar, bila kita tenggelamkan lalat tu, tetap neutral air tu.

Kenapa dalam air? Mengikut kajian Luther S.West, lalat memerlukan air yang berterusan. Ini kerana lalat ni selalu mengeluarkan najisnya dalam bentuk cecair. Bila najis dia tu dah keluar, so, dia kena ganti dengan segera dengan air baru. Kalau lambat, tamat la riwayat lalat tu.

Seperti yang kita maklum, lalat pembawa penyakit kepada manusia. Memang tak disangkal lagi. Ade beberapa kajian yang telah dibuat oleh saintis barat mengenainya. Antaranya, kajian di Beijing pada tahun 1929 oleh H.Y Yao, I.C Yuan dan D. Huie mendapati bahawa bahagian luaran lalat mempunyai 3,683,000 kuman bakteria dan bahagian dalamannya mengandungi 6 hingga 8 kali ganda luarannya. Mak aiiii.. Banyak tu. Ade lagi kajian lain. Boleh Google ye.

"Dan pada sebelah sayapnya ada penawar". Ade penawar pulak? Ini boleh mengelirukan!! Jangan keliru. Ini ade kajiannya. Kajian mendapati bahawa ada kuman-kuman dan virus di dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. J.I. Duncan (1926) menemukan bahan-bahan aktif pembunuh bakteria dalam usus lalat rumah. Dan ade beberapa kajian lain.

"Maka celuplah lalat itu..." boleh dikatakan sebagai ikhtiar dan usaha yang betul bagi mengeluarkan penawar daripada lalat. Nabi Muhammad menggunakan istilah syifa' dengan maksud penawar. Kajian ke atas lalat Drosophilla oleh Profesor William L.Pak dari Universiti Purdue menemukan beliau dengan cara merewat penyakit kerosakan mata dan otak termasuk penyakit Alzheimer. Laporan ni ade dalam majalah National Academy of sciences, isu Nov. 9, 1999.

Menurut ustaz yang dalam Madrasah Al Hijrah tu, dia kata pakar bedah zaman Napolane yang namanya Larrey mendapati luka-luka cepat sembuh bila lalat yang berbentuk larva dicelup ke dalam luka. Teknik rawatan ni jugak pernah digunakan ke atas tentera-tentera yang cedera dalam perang dunia 1. Pakar bedah sering menggunakan larva bagi merawat radang tulang dan kematian sel.

Lihatlah apa yang ada pada seekor lalat. Binatang yang dilihat jijik. Tapi, hakikatnya hanya Allah yang mengetahui baik dan buruk setiap penciptaan Nya.

Seperti kita manusia juga, kita melihat seseorang itu hina dimata kita, tapi hakikatnya, Allah yang mengetahui. Mungkin dalam kehinaan mata kita, insan itulah yang lebih banyak berjasa dari kita. Renungkan kembali diri kita, agar kita mampu menghargai setiap ciptaan Allah yang Esa.

~ Terima Kasih Ya Allah...

Wednesday, November 23, 2011

LAYAKKAH CINTA KITA?

Assalamualaikum...

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?
Sedangkan cinta Allah adalah segalanya.
Cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya.
Cinta ibu bapa tulus suci selamanya.
Cinta saudara ukhuwah kerana-Nya.
Dan..
Cinta pada 'nya' pelengkap kasih-Nya...
Hamparkanlah cinta kepada Yang selayaknya.
Jadi, jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi.
Itulah cinta hakiki...
Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati dan tanya diri sendiri.
Sejauh manakah taraf cinta kita ini?


Sunday, November 20, 2011

PELUANG ITU

Assalamualaikum...



PELUANG itu katanya datang hanya sekali.
Sungguh benarkah kata itu?
Tapi, aku pernah!
PELUANG itu berkali-kali datang bertamu.
Apakah salah melepaskan PELUANG itu?
Benar, tak aku hargai PELUANG itu.
Tak pula aku mahu genggam erat PELUANG itu.
Melepaskan PELUANG membuatkan hatiku gusar.
Mambuatkan hatiku terus memendam sesuatu yang sukar.

Kata mereka, kau akan sesal.
Aku cuba mencari erti sesal itu.
Tak mampu kutemu.
Yang tetap hadir hanya resah dan gundah.

Hari ini, aku merasainya lagi.
Hanya kerana PELUANG itu telah aku abaikan..

TAK TERLUAH LAGI RASA ITU

Assalamualaikum...


Cukup sukar untuk memendam suatu perasaan.
Satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.
Terasa berat untuk meluahkan.
Sehinnga hati yang kecil ini menjadi sasaran.

Allahu Rabbi, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersirat di hatiku.
Allahu Rabbi, ku mohon Kau tenangkan rasa gundah di hati ini.
Allahu Rabbi, Kau leraikanlah perasaan ini. 
Allahu Rabbi, Allahu Rabbi, Allahu Rabbi..

Tuesday, November 15, 2011

DAPAT PEGANG PUN JADI LA...

Assalamualaikum...

Selamat petang!!! Lunch ape tadi? Tak kisah la lunch ape, janji perut kenang dan ade tenaga untuk teruskan kerja. Berani betul aku update belog ni sedangkan aku ade kerja. alah, 5 minit je kot.. Hehe..

Orang kata, kalau kita suka sesuatu tu, kalau tak dapat nak memiliki, cukup la sekadar pegang ke, tengok ke kan. Macam Mamat suka Minah, tak dapat tengok Minah, tengok pokok bunga Minah pun jadi la kan..

Macam aku pulak, dapat pegang pun jadi la.. Bukan pegang Minah atau Mamat tau!! Ishhh.. Pikiran tu jangan melencong ye.. :)

Tadi, mase aku ke bilik air, ade jumpa ini kunci.


