Monday, January 10, 2011

KONVOKESYEN UITM KE 73

Assalamualaikum..

Hohoho.. Aku memang sungguh ketinggalan.
Ye la, konvo ni tahun lepas punya la.. Aku baru nak tulis cite sal konvo nih..
Takpe la, asal aku dapat bagi tahu sume orang yang aku dah konvo..
Aku dah tak jadi student sepenuh masa dah.

 
Ni aku bersama abah dan ibu tercinta. 
Abah aku ni sebenarnye, baru je kuar hospital.
Dia la yang paling semangat nak datang konvo aku.
Kalau dia still duk hospital, aku rasa aku konvo sesorang la. 
Mesti menangis aku atas pentas amik scroll.. Hoho..

 
Ni pulak, kawan serumah aku.. 
Haishhh.. Dengan dia ni la aku berhempas pulas study..
Dia bagi semangat kat aku, aku bagi semangat kat dia.
K.Radiah. pasti aku rindu dia forever la. Akhirnya, kami berjaya!!!



Yang kat atas ni semua kawan-kawan aku selama 3 tahun aku di UiTM Dungun nih.
Kawan sekelas. Dari sem satu, sampai la sem 5.
Sem 6 dah praktikal, so takde la kelas ye.
Dengan diorang ni la aku terpaksa bersaing.
Siapa hebat? Kami semua hebat!!! Hehehe..

Akhirnya, aku tak kisah la orang nak cakap ape, yang penting aku dah berjaya menggenggam segulung ijazah.
Sesuatu yang aku tak sangka, akhirnya menjadi realiti. 
Walaupun tak cemerlang, tapi tidak la gagal.
Sebab GAGAL itu tak pernah ada dalam kamus hidup ZURAIDAH.

Jadi, aku nak nasihatkan la pada korang-korang yang tak grad lagi, yang masih di alam persekolahan, di alam universiti tu, belajar la sungguh-sungguh ya.
Jangan hampakan harapan mak bapak kita.
Usaha la setakat yang kita mampu.
Tapi, jangan la tak usaha langsung ya. 
Nanti diri sendiri yang akan merana.
Menangis tak berlagu weyh!!!

Aku wish, good luck untuk korang semua!!! 
Especially yang masih berada di UiTM Dungun. 
Kawan-kawan seperjuanganku.
Korang lah yang terbaek!!
Jadi, lakukan yang terbaek!!! (^_^)"

No comments:

Post a Comment