Wednesday, August 31, 2011

DIAM & BISU & AKU

Assalamualaikum..

Dah lama jugak tak hapdet blog ni. Rindu nak bercerita. Tapi, dek kerana mood yang sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling membuatkan aku terhenti untuk berkongsi. Semenjak dua menjek, tiga menjak, empat menjak dan bermenjak menjak ni, aku jadi makin diam di ofis. Punca yang aku sendiri tidak tahu. Barangkali aku cukup tahu dengan puncanya, tapi hati menfikan kerana mahu sekali aku lupakan apa yang bermain di minda dan fikiran aku. Aku jadi diam, bisu.

Maafkan andai ada yang terasa. Bukan niatku, tapi, mgkin juga terniat..

Aku pasti, aku diam dan bisu kerana aku sudah bosan. Saban hari, terasa benar diri ini sendirian. Tak punya teman sebagai penguat. Tak ada yang benar-benar memberi semangat. Benar, teman dikala gembira itu ramai, tapi teman untuk kita kongsikan suka, duka, rahsia.. Bukan mudah. Mungkin tiada. Tapi, itu bukan harapan aku. Bukanlah aku mahukan teman sebegitu. Kerana aku tahu, layaknya aku tidak sampai di situ.

Allah tak pernah tinggalkan aku. Aku diam dan bisu hanya untuk mereka yang disekelilingku. Yang tak memahami aku. Tapi, aku takkan pernah diam untuk terus bercerita dan meminta dengan Yang Maha Mengetahui.. Dia tahu segalanya tentang aku. Dalam doaku ''Ya Allah, tunjukkan aku yang benar.. Tuntun langkah kaki ku agar aku terus kuat dan tabah. Kau Yang Maha Mengetahui segala isi hati ku..''

Sunday, August 7, 2011

DIA TETAMU SAYA

Assalamualaikum...

Lepas solat subuh tadi, siap ngaji sikit, tetibe teringat nak tulis pasal ni. Malu pun ade gak sebenarnye ni nak cite. (Muka dah ade sikit blushing.. =.="). Ye la, mane taknye.. Tetamu kali ni memang tak sangka.

Dia datang rumah. Tah ape dia buat datang umah aku pun aku tak tau. Aku pun tak tau asal cite ni kat mane. Hahaha.. Yang aku tau, dia dah ade je kat rumah aku. Memang ade satu bilik untuk dia la. Almaklumlah, rumah takde orang. Tinggal mak ngan abah je kat umah tu. So, banyak la bilik kosong kan. Lupe lak nak bagi tahu.. Tetamu aku ni lelaki tau.. (Lelaki ini yang selalu memuja mu.. ~ dibaca dengan nada dan gaya sebenar Anuar Zain) hikhikhik.. Nama dia? Ala tak syok la.. Jap lagi la aku bgtau nama dia. Orang nak buat suspen suspek nih.. Aku agak teruja jgk la dia datang umah kan. Sungguh baik budi pekerti dia. Sangat menjaga adab dan tatasusila. Haishh...

Nak dijadikan cerita.. Hahhaa.. (Tibe-tibe.. ~ Kronologi tak lengkap) Mase tu aku nak solat Zohor la tak silap aku. Aku ni pun sengal tahap level atas skali la kan, aku pi la masuk bilik si tetamu aku tadi tu. Nak solat la ni. Penuh insaf, ade sikit tawaduk, bawak mood khusyuk sikit la kan.. Mane la aku perasan aku masuk bilik orang. Yang pi bagi bilik tu apesal? Bilik aku slalu lepak kot. Tak ape la. Nasib baik la aku masuk tu, si mamat tu takde. Aku pun dengan penuh iltizam, solat la. Selesai solat, tibe-tibe aku nampak ade buku catatan dengan sebatang pen depan aku. Aik, mase masuk, bentang sejadah tadi takde pulak ko nampak cik zuraidah? Dah namanye cerita aku, suka ati kau la nak nampak ke tak.. Hahaha.