Nampak tak, kunci ape? BMW tuuuuu.. Kunci kete idaman aku la!!! Aku amik. Kat opis aku xde yang drive BMW ni. So, aku agak ni mesti staff ofis sebelah ni. Sebab, level ofis aku ade 2 company je. Kebetulan ade staff ofis sebelah. Dia tengah amik wuduk. Aku amik kesempatan la pegang lama-lama kunci tu kan. Pasni nak kena pulang dah. Hehee.

Lepas dah puas pegang, aku bagi la kat kakak tu. Dalam hati, dengan harapan tuan punye kete tu bawak aku pi jalan-jalan naik BMW.. Hahahaa. Dengan harapan lain jugak, satu hari nanti aku ade sebijik BMW.

Tu la kan, bak kata orang.. Tak dapat BMW, dapat pegang kunci pun jadi la...

BILA DIA NAK FLY

Assalamualaikum.

Pagi yang banyak kerja, tapi aku nak amik peluang juga update belog yang tak seberape nih. Owh!! Sebelum tu, SELAMAT PAGI MALAYSIA!!! (Macam satu Malaysia je yang bace~ekekeke)

Semalam aku dapat khabar gembira dari kawan lama.. Sebenarnya, dialah kawan baik aku masa kat skolah teknik dulu. (Suka ati aku je kata dia tu kawan baik aku.. Entah dia anggap gitu tak. Hehehe).. Mula-mula tu, dia  suh aku datang majlis kawin dia nanti. Wahhh.. Aku dah cukup happy sebab dia nak kawin. Cumanya, kitorang x sempat nak merasai zaman bujang bersama. Hahaa.

Kalau korang nak tau, lepas je abis SPM dulu, last kitorang jumpe mase amik result. Pastu dah tak jumpa sampai sekarang. Jadi, dia kawin nanti aku nak sangat pi. Lagi pun, itu yang dia mintak. Nak sangat aku pi.

Dan, lagi satu berita yang buat aku happy dan sedih bila dia kata dia nak fly ke New Zealand tahun depan. Ngape la jauh sangat sis.. Empat tahun saja ma.. Dia nak sambung PhD kat sana. PhD??? Waaaaaaa..

Mase dia kata nak sambung PhD tu, aku terpana sekejap.. Di usia sama seperti aku, 24 tahun, dia dah selangkah ke PhD. Aku, baru je Degree. Baru plan nak amik Master. Ape pun, tahniah yang teramat banyak dari aku untuk Farah.

Walau dah lama tak jumpa, aku mengikuti perkembangan dia dari Facebook je..

Ini lah beliau.. Nur Farah Hafizah. Sungguh, aku sangat baik ngan dia dulu. Pernah satu bilik, pernah jugak satu kelas. Dia banyak ajar aku mase kitorang satu kelas. Aku dulu slow sikit kalau bab setadi ni..

Dia berjaya.. Anugerah Canselor. Terus dalam bidang Engineering. Aku je yang masuk simpang lain. Termasuk simpang biznes. But, i really love engineering. Mungkin nanti yang bakal balik Malaysia nanti sebagai Dr.Farah akan jd lecturer aku. Hahaha..

Ni keratan akhbar pasal kejayaan dia rangkul Anugerah Canselor. Kalau rajin baca la sendiri.. :)

*Aku takkan pernah putus harapan nak sambung belajar sampai ke peringkat PhD. Insya Allah, kalau diizinkan. Aku merancang, Allah menentukan, tapi, Allah sebaik-baik perancang!!

Tuesday, November 1, 2011

YIHAAAAA... BLOG DA OK!

Assalamualaikum...

Hari ni rase sangat suka sebab hari ni keje banyak banyak banyak... Boleh tersenyum membuat kerja.. Hehehe.. Ikhlaskah ayat ini wahai Zuraidah?

Takpe la.. Bukan itu yang nak di happykan sangat. Nak bg tau ni.. Blog saya dah ok.. Saya dah dapat view blog saya macam ni...


Best kan.. Baru semangat nak hapdet belog kalau macam ni. Aku rasa, aku tahu kenapa.. Mungkin sebab aku guna Blogger interface tu.. Ni aku dah tukaq pada yang lama punye.. Tibe-tibe je ok.. Tapi, tak tau la kot korang punye ok je kot guna Blogger interface tu.. (^_^)"

Nantikan next post dari aku ye.. Sekarang ni nak buat keje yang banyak sangat tu.. :)

Monday, October 31, 2011

APE KAITAN USRAH DENGAN NARUTO?

Assalamualaikum kengkawan semua..

Aku nak ceghitaaa sikit ni. Tak tau la sikit ke banyak... Baca je la ye. Itu pun kalau korang sudi baca blog aku yang skema gile ni kan.. Aku nak cite pasal USRAH..

Penah join usrah sebagai anak usrah? Atau kalian sendiri yang handle usrah sebagai naqib/naqibah? Aku dulu, penah join usrah. Penah juga handle usrah. Maksudnya, pernah menjadi mad'u dan juga pernah menjadi naqibah. Zaman aku menjadi seorang mad'u dulu, aku adalah orang yang paling blur. Ape maksud blur itu? Tak banyak mempunyai idea dalam berdiskusi. (Bukan dulu je, sekarang pun sama...).. Tapi, selepas aku menjadi naqibah, aku tak boleh selalu blur. Ini kerana, aku harus menyampaikan kepada anak usrahku.. Oh, anak usrah.. Rasa macam da tua.. Adik usrah!!

Wah, waktu itu, aku merasakan aku perlu untuk lebih tahu. Buku aku kena baca, untuk dapatkan kefahaman. Internet aku surf untuk dapat input tambahan. Usrah bagi aku bukan suatu yang mudah pada waktu itu. Payah, menjadi seseorang untuk memimpin adik-adik. Harus kena lebih tahu. Tapi, kadang-kadang adik-adik itu lebih tahu dari aku. Kena pandai cover la menggunakan ayat-ayat cover. Hehehee.. Kena bersedia dengan pelbagai soalan dari adik-adik bagai peluru menembak. Ah!! Kalau tak dapat jawab, postpone la jawapannya. Ayat cover, "Ok, tu assignment buat adik-adik".

Alhamdulillah, semasa si universiti, aku sempat memegang 2 kumpulan usrah. Ada di kalangan mereka kini sudah berjaya menjadi naqibah, menggantikan tempat aku dan sahabat-sahabatku yang lain yang sudah menamatkan pengajian di situ. NAmun, bagi yang seperti aku, sudah tiada lagi usrah di kampus. Harus berusaha mencari usrah sendiri. Jangan putus untuk berusrah. "Usahakan".. Itu pesan mereka pada aku.. :)

Asal aku tak masuk cite pasal NARUTO lagi ni? Aku pun tak tau nak masuk macam mane.. Hehehee..

Aku peminat NARUTO. Kalau mereka yang tak minat, itu dikatakan cerita yang tak masuk akal. Masuk akal atau tak, bagi aku NARUTO ade nilainye. Daripada tengok cite yang tak berfaedah macam Akademi Fantasia, Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa dan segala bagai lagi la..

Ape kaitan USRAH dengan NARUTO?

Sistem usrah ini aku ibaratkan umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam Naruto. Ade kumpulan Cikgu Kakashi (cikgu feberet aku dalam Naruto), kumpulan Cikgu Gai, Cikgu Azuma dan ade cikgu-cikgu lain. Siapa nak usrahnya jadi serius boleh ikut gaya Cikgu Azuma, kalau nak ceria ikut la gaya Cikgu Gai ataupun Cikgu Kakashi.

Ada dikalangan kita yang baru nak berjinak-jinak dengan usrah, ade yang dah hebat sikit dengan ilmu usrah, ade yang dah hadam semua silibus usrah. Macam dalam Naruto juga, ada peringkatnye. Mungkin mereka ini, kalau dalam bahasa Naruto nya, Pelatih Akademi yang diberi latihan dalam Akademi Ninja (Usrah). Ade yang masih di peringkat Genin (baru mengenali usrah), ada di peringkat Chunin (Mungkin Naqib/Naqibah itu sendiri), Jonin (mungkin Mas'ul/Mas'ulah) dan Tokubetsu Jonin (Murobbi/Murabbiah).

Bila kite berhadapan dengan adik-adik usrah, anggaplah mereka seperti ninja-ninja yang ingin kita latih. Tentukan matlamat yang kita nak capai dalam latihan tu. Seperti dalam usrah, pasti sudah ada matlamat yang ditetapkan oleh naqib/naqibah dalam usrah mereka. Ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

Contohnya, aku sendiri. Masa aku pegang adik-adik usrah, matlamat jangka panjang aku, nak mereka semua jadi pemimpin dalam kampus. Mampu untuk lantang bersuara. Matlamat jangka pendek pula, mesti la nak depa tu semua faham apa yang cuba aku sampaikan berdasarkan topik yang dibawa setiap minggu.

Bukan itu sahaja, ade sistem lain juga dalam naruto ini yang boleh di apply dalam usrah.

Naqib pertama Naruto ialah Cikgu Iruka. Kemudian, Naruto nak diserahkan kepada Cikgu Kakashi. Cikgu Iruka tak serahkan Naruto bulat-bulat kepada Cikgu Kakashi tanpa sebarang informasi. Segala perangai, akhlak, tingkah laku Naruto semuanya diberitahu kepada Cikgu Kakashi. Ini untuk mememudahkan gerak kerja Cikgu Kakashi selepas ini nak meng'handle' Naruto itu. Cikgu Iruka tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawab dia. Dan, macam tu jugak la tindakan Cikgu Kakashi ketika menyerahkan Naruto pada Jiraiya.. Menjelaskan apa yang perlu kepada Jiraiya dan mengambil tahu perkembangan Naruto.


Imej disalin dari http://anime-wallpapers.com/images/800x600/naruto-kakashi-iruka-togeher.jpg
Jadi, kita jangan la lupakan adik-adik usrah kita bila dah tak bersama mereka lagi. (Alamak!! Ini ingatan keras buat aku juga.. ) Hehehee.. Dalam usrah Naruto itu juga, mereka bertiga itu Naruto, Sasuke dan Sakura itu mempunyai perangai yang berbeza. Naruto agak main-main orangnya. Sasuke pula serius. Tapi, Cikgu Kakashi mampu mengawal mereka dengan baik. Ini kerana ada sesuatu yang ada pada Cikgu Kakashi yang boleh menarik minat Naruto, Sasuke dan Sakura. Jadilah kita seperti Kakashi. 
Tapi jangan risau, setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Cuma, dek kerana rasa rendah diri pada keistimewaan kita itulah yang membuatkan kita takmampu untuk menjadi seperti Kakashi. Jadi, bila kita menjadi naqib/naqibah, sebenarnya ilmu atau keistimewaan inilah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.
P/S : Aku dulu pun, bukan la naqibah yang baik. Hahahaa.. Masih belajar dengan ilmu yang zero.. Bila kita sampaikan, kita akan lebih faham. Insya Allah. 
Aku dulu pun bukan tau nak relate kan usrah ni ngan Naruto. Tapi, dek kerana seorang sahabat iaitu Azlan yang memulakan, aku jadi tahu... Dulu tengok Naruto saje je. Tak tau ape-ape pun.
Ilmiah betul entry aku kali ni.. Ape kes???? 
Daaaaaa.....

JUANG, BERJUANG, PERJUANGAN....

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat semua pembaca blog saya.. (ade pembaca ke?) hehehe.. Salam awal pun dah pelik je ni. Nak berjuang mane pulak si Zuraidah ni..

