Friday, February 11, 2011

LANGKAH YANG LONGLAI

Assalamualaikum..

Hari-hari yang mendatang semakin mencabar dan menguji. Pelbagai masukan yang aku dapat sepanjang aku di sini. Cuba untuk terus melangkah. Namun, semakin aku cuba untuk melangkah, kata-kata yang ingin menjatuhkan semangat aku makin hebat merentap hidupku. Namun aku tetap mencuba. Kerana aku yakin akan pertolongan Allah. Aku cuba untuk persetankan segala yang masuk terus ke pendengaranku.  Aku cuba untuk terus membuangnya, tak mahu ia terus masuk ke dalam hati, mengalir di setiap urat nadi ku. Tak mahu ia menjadi sebahagian dari hidupku. Kerana itu mampu dan pasti akan membuat aku jatuh tersungkur.

Aku mengakui, aku semakin lemah dalam perjalanan ini. Sesekali air mata jatuh ke pipi. Semuanya berlaku bila aku mengenangkan kisah perjalanan ku disini. Rasa kecewa kekadang menerjah. Kecewa dengan mereka yang awalnya memberi semangat kepadaku. Kecewa dengan mereka yang disekelilingku. Walaupun kecewa, tapi tak mengapa. Kerana aku punya Allah.

Tiada apa yang aku harapkan dalam perjalanan yang sementara ini, hanya mampu mengharap keredhaan Allah sentiasa mengiringi gelak langkah ku hari-hari. Insya Allah..

Thursday, February 10, 2011

BOYFRIEND KU.. RINDU SAMA KAMU!!

Assalamualaikum....

Sepanjang hidup aku ni, dah 23 tahun kot hidup. Tak penah ade boyfriend. Camne la rasa nye kan? Syok je aku tengok diorang tu yang ade boyfriend. Haish!!! Ternoda iman aku.. Haaaa.. Ni mesti ade yang tak caya ni. Tak caya ea aku ni takde boyfriend?? Abis tu ngape la tajuk kat atas tu aku rindu ngan boyfriend aku? Boyfriend mane lak nih? Adoyaiiii.. Hahaha..

Sebenarnya, aku memang da ade boyfriend. Lama dah. Cuma aku tak sedar je. Ape la.. Sekarang aku mengaku!!! Aku da ade BOYFRIEND... (Dalam hati ade taman).. Wink..Wink...Wink.. Hahaha. Jangan jeles tau.

Meh aku cite la kat korang sket pasal BOYFRIEND yang aku sayang sangat ni. Yang aku rindu sangat nih... aku tak mau panggil BOYFRIND la.. Tak best!! KEKASIH.. Best tak? Aku bagi sket biodata dia.. Biar semua orang kenal KEKASIH aku nih..

Nama dia MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALLIB BIN HASHIM
Nama ayah dia ABDULLAH BIN ABDUL MUTALLIB BIN HASHIM
Mak dia nama AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF
Atuk dia pulak nama SYAIBAH BIN HASYIM. Atuk dia ni feymes dengan nama ABDUL MUTALLIB.
Amik korang. Ngan nama atuk dia skali aku bagi.

Nama bapak sedara dia pun aku tau gak. Aku listkan tuk korang.
  • Al Harith bin Abdul Mutallib
  • Muqawwam bin Abdul Mutallib
  • Zubair bin Abdul Mutallib
  • Hamzah bin Abdul Mutallib
  • Al Abbas bin Abdul Mutallib
  • Abu Thalib bin Abdul Mutallib
  • Abu Lahab bin Abdul Mutallib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Mutallib
  • Hijil bin Abdul Mutallib
  • Dzirar bin Abdul Mutallib
  • Ghaidaq bin Abdul Mutallib
Macam hebat je tau kan.. Hehehe..
KEKASIH aku ni ade ibu susuan. Mase dia kecik-kecik dulu, KEKASIH aku ni disusukan oleh Thuwaibah (ibu susuan yang pertama). Thuwaibah ni hamba pada Abu Lahab. Pastu, KEKASIH aku ni dapat ibu susuan baru, yang kedua. Namanya HALIMAH BINTI ABU ZUAIB AS SA'DIAH atau lebih dikenali dengan nama Halimah As Sa'diah. Terima kasih ya Halimah.

Tapi, KEKASIH aku ni dah ada isteri. Takpe, aku tak kisah pun. Nama isteri dia KHADIJAH BINTI KHUWAILID AL ASADIYAH. Masa KEKASIH aku ni kawin, umur dia 25 tahun.

Dia lah RASULULLAH yang kita semua sayangi.. Baginda bukan milik aku seorang, tapi milik kita semua umat Islam. Tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah, Baginda lahir membawa cahaya kepada seluruh alam buana. Seorang insan yang bakal membawa kebenaran di muka bumi. Lahirnya disambut gembira masyarakat Arab Mekah ketika itu. Perginya, ditangisi seisi alam dengan penuh syahdu. Perginya baginda pada usia 63 tahun.

"Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah. "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al QURAN dan SUNNAH ku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Saidina Abu Bakar As Siddiq menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali bin Abi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.
 
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. 
 
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. 
 
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. 
 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,j angan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya. "Uusiikum bis salati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." 
 
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik 'alaihi wa salim . Betapa cintanya Rasulullah kepada kita."

Inilah kisah teragung. Bersempena dengan tibanya hari kelahiran Rasulullah tercinta ini, marilah kita banyakkan selawat tanda kasih dan cinta kita kepada Baginda S.A.W. Bayangkan Rasulullah yang kita rindui tiba-tiba ada di hadapan kita dan mengatakan.. "Kamu adalah umatku, kamu menurut sunnahku, namun kamu tidak pernah menatap wajahku.." Maka, air mata kita pun mengalir tatkala baginda tiba-tiba hilang dari pandanganmu. Wahai kekasih Allah, kami merinduimu. Aku merinduimu.. Selawat dan salam hanya untukmu.
 
 

BARU!!

Assalamualaikum...

Oooohooohooiii... Hey semua! Lama betul la tak update blog nih. Malas betul la insan yg bernama Siti Zuraidah nih. Tak ape, sekarang, I dah kembali tau.. Dengan nama blog yang baru.. AKU HANYA MENULIS. Url pun da baru. Ada nampak? Bukan ape, boring la nama lama tu. Pastu cam skema. Tak best langsung.

Da la kan, aku nak cakap tu je. Blog aku da x pakai URL yang lama yang x best tu. Yang ni best ke? Hahahaa.. Takpe la. Best ke tak best, yang pasti aku suka..

Jap lagi aku datang dengan entry yang lebih bermakna dan bermanfaat buat semua ye.
Daa...