Wednesday, August 3, 2011

1001 IMPIAN


Assalamualaikum...

Rasanye tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan buat semua.
Walaupun hari ni baru hari ketiga kira berpuasa, tapi aku yakin...
Puasa ni tak lama buat kita.
Bak kata boss aku, "puasa ni di hujung mata saya".
Pejam celik, pejam celik... Dah raya.
Bukanlah aku tak sabar nak sambut raya.
Tapi, bulan yang penuh BARAKAH ini hanya sekejap.
Sebulan bukan masa yang lama.
Dalam bulan inilah ramai yang berlumba untuk kejar pahala.
Tak kurang yang tak buat apa-apa.
Anggap puasa ini hanyalah untuk tahan lapar dan dahaga.
Bukankah itu satu kerugian buat kita?
Bayangkan..
Dalam bulan Ramadhan ni, pintu syurga Allah bukak luas-luasnya.
Pintu neraka of course la Allah tutup.
Semua azab kubur Allah hentikan.
Mana-mana syaitan yang syok kacau kita pada bulan-bulan biasa tu dah dirantai.
So, takde yang nak ganggu kita buat ibadah.
Takde yang nak ganggu kita buat baik.
Pahala ibadah akan digandakan sehingga 70 berganda ganda..
70 tu... Bukan 1, bukan 2.. Banyak..
So, harapnye kita tak sia-siakan bulan yang sekejap ni.
Tak lama, sebulan je. Kumpul la sebanyak mungkin.
Carilah malam yang paling terbaik..
Malam Lailatul Qadar..
Ok.. Kita sama-sama make sure bulan ni paling best dalam banyak-banyak bulan.. (^_^)"

Dah la ye membebel...
Aku pasti, korang mesti ade impian kan?
Aku pun ade... Banyak..
Ok, actually, start hari ni, aku nak ade satu hari, satu impian.
Aku nak tulis everyday.
Mane la tau, aku tulis tu, ade pulak yang mendoakan..
Ape yang aku merapu kat atas tu impian aku yang pertama...
Tolong doakan impian saya ye..
Terima kasih..
Esok saya akn tulis impian kedua saya..
Saya akan pastikan 1001 impian tertulis dalam belog saya ni.. :)

No comments:

Post a Comment