Monday, April 18, 2011

GEMILANG memang GEMILANG

Assalamualaikum....






Impian yang kini menjadi satu harapan..


Wah, tak penah CTZ tengok drama melayu yang best cam GEMILANG ni.
CTZ memang tak penah miss la cite ni.
Kalau tak sempat tengok kt tv, TONTON kan ade.
Heheheee..

CTZ nak review siket pasal drama GEMILANG nih.
Bukan nak kritik. 
Sebab tak layak pun CTZ ni nak jadi pengkritik.
Kalau tayang kat TV lagi skali, memang CTZ tengok.
Sanggup.. Heheee


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.
Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Tu la sedikit sinopsis dari drama GEMILANG.
Ape yang CTZ suka dalam drama ni..
Pelbagai elemen diselitkan.
Ada suka, ada duka, ada kelakar.
Tapi tu tak penting.
Yang paling penting, banyak nilai yang boleh dikutip dalam drama ni.
Adanya nilai persahabatan.
Ada nilai kekeluargaan.
Percintaan, semangat, macam-macam nilai la yang boleh kita cari.

Bayangkan, susahnya ibu bapa kita dulu, pejuang anak bangsa kita dulu bersusah payah nak kasi ilmu.
Nak dapat ilmu pun susah.
Hanya yang punya azam yang kuat je mampu capai kejayaan.
Macam dalam drama GEMILANG tu,..
Semua pelajar CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG..
Dari yang tak pandai, jadi pandai..
Dari yang malas, jadi rajin..
Dari yang samseng, bila ada kesedaran, tak mustahil untuk jadi insan yang berguna.

Sebab tu la CTZ kata, cite ni best.
Okey lah, jom layan lagu tema GEMILANG...

No comments:

Post a Comment