Aku pun dengan penuh suspicious dan confiucious (konfiden giler mengeja~macam betul je.. layan je la) bukak la buku tu. Alangkah terkejutnya aku, ade satu puisi.. Sampai abis aku baca sambil terlopong kot. Ternganga aku baca puisi tu. Giler puitis la mamat tu. Memang kot. aku baca blog dia pun naik meremang bulu roma semua tegak kot berdiri. Bayangkan, setiap rangkap puisi tu ade nama aku, SITI ZURAIDAH.. (>.<)" ~ blushing lagi.. (malu... 0.-) Aku tak mau bangun dari tikar sejadah tu sebab terlalu terpana.. Hahaha. Tengah aku macam terlopong tu kan, masuk la mamat tu dalam bilik. Dia pun macam terkejut ala-ala manja gitu.. Aku memandang dia dengan penuh pengertian.. Dalam hati aku menjerit "why me?".. Dia dengan muka tak bersalah senyum kat aku. Aku pun dengan muka yang merah, agak malu senyum balik kat dia..

Korang nak tau tak sape mamat tu? Kenape la si Zuraidah ni teruga sangat. Dia la ZAHIRIL AZIM (ala, yang berlakon dalam cite JUVANA tu, Si Daim tu la).  10 kali malu.... (=.=) Macam tu la cite dia. Pastu aku dah tak tau ape jadi. Sebab aku mimpi je tu. Aku dah terjaga nak bangun sahur. Hehehe.

Tu je cite dia? Tu pun nak happy sangat ke? Tak berba;oi la cik zuraidah oii.. Mesti korang cakap camtu kan?

Itu baru mimpikan pelakon. Aku nak cakap kat sini, bayangkan kalau ZAHIRIL AZIM tu digantikan dengan RASULULLAH. Kalau kekasih ALLAH tu datang dalam mimpi kita. Aku rasa, kalau RASULULLAH yang datang, aku tak mau bangun. Aku nak lama-lama dalam mimpi tu. Kalau boleh biar lama  aku dapat tatap wajah suci dia. Biar lama dapat aku hayati senyum manis dia. Kalau mampu, aku nak dengar RASULULLAH sebut nama aku. Sekali pun tak apa dah. Aku harap.. Ini salah satu impian aku. Nak bertemu RASULULLAH. Walau seminit, ingin sekali aku tatap wajahnya. Ingin sekali tanpa berkedip kelopak mata. Sebab mungkin kalau aku tutup mata, sekali berkedip mata, RASULULLAH hilang dari pandangan aku.

Siapa la aku nak bermimpikan RASULULLAH. Dosa melangit, iman nipis cam kulit bawang.. :(

Friday, August 5, 2011

TERAWIH ~ NGANTUK.. SAY NO!!!

Assalamualaikum..

Yabedabeduuuuu.. Saya datang lagi dengan impian saya hari ni.
Bila kita terawihkan, mesti ade sikit-sikit rasa ngantuk. Ngape ye? Asyik menguap je.. (Ye, saya mengaku.. Memang saya begitu.. heheh.. (>.<) Kadang-kadang tu kan, rasa macam nak tumbang je bile tengah solat tu. Rasenye dah tak ade yang duk bertenggek kat mata ni. :P

So, impian saya hari ni semoga saya bila terawih nanti, saya tak la rasa mengantuk. Lebih khusyuk ade la kot nanti. Tapi kan, mujur la Pak Imam kat masjid yang saya pegi ni tak la baca terlalu panjang dan mendayu. Sedap-sedap dengar je. Tu yang tak jadi nak tutup mata masa solat terawih. Hehehee..



Sebenarnye kan, Pak Imam tu salah satu faktor jugak untuk saya tidak mengantuk. Kalau dia baca best, mane boleh nak ngantuk. Kita pun boleh follow ape dia baca. Clear dan jelas pembacaanya.. Lagi satu faktor, tempat. Alamak.. Kalau ramai sangat pun tak jadi jugak. Ade je can nak lelap.. Maklum la dah ramai. buleh je nak menyuruk.. Kikiki.. Cik zuraidah tak penah buat ye.. Jangan persepsi.. Ni yang paling utama. Makan banyak mase berbuka. Bila perut dah penuh, tak tahan dah la mata nak bukak lagi. Nasib baik la cik zuraidah tak makan berat mase berbuka. Cukup kurma 3 biji.. Air segelas.. Pastu lepas terawih nak makan banyak mane, hadap la ye. :)

BALIK KEJE...