La.. Kan kita ni tengah berjuang. Berjuang untuk diri sendiri, persekitaran kita sendiri, orang-orang di sekeliling kita, dan banyak lagi yang nak kita juangkan, dan perangkan.

Sebenarnya, aku nak tulis entry lain. Tapi, semangat aku sekarang tengah naik setelah Ijtimak Tarbawi berlangsung. Mungkin lain kali la aku tulis entry yang aku nak tulis tu ye. Sekarang ni idea ni tengah banyak dibantu dengan beberapa artikel yang telah aku search untuk aku menulis berkaitan PERJUANGAN PAS.



Kita selang seli la ye, entry berkaitan hati, informasi, entry yang takde isi dan entry politik. Hidup ni kan politik. Jangan lari dari politik ye. Kalau anda larikan diri anda dari isi politik, itu bermakna anda lari dengan bayang-bayang anda sendiri.

Nampaknya, aku telus di sini. Membiarkan orang tahu bahawa aku ini penyokong kuat PAS. Maaf ye kalau ada yang membenci. Aku harus berani untuk mengakuinya. Entry kali ini mungkin agak panjang.

Kita sedia maklum, bila kita sebut tentang perjuangan PAS, pasti ada yang mendengar angin-angin yang membawa kata-kata mereka yang membenci PAS mengatakan perjuangan PAS salah, bercanggah dengan syariat, bida'ah, perjuangan politik semata-mata dan bukan 1001 tohmahan, malah lebih dari itu yang terpaksa ditelan oleh pendokong dan penyokong PAS. Bukan telan kosong, pasti ada strateginya.

Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Bukan politik semata-mata atau bukan memperjuangkan nasib MELAYU semata-mata. Saya akui, Pas ini tak lepas dari kelemahan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Dah namanya manusia, tiada yang sempurna. Kelemahan ini tidaklah membawa PAS terjun ke jurang dalam yang boleh membunuh aqidah pendokong dan peyokongnya sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam. Kelemahan ini boleh diperbaiki dengan cara dan kaedah yang telah dirancang dan disusun oleh PAS agar dapat mencapai matlamat dan objektif penubuhannya.

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara'. Kepimpinan Ulama', Jawatankuasa Disiplin Parti, Muktamar Tahunan, Mesyuarat Dewan Harian, Mesyuarat Bulanan, Liqa' Fiqri, Tamrin, Mukayyam, Kuliah Haraki, Usrah Mingguan, Konvensyen PAS Negeri, Ijtimak Pilihanraya, Kuliah Agama dan pelbagai cara untuk PAS mengawal perjalanan organisasinya agar terus berada di landasan syariat Ilahi dan Sunnah an Nabawi. Pendokong PAS harus tahu ini semua.

Jika ada perbezaan dalam method perjuangan PAS berbanding dengan kumpulan Islam yang lain, itu bukan bermakna PAS itu salah dan bercanggah dengan sunnah dan syariat. Mengikut Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, beliau meletakkan PAS dalam 3 ruang utama iaitu :
  • Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan)
  • Dakwah (penerangan)
  • Siasah (politik)
Ya, seharusnya inilah yang utama. 3 ruang yang penting untuk meletakkan PAS terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Ini dikuatkan dengan tertubuhnya Lujnah Tarbiyyah di setiap organisasi PAS. Tarbiyyah inilah tunjang perjuangan. Hati-hati harus dikuatkan dengan tarbiyah yang mantap. Aktiviti tarbiyyah PAS banyak tertumpu kepada pembentukan usrah pelbagai peringkat, tamrin, liqa, dan pelbagai aktiviti lain.

Sebagai individu muslim, sudah menjadi kewajipan untuk menyebarkan dakwah, menyampaikan dan menyebarkan Islam. Amar Makruf Nahi Mungkar. Ini adalah perintah Allah. Buka saja Al-Quran, pasti kita semua akan berjumpa dengan perintah ini. Walaupun PAS menghadapi pelbagai halangan dan ancaman dalam menyebarkan dakwah dari pelbagai pihak untuk masuk ke tengah masyarakat, demi daulah Islamiyah, perjuangan ini diteruskan. Ada dikalangan pemimpin PAS dipenjara hanya kerana dakwah yang mereka sampaikan. Itu bukan penghalang. Amanah Allah terus dipegang. Inilah tanggungjawab kita sebgai khalifah. Masing-masing dengan peranan masing-masing dapi peringkat pimpinan hinggalah kepada ahli biasa. Maudhu' dakwah PAS sangat jelas, menepati syariat Allah s.w.t.

PAS mendekati semua lapisan masyarakat. Bermula dengan masayarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan umat yang lesu hinggalah ulama' yang membisu. Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. 

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
  1. Dakwah Umum melalui Kuliah Agama, Seminar, Ceramah, Muzakarah, Talk Show dll.
  2. Dakwah Fardhiyyah, yang lebih tertumpu kepada pertemuan tertutup, ziarah atau lebih mudah, one to one atau face to face.
Dek kerana Islam adalah agama yang syumul, melengkapi segenap aspek kehidupan, politik itu tidak boleh ditinggalkan. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi s.a.w. PAS meletakkan politik sebagai tanggungjawab perjuangan yang harus diperjuangkan. Kini, kuasa politik berada di tangan mereka yang enggan meletakkan syariat meskipun sudah berjuta kali mereka mengisytiharkan Malaysia ini sebuah NEGARA ISLAM. Namun hakikatnya, Malaysia kini subur dengan maksiat dan mungkar. Gejala sosial makin berleluasa. Oh, zaman jahiliyah kembali.... Inilah kewajipan yang dipegang PAS, mengambil tampuk pimpinan agar mudah melaksanakan hukum dan syariat Allah. Penglibatan PAS di bidang siasah ini adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci.


