Monday, April 18, 2011

GEMILANG memang GEMILANG

Assalamualaikum....






Impian yang kini menjadi satu harapan..


Wah, tak penah CTZ tengok drama melayu yang best cam GEMILANG ni.
CTZ memang tak penah miss la cite ni.
Kalau tak sempat tengok kt tv, TONTON kan ade.
Heheheee..

CTZ nak review siket pasal drama GEMILANG nih.
Bukan nak kritik. 
Sebab tak layak pun CTZ ni nak jadi pengkritik.
Kalau tayang kat TV lagi skali, memang CTZ tengok.
Sanggup.. Heheee


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.
Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Tu la sedikit sinopsis dari drama GEMILANG.
Ape yang CTZ suka dalam drama ni..
Pelbagai elemen diselitkan.
Ada suka, ada duka, ada kelakar.
Tapi tu tak penting.
Yang paling penting, banyak nilai yang boleh dikutip dalam drama ni.
Adanya nilai persahabatan.
Ada nilai kekeluargaan.
Percintaan, semangat, macam-macam nilai la yang boleh kita cari.

Bayangkan, susahnya ibu bapa kita dulu, pejuang anak bangsa kita dulu bersusah payah nak kasi ilmu.
Nak dapat ilmu pun susah.
Hanya yang punya azam yang kuat je mampu capai kejayaan.
Macam dalam drama GEMILANG tu,..
Semua pelajar CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG..
Dari yang tak pandai, jadi pandai..
Dari yang malas, jadi rajin..
Dari yang samseng, bila ada kesedaran, tak mustahil untuk jadi insan yang berguna.

Sebab tu la CTZ kata, cite ni best.
Okey lah, jom layan lagu tema GEMILANG...

Wednesday, April 13, 2011

DAMANSARA - DUNGUN - KUALA BERANG

Assalamualaikum...

CTZ datang lagi ni ha.
Nak tulis pasai ape ek?
Tajuk pun dah terang kat atas tu. Heehehe..
Tajuk tu macam CTZ jalan jauh je kan.
Jalan? Penat la..
Naik bas tu. (^_^)

Sebenarnya, CTZ dah lama tak bercuti.
Almaklum la, keje banyak la katakan.
Nak cuti pun agak susah.
Tapi, kali ni CTZ mintak jugak cuti.
Takpe la sehari pun.
Janji cuti. Nak mencari ketenangan jap.

CTZ bukan blik kampung.
Maaf la, bukan tak rindu pada mak ngan abah kat kampung nun.
Tapi, CTZ kena buat pilihan.
DUNGUN, KUANTAN, DUNGUN, KUANTAN..... Hmmm
So, CTZ pun buat la pilihan balik ke DUNGUN.
Sebab tak tahu bila lagi nak ke DUNGUN.
Kalau KUANTAN tu pasti la akan balik.

Tujuan utama CTZ balik DUNGUN sebab CTZ nak jumpe sahabat-sahabat lama CTZ yang sangat CTZ rindu.
Tak tertahan lagi la..
Rindu... Rindu serindu rindunya... 
Dari KL, CTZ amik tiket pukul 10 pagi.
Sebenarnya 10.30 pagi..
PLUSLINER.. Bas pilihan.
Sepanjang perjalanan CTZ duk ingat kat pantai dungun.
Dah berangan..
Bestnye kena angin pantai.
Rasa macam dah ade kat tepi pantai duk dalam bas tu. Heehehee.
5.10 petang CTZ sampai kat Dungun.
Mesti la ade driver yang datang amik.
Terima kasih la Che Lah sebab sudi amik CTZ..
Atas permintaan, dia tak bawak balik umah terus.
Sebab CTZ nak lepak kedai.
Hebat la.. Che Lah ngan Kak Radiah dah bukak kedai makan.
DARUL FALAH CORNER, terletak di Teluk Gadong.
Itulah destinasi pertama CTZ.

Sesampai je CTZ kat pantai tu.
CTZ bukak laptop.
Lupe.. Report tak hantar lagi ke BOS.
Hehehehe.
Secara kebetulan, CTZ dapat la jumpe adik-adik CTZ.
Hadi, Kamarul, Azim, Din, Akif, Haziq..
Ni je yang sempat CTZ jumpe.
Depa ni tak perasan CTZ kat kedai tu.
Sebenarnya, memang tak mau depa perasan pun.

