Thursday, May 19, 2011

KITE PINJAM JE..

Kalau kita pinjam barang orang,kita wajib pulangkan semula.
Tak kira macam mana keadaannya pun, kalau tuan empunya barang sudah meminta hak nya kembali, kita wajib memulangkannya semula.
Walau sekecil habuk pun, jika ia bukan hak kita,kita tetap tak boleh ambil.
Sama juga dengan kehidupan, semua yang kita miliki adalah pinjaman sementara.
Nafas kita, pancaindera kita dan termasuklah jugalah insan-insan yang kita sayang.

Wednesday, May 18, 2011

INI KISAH AKU

Assalamualaikum....



Ini kisah aku..
Tak pernah aku harap kisah aku sama dengan kisah kamu.
Tak pernah aku mahu kamu hadir dalam hidup aku.
Tak pernah aku minta kamu kritik setiap pandangan aku.
Tak pernah aku risau kalau kamu tak peduli aku.
Tak pernah aku ingin nama aku di bibir kamu.

Ini kisah aku.
Perbuatan aku ikhlas aku zahirkan.
Kata-kata aku cermat aku tuturkan.
Langkah dalam hidupku perlahan aku susunkan.

Wednesday, May 11, 2011

CAYE DAH BESAR.... (^_^)"

Assalamualaikum....
Saya dah umur 23 tahun..
Saya macam tak caye la awak-awak semua..
Sebab saya rasa saya macam budak-budak..
Tak matured langsung..
Perangai apatah lagi.. Macam kanak-kanak ribena..
Walaupun saya tak minum air ribena. Hehehe..

Monday, May 9, 2011

YA ALLAH.. JIKA AKU JATUH CINTA...


CINTAKU HANYA UNTUKMU..




YA ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu,


YA RAHIM,
jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang,
yang hatinya tertaut padaMu,
agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..


YA RABBI,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripadaku.


YA RABBUL IZZATI,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalanMU..


YA RAHMAN,
jika aku menikmati cnta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan,
indahnya bermunajat kpdMu di sepertiga malam...


YA RABBUL JALIL,
jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,
jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan pnjang menyeru manusia padaMU


YA ALLAH,
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga mlupakn aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kpdMU.

Ameen...

SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI 2

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: 
"Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati.
"Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.
Al-Quran menyatakan, maksudnya: 

"Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110)


Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."


Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya. Berbeza dengan bukan Islam yang melihat kepada aspek fizikal semata-mata menunjangi kehidupan dan kerana itu, mereka tidak dapat melakukan penafsiran apabila jasad yang sihat kelihatan tidak bermaya dalam hidup.Pakar perubatan moden mungkin mampu memberikan rawatan kepada segala bentuk penyakit yang menimpa jasad, tetapi tidak mungkin dalam persoalan berkaitan hati bersifat rohani. Hatilah yang menjadikan hidup seseorang sejahtera atau sebaliknya. Kesihatannya memberi kesan kepada kesihatan jasmani seseorang. Begitulah juga sebaliknya, tetapi berapa ramai antara kita mempedulikannya?


Sebenarnya hati yang sejahtera ialah hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan. Hati yang sihat ada sifat sentiasa kembali kepada Allah, iaitu mereka yang mempunyai sifat al-khasyah, penyerahan kepada Allah, tawakal dan tazakkur (mengingati ayat Allah). Malah, hati yang sihat bersih daripada syirik dan segala bentuk penyembahan taghut serta bertakwa. Hati ini diterima Allah.Setiap individu tidak akan mengenal Allah jika tidak melalui hati, bahkan gagal mendekatkan diri kepada-Nya dan berjalan menuju-Nya. 


Anggota badan hanyalah pengikut dan tidak lebih sekadar khadam yang setia kepadanya.Hati jugalah yang menjadi punca kebahagiaan dan kekecewaan. Kebahagiaannya ialah dengan membersihkannya manakala kekecewaannya dengan memijak dan melumurinya dengan kekotoran.Seorang yang mengenali hati akan mengenal dirinya. Seorang jahil dengan hatinya akan jahil terhadap dirinya. Oleh itu, sesiapa yang jahil terhadap hati dan dirinya, akan jahil terhadap Tuhannya. 


Hati manusia seperti juga anggota fizikal, kesakitannya pelbagai tahap, dengan sesetengahnya di peringkat tenat, sehingga sukar diubati dan ada di peringkat sederhana yang senang dirawat.Antara penyakit hati dan tandanya ialah kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kerana semata-mata keingkaran, angkuh dan derhaka kepada hukum Allah, kesesatan, penyelewengan dan bidaah serta kemunafikan.Keraguan kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah, muwalah atau memberi kesetiaan kepada orang kafir, enggan dan berat hati untuk berjihad di jalan Allah, rakus kepada maksiat dan derhaka kepada perintah Allah.Hati yang sakit bersifat dengan sifat tercela seperti takbur, hasad dengki, riak, pemarah, bakhil, khianat, cintakan kedudukan dan harta, mengikut nafsu, buruk sangka dengan Allah, putus asa daripada rahmat Allah serta memusuhi dan membenci ulama yang soleh.


Pendek kata, hati diumpamakan seperti kaca diwarnai apa yang ada di dalam dan di sekelilingnya. Ia juga boleh diumpamakan bekas daripada kaca yang berwarna mengikut warna yang ada di dalamnya. Nabi s.a.w, dilaporkan bersabda maksudnya: "Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan."Iman di dalamnya diumpamakan seperti sayur (kubis) yang mengandungi bahan air yang baik dan kemunafikan pula diumpamakan seperti pekung yang mengandungi air nanah. Mana-mana antara kedua-dua bahan ini yang lebih mengatasi, itulah yang menguasai (hati)nya."

SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI

Hati.. 
Bukan macam bola..
Boleh sepak-sepak..
Bukan macam mainan, bila rosak.. ganti..
Bukan jugak macam kain..
Kalau kotor boleh ganti..

Tapi..
Hati macam kaca.. 
Kalau pecah, tak boleh balik pada asal..
Hati macam kapas..
Dah kotor, tak boleh putih balik..
Hati macam daun..
Kalau gugur.. kering, jadi kuning.. 
Takkan terus hijau..



DESTINASI CINTA - MESTICA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Yaaa Ilahi Rabbi

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku Ya Allah


Ya Allah, jagalah hatiku..
Tundukkan hatiku dari cinta dunia.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui hati-hati hambaMu..