Tidak nampak alasan yang munasabah bagi mereka yang hebat menolak perjuangaan PAS. Kemukankan bukti yang sahih sebelum mendakwa. Kita mencari kebenaran, bukan hanya cakap kosong, bukan hanya emosi tanpa berlaku adil. Media massa menyempitkan pemikiran kita. Keluar dari kepompong dan lihatlah kebenaran. Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak. Jangan hanya mendengar pada mereka yang berkepentingan untuk diri sendiri. Juga bukan pada mereka yang suka lompat melompat!! Saya rasa sampai disini sahaja pandangan ikhlas saya tentang PERJUANGAN PAS ini. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Anda semua berhak untuk suka atau tidak.

P/S : Saya kan rakyat Malaysia, ada hak untuk bersuara dan menyampaikan pandangan. Jadi, jangan halang saya.. (^_^)"


Thursday, October 27, 2011

MASALAH... MASALAH.. TOLONG!!!


Saya ada masalah ni.. Pasal blog saya.. Ni nak citer nih....




(ni bile saya view korang punya)





Seriously, benda ni jadi sya dah xde mood nak update blog saya.. Layout saya pun takleh nak edit.. X leh nak move sana sini. Tolong la saya selesaikan masalah saya ni. Saya tak reti ni.. Saya amatur lagi!!!

Monday, October 24, 2011

ZURAIDAH ITU AKU

Masih mereka tak kenal aku.
Masih sukar untuk fahami aku.
Aku bukan seperti mereka.
Watakku bisa berubah.
Mengikut keadaan waktu.

Aku bisa serius bila perlu.
Aku bisa ketawa bila lucu.
Aku bisa nangis bila sedih.
Aku bisa marah, tenang.. Aku bisa..

Aku bukan anak-anak yang hanya tahu bermain.
Bukan anak yang suka kereta merah.
Bukan anak yang suka gula-gula.
Suka bila dipuji.
Rajuk mahu dipujuk.
Bukan tahu memujuk andai kau rajuk.

Aku adalah aku sekarang.
Kenalilah aku seadanya.


Sunday, October 23, 2011

MASA DAN KEDEPAN

Pagi yang cukup indah.. Nyaman..
Aku bangkit dari sifat bermalasan aku.
Merenung jauh ke luar jendela.. Terus bermonolog sendirian.

Apakah akan aku terus begini?
Jauh dari perjuangan asal aku..
Jauh dari bai'ah yang pernah aku lafazkan..

Apakah akan aku terus begini?
Bekerja tanpa henti...
Lupa untuk memeberikan sedikit masa pada diri sendiri.

Pagi-pagi aku sudah mula serius.
Mungkin memikirkan apa aku 5 tahun akan datang..
Siapa aku 10 tahun kedepan.

Mencipta peta perjalanan hidup.
Kerja - kahwin - haji - mati!!!
Peta yang cukup ringkas, tapi perlu usaha dan gerak kerja yang kemas.

Perjalanan hidup yang berakhir dengan kematian.
Itu sangka mereka..
TIDAK!!!
KEMATIAN adalah permulaan sebuah kehidupan.
Aku ingin persiapkan kehidupan aku itu.
Aku mahu kaya di kehidupan ABADI itu..

Langkah ini harus dibimbing.
Langkah ini harus ada penguat.
Menanti akan seorang IMAM yang mampu memandu menuju kehidupan abadi...

Ya Allah, bantulah langkahku ini..

Menutup diari pagi.

Friday, October 21, 2011

PESAN BUAT DIRI

Hakikat sebuah perjalanan hidup.... Ubudiyyah kepada Allah

Wahai diri...
Perjalanan ini adalah perjalanan ubudiyyah mu kepada Allah s.w.t.
Sentiasalah bermuraqabbah tentang adab-adab mu dengan Allah s.w.t.
Allah tidak melihat amal kebajikan zahiriah semata-mata, tetapi...
Apa yang dilihat ialah sejauh manakah sifat kehambaan mu kepada Nya.
Justeru itu wahai diriku yang hina, kenalilah diri ini sendiri kepada asal mu yang tiada memiliki sesuatu.
Hidup hanyalah di atas kasih sayang  Nya.
Dia menciptakan diri ini untuk sentiasa memuji Nya dengan penuh kecintaan dan kerendahan diri hingga lahirlah pada diri ini kehinaan yang hakiki di sisi Nya...



Fahamilah....
Apa sahaja yang diri ini lakukan adalah untuk menuju hakikat kehambaah yang hakiki.
Apa yang dimaksudkan dengan kehambaan?
Iaitu diri ini yang fakir, dan orang yang fakir adalah orang yang tiada memiliki apa pun pada dirinya.

Wahai diri...
Jangan kamu terpedaya dengan ibadah mu kerana ibadah mu itu belum tentu diterima Nya.
Jangan kamu terpedaya dengan ilmu mu kerana ilmu mu belum tentu dapat kamu amalkan.
Jangan kamu terpedaya dengan dunia mu dan apa yang kamu miliki kerana ia adalah milik Tuhan.
Dan segala apa yang ada di tangan mu adalah diatas belas kasihan Nya.

Wahai diri...
Kasihanilah diri mu jika kau diselaputi perasaan takabbur.
Ini bermakna kau jahil dengan apa yang telah kau lakukan.
Kejahilan akan mengheret mu kepada kesesatan dan penyelewengan.
Allah tidak akan melihat kepada amal mu jika desertakan dengan peresaan takabbur.
Walaupun diri mu menyembah Allah, tapu hakikatnya kau menentang Allah.