Assalamualaikum....

Ini impian saya semalam.. Hehee.. Best tak impian saya? Nampak cam ape la impian saya ni kan.. Tapi, korang-korang semua tak tahu. Bukan senang tau nak balik tepat 5.00 petang ni. Ade je halangan tak bagi saya balik. Saya tak nak la asyik kelija aja.. Kalau asyik kelija, badan pun penat ma. Talak boleh pikir lagi. (Aiyoo.. ngape teruk sangat bahasa kamu ni cik zuraidah... hehhe).

Ok, kembali normal ye. Jangan nak pelat sangat. Nak tau tak impian saye semalam tu tercapai ke tak. Mesti la tak tercapai. Dah lewat 15 minit. Tapi xpe, still boleh balik awal. Mungkin next time pasti awal. Maklum la bulan puasa ni kalau boleh nak kejar pahala lebih sikit. Nak baca quran tu biar la lebih page sikit. Ini hari-hari biasa satu page pun belum tentu. (Ya Allah, bukakanlah pintu hati cik zuraidah ni agar dia rajin sikit baca Quran.. Ameen) heheehe.. Ni la masa nak shoot pahala lebih.

(ha.. project management on time... after 5 is not working hour ye)

So, cik zuraidah akan pastikan tak ade yang menghalang. Chewaah.. (Ape pun, tak boleh la nak halang kuasa BESAR kan.. ALLAH punya kuasa.)

Ok la. Nak buat entry baru pulak untuk impian seterusnye.. :)

Wednesday, August 3, 2011

1001 IMPIAN


Assalamualaikum...

Rasanye tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan buat semua.
Walaupun hari ni baru hari ketiga kira berpuasa, tapi aku yakin...
Puasa ni tak lama buat kita.
Bak kata boss aku, "puasa ni di hujung mata saya".
Pejam celik, pejam celik... Dah raya.
Bukanlah aku tak sabar nak sambut raya.
Tapi, bulan yang penuh BARAKAH ini hanya sekejap.
Sebulan bukan masa yang lama.
Dalam bulan inilah ramai yang berlumba untuk kejar pahala.
Tak kurang yang tak buat apa-apa.
Anggap puasa ini hanyalah untuk tahan lapar dan dahaga.
Bukankah itu satu kerugian buat kita?
Bayangkan..
Dalam bulan Ramadhan ni, pintu syurga Allah bukak luas-luasnya.
Pintu neraka of course la Allah tutup.
Semua azab kubur Allah hentikan.
Mana-mana syaitan yang syok kacau kita pada bulan-bulan biasa tu dah dirantai.
So, takde yang nak ganggu kita buat ibadah.
Takde yang nak ganggu kita buat baik.
Pahala ibadah akan digandakan sehingga 70 berganda ganda..
70 tu... Bukan 1, bukan 2.. Banyak..
So, harapnye kita tak sia-siakan bulan yang sekejap ni.
Tak lama, sebulan je. Kumpul la sebanyak mungkin.
Carilah malam yang paling terbaik..
Malam Lailatul Qadar..
Ok.. Kita sama-sama make sure bulan ni paling best dalam banyak-banyak bulan.. (^_^)"

Dah la ye membebel...
Aku pasti, korang mesti ade impian kan?
Aku pun ade... Banyak..
Ok, actually, start hari ni, aku nak ade satu hari, satu impian.
Aku nak tulis everyday.
Mane la tau, aku tulis tu, ade pulak yang mendoakan..
Ape yang aku merapu kat atas tu impian aku yang pertama...
Tolong doakan impian saya ye..
Terima kasih..
Esok saya akn tulis impian kedua saya..
Saya akan pastikan 1001 impian tertulis dalam belog saya ni.. :)