Sunday, June 19, 2011

SYUKURLAH

Assalamualaikum....
Alhamdulillah.

Masih diberi izin oleh Nya untuk terus bernafas.
Untuk merasai sedikit lebih nikmat Allah.
Tak terasa nikmat ini hanya pinjaman.
Dek kerana lalai untuk bersyukur. 
Hidup kian lupa pada masa lalu.
Menjadikan diri semakin jauh mencintai Yang Satu.
Diri yang baru untuk menyemai benih cinta pada Nya kini sudah alpa.
Menjadikan alasan SIBUK untuk terus JAUH.


Namun, Dia tak pernah tinggalkan diri ini.
Walau jauh telah ku lari, makin dekat Dia menghampiri.
Halus Dia menghembuskan benih cinta.
Rasa damai mula menyapa. 
Tak mahu hilang lagi rasa cinta ini.
Akan aku suburkan dengan ayat-ayat cinta.
Insya Allah..

Alamak!! Terkeluar ayat-ayat puitis dan dramatis pulak.
Tak terniat pun nak ayat-ayat jiwang nih.
Lagi pun tak pandai nak jiwang-jiwang pun.

Aku sebenarnya nak bagi tahu kat korang yang Allah tu tak pernah lupa kan kita.
Kita je yang selalu lupakan Allah.

Jangan pernah lupakan ALLAH, dari DIA kita datang kepada DIA juga kita akan kembali...
Tuhan tidak pernah memberitahu tentang sepuluh langkah ke depan yang akan kita lewati, tapi satu yang pasti bahawa Dia menuntun kita langkah demi langkah, sampai kita berhasil melalui langkah ke sepuluh.
Wallahualam..

1 comment:

  1. waaa..sy sgt kagum dgn gaye penulisan anda...=)

    ReplyDelete