Seorang hamba ialah seorang yang tidak punya apa-apa.
Segalanya milik Allah.
Jadi, mengapa harus merasa sombong dan takabbur?
Sifat itu hanya layak bagi Allah.
Ingatlah, diri ini hanyalah pengemis di sisi Allah.
Mengemis belas kasihan Nya, diri ini kotor dan kelaparan..
Jadikanlah amal-amal mu itu tempurung untuk mengisi belas kasihan Nya, bukannya berbangga dengan tempurung itu.
Itu adalah sifat orang yang jahil dengan Allah dan dirinya sendiri.
Tiada lain maksud mu, hanya Allah menjadi tujuan mu.
Hati mu mestilah sentiasa bimbang akan kemurkaan Tuhan.
Dengan ilmu, kefahaman dan jalan yang kau  miliki, ia adalah amanah Allah yang perlu disebarkan kepada seluruh umat manusia.
Setiap amanah akan dipersoalkan oleh Allah dari yang kecil hingga yang besar.

Tanamkan diri mu dalam tanah kerendahan agar benih yang ditanam nanti akan subur dan memberi manfaat.
Rendahkanlah hati mu agar amal dan ilmu mu memberi manfaat kepada jiwa mu sehingga mencapai maqam hati orang-orang yang arif, jiwa yang tenang dan merindui Tuhan.
Apabila menghadap Tuhan, jangan dihitung amal mu kerana amal melambangkan khidmat mu kepada Tuhan.
Sedangkan, renungkan sebaiknya, adakah sudah tinggi khidmat mu jika dibandingkan dengan Tuhan yang memberi khidmat kepada mu.
Dia menjaga mu setiap masa, perjalanan darah, kerdipan mata, denyutan jantung, nafas yang terhela dan nikmat Nya yang tak terhitung.
Hitunglah kehinaan diri mu, maksiat mu dan kelalaian mu.
Jangan cemas jika kau kurang amal untuk menghadap Allah.
Kerana rasa hina itulah sifat sejati seorang hamba yang hanya mengharap rahmat kasih sayang dari Allah.

Jika ditanya, "Apakah amal kamu yang kamu bawa kepada Ku?"
Katakan... "Tiada apa wahai Tuhan ku, hanya sekeping hati yang cinta pada Mu, sekeping hati yang merasa hina di sisi Mu dan sekeping hato yang sentiasa yakin dengan belas kasihan Mu."



Thursday, October 13, 2011

BORANG DAN BORANG

Assalamualaikum...

Hari ni kat ofis aku sibuk duk isi satu borang. Aku dan kawan aku ni dah macam kelam tak kabut la mengisi dan mencari solusi terbaik untuk melengkapkan borang itu dan menghantar kepada penerima yang sepatutnya dengan jayanya.Pening la..

Itu la kan, sape suruh tak aware ngan tarikh tutupnye. Benda dah expired.

Dah EXPIRED???

Mesti korang pening kan? Dah expired yang aku ngan kawan aku duk sibuk menyibuk isi borang tu ape kejadahnye kan? Takde, kitorang da call org yg sepatutnye tu, diorang kate, kitorang boleh hantar lagi, tapi kene segera. Adoyaiiii.. Ok la, aku nak siapkan ape yang tak sipa lagi ngan borang tu..


P/s : Bukan isi borang kawin ye.. Tapi, rase macam nak isi borang tu lah.. Heeeehee..

Tuesday, October 11, 2011

IMPIAN BIOR LE TINGGI MELANGIT

Assalamualaikum...

Setiap dari kita pastinya ade impian tersendiri. Macam-macam impian yang kita harapkan. Ade yang biase-biase je la impian depa tu. Ade yang tinggi melangit mengalahkan KLCC dan KL Tower. Macam la aku jugak. Tak payah la susah-susah aku nak bagi contoh jauh-jauh sampei ke Los Angeles atau pun sampei ke Zimbabwe.

Nak tau ape impian aku yang tinggi sampai ke langit sangat tu? Tiap kali aku naik kete kan, aku mesti perati kete-kete yang lain yang gah meluncur laju di atas jalan raya yang serba selamat kat Malaysia nih. Dengan impian, suatu hari nanti dapatlah aku memiliki sebuah atau berbuah-buah kereta yang gah itu. Hangpa nak tau dak kete ape yang aku idam-idamkan???

Tadaaaaa......



Ha.. Hahhaa.. Aku memang tak leh tengok la kete ni. Mesti aku berangan habis la aku bawak kete ni. BMW memang menjadi pujaan hatiku.  Tapi, kalau tak BMW pun,....


Alphard pun jadi la. Aku berkenan sangat ngan Alphard ni sebab abah aku dah pesan, kalau nak beli kete nanti, beli yang besar terus. Bukan pe, senang nak angkut semua. Aku sedar, dengan gaji aku yang tak seberapa ni, memang tak lepas la kaunak miliki benda alah ni semua. Tapi, impian bior le tinggi melangit. Siape tahu kan?

Bukan kete je yang aku nak tau. Kalau dah ade kete, mesti la nak kena ada rumah pulak. Aku berangan nak punya rumah macam ni...

Takde la besau sangat kan? Simple je umah macam ni ha. Walaupun aku sedar, dengan gaji aku yang sekarang ni, tak layak sungguh aku memiliki rumah sebegini. Tapi, tak salah kalau impian tu tinggi melangit pun. Mana la tau rezeki datang dari tempat yang tak disangka. Hehehe..

Tapi, ade satu impian yang aku akan cuba capai.

Doakan semoga aku dapai capai impian aku yang ni. Nak sangat aku sampai ke tanah suci Allah ini.. Tak dapat rumah besau, kete BMW ngan Alphard pun takpe. Asalkan aku sempat sampai di sini. Insya Allah.

Korang, kalau ade impian yang setinggi langit macam aku ni, walaupun kadang-kadang korang rasa macam tak mampu dan tak layak je korang nak dapat dengan keadaan korang sekarang yang tak berapa nak kaya ngan harta, tapi kaya dengan budi bahasa dan akhlak  mulia, jangan segan dan jangan malu untuk menyatakan IMPIAN HEBAT anda itu. Tak salah kita punya impian besar. Apa yang penting, jalan usaha kita untuk mencapai impian yang besar itu. Ingat, Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendir yang merubahnye. Perubahan ber,ula dari diri korang sendiri, bukan pada orang lain. Semoga, korang pun dapat merialisasikan impian hebat korang tu nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama ye.

p/s : tetibe rasa macam motivator tersohor.. hahaaa ~ renung-renungkan, selamat beramal...

Tuesday, October 4, 2011

AKU SKANDAL

Assalamualaikum..

Wah.. Tajuk xleh bla. Ni bukan entry pasal lagu Aku Skandal yang Hujan nyanyi tu ye.. Takde kaitan dengan entry aku ni..

Korang semua penah ade skandal tak? Tapi sebelum tu, ape maksud skandal? Menurut survey aku pada mereka-mereka yang sangat arif tentang skandal ni, mereka mentafsirkan skandal ini ialah mengadakan hubungan seperti kekasih gelap, tanpa pengetahuan pasangannya sendiri. Oooo... Ni ke maksudnye.. Baru makcik tahu.. hehheee.

Kalau ini la maksudnye, tak baguih la skandal ni. Kuang3.

Tapi, dalam tak baguih ni, aku pun pernah diskandalkan dengan beberapa orang. Wahh.. Nampak macam aku ni playgirl la pulokkk.. Ohh... Tidak sebenarnye. Dalam erti kata lain, mereka yang mengskandalkan aku ni, mmg sengaja nak kenakan aku. Apakah salah aku, sehingga mereka memperlakukan aku sedemikian rupa.. Hahahaaa.. Ayat sadis!!!

(kerana chocolate ini, aku diskandalkan  dengan ..... ~ isi tempat kosong)

Pada mereka yang mereka atau mencipta skandal ni, pasti mereka tahu siapakah orang-orang itu.. Shhhh.. Diam-diam tau. Kih..Kih..Kih..

Okeh, tujuan asal aku tulis entry ni nak habaq kt hangpa semua yang rancak memadankan aku dengan orang itu, dengan orang ini tu...... teeeetttttt... Tak yah la hangpa nak buat lagu tu kat cheq ni.. Cheq ni tak ghetiii apa segala ni.. Kalu hangpa nak sangat, tolong je la pinangkan mereka tu untuk cheq.. Habih ceghitaaaa.. Cheq pun tak hidup dalam dunia fantasi ciptaan hangpa tu.. Lepas pinang, kawin teruih.... Kan sodap lagu tu.. Ini dok kata cheq ngan orang tu padan la.. Muka dah ada iras la.. Sesuai la.. Calon terbaik la.. Buatnye orang tu dah ade gepren, tak ke naya... Ish..Ish..Ish... Lepas ni, tolong pinangkan dia ya.. Takmo skandal, takmo gosip..

P/S : Key Point kat sini, hangpa takyah la nak kenen-kenenkan Siti Zuraidah Binti Ismail ni kat sapa-sapa. Rimas, lemas tau dok! Memang la aku ni single mingle.. Paling penting, hangpa nampak tulisan merah kat ataih tu..?


(bagi jejaka di luaq sana, buleh ka cheq nak masuk minang hangpa? hahahaha)

Wednesday, September 28, 2011

RIBENA OH RIBENA

Assalamualaikum...

Air ribena... Emmmm.. Sedap.. Bayangkan, air ribena yang sangat sejuk dan segar rasanye.

Ape mimpi si zuraidah ni sebut air ribena nih! Untuk pengetahuan kalian semua, zuraidah tak gemar la air ribena ni. Yang dia reti dan sangat suka minum, air kosong. Atau nama commercialnye, sky juice.. Apa la zuraidah ni xde selera langsung minum air kosong.

Aik, abih, suka ati aku la nak minum air ape pun!!


Hari tu, pi umah kak oyen ngan fairuz. Diorang siapkan makan malam untuk kami. Yang best tu, air ribena. Aku memang la x minum air tu. Tengok pun da tau tu ribena. Takpe la, nanti aku nak air aku pi amik sendiri la kat dapur. Almaklum la, aku memang suka buat rumah orang macam rumah aku. Ok pe.. Tak malu, tak segan. Hehehe. Tapi, tibe-tibe, tengah aku makan tu, tersedak la pulak.. Terpaksa la aku capai air ribena tu. Itulah kali pertama aku minum air ribena.

Ya Allah, ketinggalan zaman nye kau zuraidah.. Ngeee...

p/s : entry ni dibuat hanya nak bagi tahu, aku tak minum air ribena. Air feberet aku cumalah air kosong. Kalau ye pun nak bagi aku air best, bagi air teh ngan sirap sudah.. (Nampak sangat selera orang kampung!!!)

Thursday, September 22, 2011

RINDUNYA PADA KALIAN

Assalamualaikum...

Selesai solat Isyak baru je kejap tadi, tiba-tiba air mata aku deras betul mengalir. Macam air terjun. Tiba-tiba je rasa rindu pada sahabat-sahabat semasa di UiTM dulu. Satu-satu wajah mereka muncul dalam benak fikiran aku yang dah hampir mula melupakan semua kenangan dan memori (tak ke same tu?)

Paling aku rindu, sahabat-sahabat VILLA JANNAH. Takkan jumpe mereka lagi di tempat lain. Kenangan bersama diorang sangat lah tak mampu untuk aku terus lupakan. Ilmu yang kami kongsikan bersama, mehnah ditempuh, gelak tawa, tangis sendu, semua di kongsi sama-sama. Kalau ada rajuk pun, tak sempat nak pujuk. Sebab tak lama. Sikap dan akhlak mereka lah yang buatkan aku cukup rindu pada mereka.

