Tuesday, July 26, 2011

ANDAI KU PERGI


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Sunday, July 24, 2011

LANGKAH TERCIPTA




Semalam aku kelukaan, 

kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum...

Dalam penulisan aku semuanya tak transparent.
Aku lebih selesa begini.
Biar apa orang kata. Ini aku, ZURAIDAH.

Ape la aku merepek tu kan. Hahaa..
Alhamdulillah, sepanjang GRAND EVENT KL 59 ni, banyak cerita yang aku dapat.
Cerita PANAS kedai kopi... Hehehe..
Bukan cerita panas apa. Sekadar perkongsian pengalaman.
Yang orang lain tak boleh nak ceritakan.
Org yang bercerita je tahu apa yang mereka rasa.
Jadi, aku ni suka memendam rasa ni sekurang-kurangnya dah punya teman utk aku kongsi rasa yang selama ni aku simpan.
Mereka punya rasa seperti aku.
Mereka punya perasaan seperti aku.
Rupanya aku tak sendirian.
Aku tak harapkan org yang dekat dengan aku untuk aku kongsi.
Lebih senang dengan mereka yang jauh.
Rupanya mereka faham...

Aku ada keinginan..
Banyak wish tu...
Aku harap semuanya tercapai.
Sebab aku dah tak mampu nak tanggung.
Hidup dengan mereka yang ala-ala hebat.
Tapi hakikatnya... Korang pikir la sendiri.. Hehehe

Aku nak cari kekuatan.
Mulai hari ini aku kena capai impian aku.
First skali akau nak smbung stadi beb..
Itu harapan aku.
Kalau la aku ni PENTINGKAN DIRI SENDIRI sebelum ni, aku rasa aku dah tak duduk kat sini.
Sebab aku ni baik sangat, sibuk nak fikir pasal orang lain, aku pun tinggalkan impian aku tu berlalu.
Aku dah taknak jadi org baik.
Aku nak pentingkan diri aku sendiri.
Org lain tak fikir pun pasal aku.
So, lepas ni kalau org lain nak halang, aku sibuk ape nak pikir.
Buat tak tau je. Boleh la kan....

So, lepas ni kalau ade yang nak halang, aku nak mintak jaminan je la kan..
Bape juta dia boleh bagi aku.
Banyak mana bahagia dia boleh hulur kat aku..
Bape banyak ikhlas dia boleh sampaikan kat aku..
Kalau tu sume buat aku 'SAKIT', takyah ade hati la nak halang aku.

Ape pun, aku tetap akan terus BERAHSIA..
Buat ape nk bagi tau semua org...
RAHSIA aku biar aku yang tahu..
Kalau nak tahu, korang kena la bg banyak juta seket kat aku..
Aku mmg la materialistik yang sangat banyak..
Ok la,, bukan korang paham ape aku merepek..
Memang tak nak suh korang faham.

Thursday, July 14, 2011

KATA AKU


Aku jadi puitis
Hanya bila aku tak keruan
Puitis itu bukan lagi makanan aku
Bicara yang telah ku susun bergelimpangan lari
Malu dengan susunan bicara mereka
Sebab puitis itu untuk aku
Bicara aku susun penuh metafora
Hiperbola itu pelengkap ayatku
Kian hari, diksi aku berkurang lagi
Matahari, bulan, bintang tak lagi punya personafikasi
Otakku, jiwaku tak mahu lagi bicara puitis
Aku tinggalkan dunia itu
Metafora, hiperbola, diksi dan personafikasi
Mampu wujudkan satu imaginasi
Aku indah dalam gaya bahasa...

*Lalalaalaaa.. Melalut lagi (-_-)"

Tuesday, July 12, 2011

KEK BATIK MEMANG SEDAP

Oh, tajuk saje aku letak.
Entry kali ni takde kaitan langsung dengan kek batik ye. Hehehe..
Tapi, semalam buat kek batik, hari ni bawak pi ofis..
Sedap kah? Hadap je la ye...


Assalamualaikum...
Dah lama aku tak mengupdate belog. 
Hari ini, aku nak hapdet sket..
Aku keje kat ESQ Leadership Training.
Tiap-tiap bulan ade training. 
So, bila ade training, kena la cari crowd kan..
Ha.. Ni, aku nak promote sket.
Sebelum tu, aku bagi detail dulu...

Tarikhnye: 22- 24 July 2011
Tempatnye: Flamingo by The Lake Ampang
Umur yang sesuai: 18 tahun ke atas
Trainer import: Dr. Ary Ginanjar Agustian

Harga biasa-biasa: RM 1380
Ade PROMOTION sket
Bayar SEBELUM 15 Julai ni, dapat 5% DISKAUN, jadi la RM 1311

Kali ni nye training special sket. 
Sebabnye, Pengasas ESQ ni sendiri yang akan bagi modul nih.
Setahun sekal je dia conduct training Basic ni kat Malaysia.

Harga? Korang kata mahal?
Ape la sangat kalau nak di bandingkan dengan iPad kan.. 
iPhone ke.. hehe. By the way, harga ni xde la mahal kalau nk dibandingkan dengan Stephen Covey nye training. 
Nak dibandingkan dengan ade la training lain yg mencecah beribi-ribu lagi mahal dari training ESQ.
Gua gerenti la beb, tak nyesal la join training ni.
Lain beb dari yang lain. 
Pelaburan sekali seumur hidup..
Bayar 1380 kali ni, pasni boleh masuk training ni berkali-kali. Tak yah bayar k..

Jangan risau dari segi keharaman dan kehalalannya..
Dh dapat green light dari mereka ni semua..
Panel Syariah ESQ, Majlis Fatwa Kebangsaan, 
Majlis Ulama Indonesia...

Mane company yang nak hantar tu, atau mane yg keje ofis la..
Boleh claim HRDF ye..

So, bertindak sekarang!!! 














Kalau ape-ape nak tanya, nak daftar jadi peserta terus ke, bagi tau je aku ye.
Tinggalkan comment..
tak try tak tau.. daaa...