Wednesday, August 31, 2011

DIAM & BISU & AKU

Assalamualaikum..

Dah lama jugak tak hapdet blog ni. Rindu nak bercerita. Tapi, dek kerana mood yang sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling membuatkan aku terhenti untuk berkongsi. Semenjak dua menjek, tiga menjak, empat menjak dan bermenjak menjak ni, aku jadi makin diam di ofis. Punca yang aku sendiri tidak tahu. Barangkali aku cukup tahu dengan puncanya, tapi hati menfikan kerana mahu sekali aku lupakan apa yang bermain di minda dan fikiran aku. Aku jadi diam, bisu.

Maafkan andai ada yang terasa. Bukan niatku, tapi, mgkin juga terniat..

Aku pasti, aku diam dan bisu kerana aku sudah bosan. Saban hari, terasa benar diri ini sendirian. Tak punya teman sebagai penguat. Tak ada yang benar-benar memberi semangat. Benar, teman dikala gembira itu ramai, tapi teman untuk kita kongsikan suka, duka, rahsia.. Bukan mudah. Mungkin tiada. Tapi, itu bukan harapan aku. Bukanlah aku mahukan teman sebegitu. Kerana aku tahu, layaknya aku tidak sampai di situ.

Allah tak pernah tinggalkan aku. Aku diam dan bisu hanya untuk mereka yang disekelilingku. Yang tak memahami aku. Tapi, aku takkan pernah diam untuk terus bercerita dan meminta dengan Yang Maha Mengetahui.. Dia tahu segalanya tentang aku. Dalam doaku ''Ya Allah, tunjukkan aku yang benar.. Tuntun langkah kaki ku agar aku terus kuat dan tabah. Kau Yang Maha Mengetahui segala isi hati ku..''

3 comments: