Sunday, March 20, 2011

KALAU BERPACARAN



Kalau berpacaran, memang banyak pantang larang
Menjaga susila, ibu bapa, adik abang,
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba
Aksi terlarang...

Sambung... Kalau.. hehehe..

Eh, lupa lak nak bagi salam ye.
Assalamualaikum...
Layan betul bila dengar lagu ni.
Paling best bila kena part suara 'setan' tu..
Wah.. mmg tak leh bla la..

Bukan aku nak cite pasal lagu ni sangat sebenarnye.
Tapi aku tertarik dengan lagu ni sbb nasihat di sebalik lagu ni.
Dan...
Aku nak cite pasal bebudak zaman loni.
Asyik betul berpacaran.
Akak (jadi akak la pulak) tak marah la korang nak berpacaran.
Nak halang pun korang da besar.
Tapi, jangan la berpacaran lama-lama.
Bukan takut kekasih tu kena sambar buaya.
Takut buaya pun tak sempat nak sambar sebab nafsu iblis dah sambar dulu.
Cane? Ce cite.. Ce cite..

Akak kesian kat adik-adik akak ni.
Cane pulak kalau adik-adik ni syok banget bercinta,
At last korang tak jadi kawin.
Alahai.. Akak rasa sia-sia kan.

Jangan marah akak dik oiii...
Ni pendapat akak je.
Terpulang pada adik-adik nak buat pilihan.
Ha.. pastu kan, adik-adik ni dah bercinta abis baik ni..
Dah kongsi segalanya ngan pasangan couple.
Last-last, putus, frust menonggeng.
Ye la, rupenye, pasangan adik-adik tu ade spare tyre.
Aduh, berdarah, luka, parah hati!
Pastu, ade niat pulak nak bunuh diri.
Jangan la adik-adik macam ni ye.
Jangan terjun Golden Gate pulak.
Hehehe..

Kalau adik-adik rasa macam dah serasi, boleh bla la ngan pasangan adik-adik.
Apa la salahnya adik-adik terus je gi jumpe mak ngan abah.
Bagi tahu diorang.
Macam ni la lebih kurang ayat nye..

"Mak, abah.. Adik (apa-apa la gerlaran adik-adik kt umah) rasa adik da boleh kawin la."
"Adik da ade calon isteri/suami. Boleh tak adik kawin?"
"Adik rasa adik nak kawin la mak."

Lebih kurang macam tu la ayat nye.
Akak pun tak la reti sangat.
Nak elakkan jadi benda-benda yang tak senonoh.
Kalau dah berdua tu yang ketiga tu siapa?
Sape dapat jawab dia dapat hadiah pandai... Hehehe..
So, adik-adik boleh pikir sendiri kan..
Akak takmo la cakap bnyak-bnyak.
Nanti orang x suka akak pulak.

Takpe la.
Bak kata Bang Bil.. Lu Pikir La Sendiri!!!

Yeah, kita sambung cerita
Kalau kamu berdua 
Aku yang ketiga, ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah!

No comments:

Post a Comment