Diorang bukan lah sapa-sapa.. Bukan org kaya.. Tapi, mereka istimewa. Sangat istimewa dalam hati aku.


Kak Radiah. Orang nye sangat ceria. Tak pernah tunjuk sedih, tak pernah tunjuk masalah. All is well.. Kecik molek orangnye. Suka ketawa. Masak memang bagi kat dia.. Macam chef dah. Cakap je nak makan ape.. Dialah kakak aku kat VILLA JANNAH.. Rindu akak...

Kak Musnadzirah a.k.a k.yah a.k.a Kak Joyah... (Banyak betul nama glamer dia).. Walaupun umur kami sama, aku tak segan nak panggil dia kakak.. Dan dia pun sangat tak kisah saya panggil dia kakak.. Sangat lembut orangnye.. Dah kawin pun dia.. Selamat jadi isteri orang..

Ulfa.. Semanis orangnye, secantik namanya.. Dia sangat sporting. Macam budak-budak. Tapi, tak sangka, nak jadi mak budak pun. Suka tengok ufa bila time masak. I likeeee.. Mungkin sekarang sudah improve masakannye sebab dah jadi isteri orang. Ni geng remp-it aku.. Honda AFM dengan EGO TAU.. Tragis bukak pose kat hospital ngan ulfa.. (^_^)

Gaya stylo.. Ni la Ramlah.. Banyak idea.. Kalau agak-agak xde idea, jumpe dia je la.. Sure dapat free advise dari dia.. Ramlah ni berpandangan jauh. Kaki bisnez. Ganas ni, tapi masak sedap. Ape je dia masak mesti kitorang makan. Ape dia dah jampi dalam masakan dia aku pun tak tau la. Dengan kancil merahnye, bergaya atas jalan.. :P Sampai sekarang pun, kalau pi dungun mesti nak kena contact dia.. Sebab dia la driver aku kat sana. Kalau la Lah ni ttbe kawin, sape nak jadi driver aku lagi ek? hehehe..


Ni pulak Sham ngan Una.. Dua-dua ni kaki stadi. Orang lain stado, dia orang duk study. Memang jelez la ngan diorang ni. Dah la pandai. Ishhh.. Tapi, rasenye dah lama tak dengar khabar mereka berdua ni. Sungguh senyap dan sepi.. Takpe, pasni aku nak kacau hidup korang berdua. Jangan marah na... :P

Diorang sume la kawan-kawan aku di VILLA JANNAH.. Yang sama-sama bantu aku cari umah sewa bila mane owner asal nak amik semula umah sewa kami. Susah kami sama-sama. Ade ramai lagi sahabat-sahabat yang aku rindukan. Tapi nak cite semua, tak tau bile nak abis entry nih.. (-.-)

Walau dah jauh aku pergi tinggalkan depa ni semua, aku tetap rindu sangat ngan mereka. Walaupun dah jarang aku contact mereka, tapi aku tetap sangat rindu pada mereka. Mereka lah yang lebih memahami aku dari yang lain. Ana sayang antuna kerana ALLAH..

Walau jarak terpisah jauh,
Sibuk perihal sendiri,
Hati tetap sayu, tetap rindu,
Pada sebuah persahabatan yang tulus ikhlas.
Persahabatan yang berlandaskan satu akidah,
Persahabatan atas satu perjuangan
Sungguh aku rindu
Saat itu yang tak mungkin aku lupakan
Air mataku menitis lagi
Kerana sebuah ikatan ini..

*Sungguh, air mata x berhenti masa aku tulih entry ni..

Wednesday, September 14, 2011

NI KILANG KE HAPE?

Hari ni memang marathon kot aku tulih blog ni.. Banyak cite nak habaq mai kat hang pa semua. Ini cite pasal kilang. Hangpa tau dok macam mana keja kt kilang tu.. Punya remeh la kan? Sampai ada yang tak tahan.

Yang aku nak crita ni, bukan la pasai kilang sangat na.. Cuma aku ada sikit konpius, aku ni buat apa sebenaqnya. Hujung minggu lepaih, aku rasa macam nak patah pinggang, nak tercabut segala jari-jari tangan ni ha. Nak kena sediakan segala macam barang, utk jadikan balang yang cute la kononnye..

Hangpa nak tau tak, 500 biji balang nak kena siapkan dalam masa 2 hari. Tu tak tolak lagi open house... Balang tu takpa la.. Riben semua dah letak. Isi la balang tu nak kena siapkan. Dalam satu balang tu nak kena ada 31 kata-kata. Hangpa bayangkan, 31 kata darab dengan 500 balang, brapa?? 15500 kata semua skali.. Buat sendiri, bukan kedai..

Tak mau ceghita banyak.. Nak tunjuk gambaq ja..


Ni kertas yang aku potong ..


Tebal ni nak kena susun masuk botol..





Ni la hasilnye last skali..

2 hari masa yang ada, dah ditolak dengan masa beraya, tak banyak masa yang kali ada untuk siapkan.. Rasanya macam dah keluarkan semua kudrat untuk siapkan benda alah ni.. Mase aku buat ni, dah habis zikir aku baca.. Mengantuk, penat tak payah cakap la kan.. Setiap masa tu sangat berharga.. Buat keje ni sampai pukul tiga empat pagi, lepas subuh sambung balik, nak tunggu turn masuk bilik air pun takkan lepaskan. Kalau boleh, nak bawak masuk bilik air skali la benda alah ni..

Ape pun, thanks la pada yang membantu.. Sangat2 memberi semangat. Pada yang tak membantu pun, terima kasih jgk, sebab lagi sabar aku jadinye. Walaupun, agak kecewa dan terkilan..

Apa pun, bnda da siap, da lepas pun, harap, lepas ni tak le macam ni lagi. Penat la....