Sunday, March 6, 2011

AKU ADA MASA

Assalamualaikum....

Semalam, aku di Flamingo Ampang.
Bukan bercuti ye.. Bukan jugak main bowling.
(best jgk kalau main bowling)
Apatah lagi saja-saja nak pi.
Baik la duk umah ke kan.
Tapi, sebab ade meeting, terpaksa la pegi.

Caya lah. Meeting buat kat hotel.
Kebetulan je tu. Ade Training kat sana.
Aku ni antara golongan manusia yang tak suka meeting.
Cukup lemah bagi aku bila meeting ni.
Tapi, meeting ni penting nak dapatkan kata putus.

Seharusnya aku terlibat hanya satu meeting.
Tapi, action plan harus dirancang.
Jadi, masa diperlukan.
Terpaksa mengikuti meeting seterusnya bersama dengan student UTP.
Banyak juga yang berkait.
Aku harus merancang lagi.
(Penin suda)

Hari sabtu pun keje.
Mesti orang cakap aku ni takde masa langsung untuk diri sendiri.
Takde la. Aku ade je masa.
Tapi agak penuh.
Kalau mahu isi malam-malam tu dengan tahajud..
Pastinya boleh. Takde yang menghalang.
(tahajud ke? hehehe)
Mahu terus bertadarus juga boleh.
Yang penting ada. masa.

Ada yang menilai aku ni lupa pada perjuangan asal aku.
Oppsss!! Mintak maaf ya.
Aku masih ingat. Lafaz bai'ah tu jugak tak pernah hilang dari ingatan aku.
Tapi dek kerana masa yang aku ada sudah di booking dengan kerja yang menanti.
Bukan aku tak mencuba untuk mengelak.
(tak mahu 'tapi' lagi)
Bila kata putus last minute, aku pun kena la cancel semua last minute.
Sehinggalah aku tak berani lagi nak buat janji.

Ada jugak yang kata aku lupa pada sahabat seperjuanganku.
Lupa untuk bertanya khabar mereka.
Ambil tahu perjuangan mereka.
Ohhh.. Itu satu tuduhan yang tak berasas bagi aku.
(tapi kalau ada yang terlepas pandang tu.. Maaf ye)
Tapi tak apa la.
Walaupun sedih dipertuduh begitu.
Aku tetap dengan perjuangan aku.
Kerana aku tahu
Medan juang, medan dakwah itu tidak sempit.

Masa itu ibarat pedang.
Kalau kita salah menggunakannya, ia akan membunuh kita.
Gunakanlah masa yang kita ada itu sebaiknya.
Harus kita seimbangkan urusan dunia dan akhirat.
Aku tak kisah kerjanya hingga 2-3 pagi.
Kerana aku ada masa untuk aku isi waktu itu dengan ZIKRULLAH.
Korang pun boleh.
Biar apa orang kata.
Asal kita rasa bahagia.
Sebab orang lain tak tahu bila kita bahagia.
Hanya kita yang rasa.

 Ini waktu meeting. Tengah jaga slide kat depan. Macam assistant trainer.

Fokus meng'update' website ESQ. Menyediakan bahan-bahan yang perlu untuk student UTP.

Ok la. Hari ni harus ke Flamingo lagi.
Ada Talk. Moga aku tak jadi MC.

2 comments:

  1. amboi
    cepatnye update
    hehe

    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    ReplyDelete
  2. ade masa lapang sket..
    akk ni susah nak update blog.
    hehehe..

    ReplyDelete