Sampai malam kot kat kedai tu. Duduk saja.
Orang muda kata LEPAK.
Che Lah bawak la CTZ balik ke Darul Falah.
Ni nama rumah mereka.
Alangkah tak terkatanya CTZ sebab ade Kak Fizah dengan Kak Muni.
Alumni UiTM. Dari Kuantan.
Semuanya tak disangka.
Macam dah plan, tapi sebenarnya tak.
Lepas tu, sahabat CTZ dari Shah Alam pun turun.
Maizatul Asida.

Hari Sabtu pagi, CTZ bersama yang lain makan roti canai kat kedai depan umah tu.
Sedap... Lama dah tak makan.
Pastu, CTZ bersama Che Lah, Kak Muni, Kak Radiah dan Mai pegi beli belah barabg-barang untuk Darul Falah Corner.



Ni bukti tau yang CTZ beli barang. Tak tipu...

 Sesi perbincangan tentang camne nak buat loan..

 Nak makan ape kak. Sini macam macam ada..

Nasi putih 4, tom yam campur 2, telur dadar 2, kailan ikan masin.. 
Takde menu lain.. Hehehe..

Tapi, terbaek la tom yam dia.. 
Mase ni, CTZ tengah lapar tahap tak tau nak habaq lagu mana dah.
Tengah syok tunggu order, kami pun berbual la jap.
Tiba-tiba, ade orang datang.. Alamak!!!
Kenapa la kami terjebak sekali.
Perut waktu tu dah nyanyi lagu DONDANG SAYANG.
Mintok maaf la awok-awok.
CTZ tak fokus dah dengor awaok-awok cakap.
Lapo sangat dah. CTZ makan dulu la.

Petangnya pulak, CTZ ngan kawan-kawan pi umah kawan.
Hehehe.. Tengok anak sedara baru. Comey betul la.
Bila la turn sendiri nak ada.. Hehee

 Ni la baby yang comey tu.. Nama dia DANISH ZARFAN

Rasa nak cubit-cubit jer... Haishhhhh...
Rasa nak cubit? Asal tak cubit je.
Kalau la ni baby CTZ, memang dah cubit. Hehehe
Seharian tak balik rumah. Merayap je.

Malam tu, CTZ buat Cheese Cake.
Dengan dibantu oleh Kak Muni dan Kak Fizah.
Tapi.. Kek tu tak jadi la.
Sedap.. Macam mane boleh tak jadi.
Hehehee.. Tak pe la.
Diorang kata sedap. Macam yogurt.

Siap buat kek, CTZ terlelap sambil dengar lagu Pengkisahan Rasulullah dalam Training ESQ.
Esok nak bangun pagi. Nak gi Kuala Berang.
Wat mende pulop dah..
Hehehehe.

Pukul 7.45 pagi, kami bertolak.
CTZ dengan kawan-kawan gi melawat ULFA..
Isterinya Fakhrul @ Mad.
Kami pi breakfast kat sana.
Bawak buah ngan Cheese Cake yang tak jadi tu.
Ulfa pregnant, alahan. So, dia makan buah je.
Tapi, hari kami pergi tu, dia makan la jugak kuih yang kami bawak.
Seronok tengok.
Tapi, yang CTZ paling suka, Cheese Cake CTZ tu dia makan.
Bahagia rasa. (^_^)"... Tak bagi pun kt Che Mad.
Tak pe la tak jadi pun.


Tak la lama kat situ.
Driver nak kena bukak kedai.
Sebelum balik, beli barang dulu..
Untuk kedai.




 Dan lagi posing dalam kedai

 Konon macam pemantau harga la tu..


 Kak Radiah tunjuk gapo la tu..




Time to santai-santai sebelum kami semua balik ke destinasi masing-masing....



Air kelapa memang wajib buat CTZ

Itu la perjalanan CTZ hujung minggu lalu.
CTZ sebenarnya, berat hati nak tinggalkan dungun.
Malas balik ke Damansara.
Malas nak pikir keje.
Sepanjang di Dungun memang tak ingat langsung pasal keje.
Bahagia..
Memang tak leh pisah ngan Dungun.
Ke, jodoh ngan orang Dungun. Hahahahaa
Ok la.. CTZ sampai Damansara jam 4.30 pagi.
Doakan CTZ boleh turun Dungun lagi..

*Nak katanya kat sini, Ukhuwah CTZ dengan sahabat-sahabat tu tak kan pernah putus.
Ukhuwah ni kita bina atas satu kepercayaan.
Atas satu tauhid.
Atas satu perjuangan.
Selagi Allah izinkan.
Selagi itu ukhuwah ini akan terus berkekalan.