Friday, February 11, 2011

LANGKAH YANG LONGLAI

Assalamualaikum..

Hari-hari yang mendatang semakin mencabar dan menguji. Pelbagai masukan yang aku dapat sepanjang aku di sini. Cuba untuk terus melangkah. Namun, semakin aku cuba untuk melangkah, kata-kata yang ingin menjatuhkan semangat aku makin hebat merentap hidupku. Namun aku tetap mencuba. Kerana aku yakin akan pertolongan Allah. Aku cuba untuk persetankan segala yang masuk terus ke pendengaranku.  Aku cuba untuk terus membuangnya, tak mahu ia terus masuk ke dalam hati, mengalir di setiap urat nadi ku. Tak mahu ia menjadi sebahagian dari hidupku. Kerana itu mampu dan pasti akan membuat aku jatuh tersungkur.

Aku mengakui, aku semakin lemah dalam perjalanan ini. Sesekali air mata jatuh ke pipi. Semuanya berlaku bila aku mengenangkan kisah perjalanan ku disini. Rasa kecewa kekadang menerjah. Kecewa dengan mereka yang awalnya memberi semangat kepadaku. Kecewa dengan mereka yang disekelilingku. Walaupun kecewa, tapi tak mengapa. Kerana aku punya Allah.

Tiada apa yang aku harapkan dalam perjalanan yang sementara ini, hanya mampu mengharap keredhaan Allah sentiasa mengiringi gelak langkah ku hari-hari. Insya Allah..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Moga kamu menemui dan mendapat kekuatan hati..

    ReplyDelete