Thursday, May 19, 2011

KITE PINJAM JE..

Kalau kita pinjam barang orang,kita wajib pulangkan semula.
Tak kira macam mana keadaannya pun, kalau tuan empunya barang sudah meminta hak nya kembali, kita wajib memulangkannya semula.
Walau sekecil habuk pun, jika ia bukan hak kita,kita tetap tak boleh ambil.
Sama juga dengan kehidupan, semua yang kita miliki adalah pinjaman sementara.
Nafas kita, pancaindera kita dan termasuklah jugalah insan-insan yang kita sayang.


Bila waktu itu telah tiba,siapa kita mahu menghalangnya? 

Kita tak punya kuasa untuk menghalang.
Tidak ada kompromi dan tidak ada peluang.
Tapi soalnya,seberapa mampu kita menerima hakikat itu? 
Sedih dan sakitkan?

Diandaikan kau meminjam sesuatu dari seseorang.

Yang kau sayang yang kau jaga dengan baik.
Dan bila sampai waktu itu,pemiliknya minta ia kembali untuk tunaikan janjinya sebelum ia dipinjamkan dulu.
Dan pada masa itu kau tak pernah terfikir dan tak pernah terjangka yang pemiliknya akan meminta ia dari kau lebih awal dari apa yang kau jangkakan.
Bersediakah kau pada masa itu?


Semua yang kita ada kita pinjam..
Sama seperti aku. 
Apa yang aku ada kini harus aku pulangkan bila tiba masanya nanti.
Walau pedih, walau sakit.. 
Itu bukan hak aku. 
Aku pinjam je...
Aku harus bersedia.
Dan aku bersedia.


Ingatlah.. Setiap apa yang kita ada bukan milik kita.
Jangan kita bermegah dengan apa yang kita ada.
Jangan kita terlalu sayang dengan apa yang kita punya.
Kerana bila hilang ia akan membunuh kita.
Sesungguhnya, cinta dan sayang itu untuk Allah.
Kerana Allah yang memberi apa yang kita sayang itu.


"Ya Allah, angkatlah sakit ayahku.. Kuatkan semangatnya dalam ujian itu.." Ameen Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment