Wednesday, May 18, 2011

INI KISAH AKU

Assalamualaikum....



Ini kisah aku..
Tak pernah aku harap kisah aku sama dengan kisah kamu.
Tak pernah aku mahu kamu hadir dalam hidup aku.
Tak pernah aku minta kamu kritik setiap pandangan aku.
Tak pernah aku risau kalau kamu tak peduli aku.
Tak pernah aku ingin nama aku di bibir kamu.

Ini kisah aku.
Perbuatan aku ikhlas aku zahirkan.
Kata-kata aku cermat aku tuturkan.
Langkah dalam hidupku perlahan aku susunkan.



Ini kisah aku.
Diam bisu ku bukan aku tak tahu.
Diam bisu ku bukan aku mahu.
Diam bisu ku bukan aku malu.
Diam bisu ku bukan aku takut.

Ini kisah aku.
Aku bisu hanya dengan kamu.
Aku bisu hanya pada mereka yang tak mampu berpijak di bumi yang nyata.
Diam dan bisu aku hanya untuk mereka yang tak mahu setuju dengan aku.
Diam dan bisu aku hanya untuk mereka yang tak mahu beri peluang pada aku.
Aku bisu dengan mereka yang laungnya gah di dalam fantasi hidupnya.

Ini kisah aku.
Aku akan terus membisu.
Membisu dengan manusia yang tak mahu aku bersuara.
Hanya tulisan luahan aku.
Hanya yang mengerti akan bersetuju.
Tapi, tak perlu kau kata kau setuju.
Kerana itu akan membuat aku layu.

Ini kisah aku.
Ini medan luahan aku.
Jangan harap mereka bisa halang aku.
Tak perlu aku berpaut pada mereka.
Mereka hanya penipu.
Tutur mereka dusta.

Ini kisah aku.
Akan tiba masa.
Langkahku akan berhenti.
Bukan lagi dengan mereka.
Kerana aku makin layu.
Dengan sandiwara ciptaan mereka.

Ini kisah aku.
Hanya KAU yang tahu.
Hanya KAU yang mahu.
Hanya KAU yang tentukan kisah aku.
Hanya KAU tempat aku berharap.
Bukan lagi pada mereka.
KAU kuatkanlah aku untuk aku terus melangkah.
KAU sabarkan aku seketika untuk aku hidup dengan mereka.

Untuk kali ini.
Demi kisah aku.
Aku berserah.
Ya ALLAH, hanya KAU tempat aku mengadu......

No comments:

Post a Comment