Monday, March 14, 2011

EH! KITA KAWAN DULU KAN?

Assalamualaikum..

Ape khabar semua?
Dah lunch?
Jangan la keje sampai lupa lunch time.
(tak penah lupa lunch).. hehehe.
Alhamdulillah. Saya (alamak!! Sopan pulak hari ni) dah lunch tadi.
Menikmati nasi campur bermelodikan hujan.
Memang puas.

Tadi, waktu makan, office mate saya terserempak dengan kawan masa dia study dulu.
So, kitorang pun makan sama-sama.
Menurut office mate saya tu (k.shira nama dia), diorang dulu kawan baik.
Memang baik sungguh la.
Tapi, lepas abis study, dah lost contact.
Tau-tau kawan tu da kawen.
Hubungan terus renggang.

Itu la lumrah kehidupan sebenarnya.
Situasi ini bukan hanya berlaku pada office mate saya saja.
Kita semua mengalami nasib yang sama.
Masa skolah punya baik macam belangkas.
Bila dah abis skolah, ade haluan masing-masing.
Mula la. Dah lupa semuanya.
Bukan lupa sebenarnya, tapi komitmen yang menghalang.
Mungkin ada yang bila dah berjauhan, da dapat teman baru, lupa kawan yang sama-sama main kat skolah dulu.
Kawan yang nangis sama-sama.
Makan sama-sama. Tidur sama-sama.
Semua sama-sama lah.

Ada tu, tup-tup dah kawen. Sedih tak?
(Ada la sedih sikit).
Saya ada kawan baik tak?
Dulu, masa sekolah rendah ada.
Tapi, sekarang da tak rapat.
Habis darjah 6 dia pindah. Sebab UPSR dia best!
Skolah menengah pulak, ade jgk..
Sama-sama nangis ni.
Pastu, masa tu dia dah tak sama kelas, tak sama bilik, tak sama blok asrama.
Kitorang da mula rengggang.
Masuk form 6, ade jugak kawan baiknya.
Tapi, bila sume dah masuk U.
Dah jauh jugak.
Hmmm.. Pe la nasib teman ni kan.
Nak kata tak bertanya khabar, tanya. Tapi..

Pengalaman tu semua mengajar saya.
(Bukan la ajar sangat pun)
Pengalaman tu semua buat saya serik untuk ada seorang teman baik.
Jadi, masuk je U, saya terus berkawan dengan semua orang tanpa anggap orang tu kawan baik saya.
Tapi, mereka tetap mengharap supaya mereka itu special di mata saya.
Hati ni tak mampu.
Takut kecewa lagi.
(Cheeewaaaahhhhhhh... Macam orang bercinta).. Hahahaa.
Sampai sekarang, saya tak ada teman baik.
Semua orang kawan saya.
Sebab bila jauh, teman baik itu tak mungkin mampu menjadi teman yang baik buat kita.

Ingatan saya pada mereka yang pernah sudi menjadi teman baik saya walau seketika cuma itu akan saya bawa kemana walaupun jauh diri ini pergi.

Ikhlas Tapi Jauh

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...


2 comments: