Sunday, August 7, 2011

DIA TETAMU SAYA

Assalamualaikum...

Lepas solat subuh tadi, siap ngaji sikit, tetibe teringat nak tulis pasal ni. Malu pun ade gak sebenarnye ni nak cite. (Muka dah ade sikit blushing.. =.="). Ye la, mane taknye.. Tetamu kali ni memang tak sangka.

Dia datang rumah. Tah ape dia buat datang umah aku pun aku tak tau. Aku pun tak tau asal cite ni kat mane. Hahaha.. Yang aku tau, dia dah ade je kat rumah aku. Memang ade satu bilik untuk dia la. Almaklumlah, rumah takde orang. Tinggal mak ngan abah je kat umah tu. So, banyak la bilik kosong kan. Lupe lak nak bagi tahu.. Tetamu aku ni lelaki tau.. (Lelaki ini yang selalu memuja mu.. ~ dibaca dengan nada dan gaya sebenar Anuar Zain) hikhikhik.. Nama dia? Ala tak syok la.. Jap lagi la aku bgtau nama dia. Orang nak buat suspen suspek nih.. Aku agak teruja jgk la dia datang umah kan. Sungguh baik budi pekerti dia. Sangat menjaga adab dan tatasusila. Haishh...

Nak dijadikan cerita.. Hahhaa.. (Tibe-tibe.. ~ Kronologi tak lengkap) Mase tu aku nak solat Zohor la tak silap aku. Aku ni pun sengal tahap level atas skali la kan, aku pi la masuk bilik si tetamu aku tadi tu. Nak solat la ni. Penuh insaf, ade sikit tawaduk, bawak mood khusyuk sikit la kan.. Mane la aku perasan aku masuk bilik orang. Yang pi bagi bilik tu apesal? Bilik aku slalu lepak kot. Tak ape la. Nasib baik la aku masuk tu, si mamat tu takde. Aku pun dengan penuh iltizam, solat la. Selesai solat, tibe-tibe aku nampak ade buku catatan dengan sebatang pen depan aku. Aik, mase masuk, bentang sejadah tadi takde pulak ko nampak cik zuraidah? Dah namanye cerita aku, suka ati kau la nak nampak ke tak.. Hahaha.

Aku pun dengan penuh suspicious dan confiucious (konfiden giler mengeja~macam betul je.. layan je la) bukak la buku tu. Alangkah terkejutnya aku, ade satu puisi.. Sampai abis aku baca sambil terlopong kot. Ternganga aku baca puisi tu. Giler puitis la mamat tu. Memang kot. aku baca blog dia pun naik meremang bulu roma semua tegak kot berdiri. Bayangkan, setiap rangkap puisi tu ade nama aku, SITI ZURAIDAH.. (>.<)" ~ blushing lagi.. (malu... 0.-) Aku tak mau bangun dari tikar sejadah tu sebab terlalu terpana.. Hahaha. Tengah aku macam terlopong tu kan, masuk la mamat tu dalam bilik. Dia pun macam terkejut ala-ala manja gitu.. Aku memandang dia dengan penuh pengertian.. Dalam hati aku menjerit "why me?".. Dia dengan muka tak bersalah senyum kat aku. Aku pun dengan muka yang merah, agak malu senyum balik kat dia..

Korang nak tau tak sape mamat tu? Kenape la si Zuraidah ni teruga sangat. Dia la ZAHIRIL AZIM (ala, yang berlakon dalam cite JUVANA tu, Si Daim tu la).  10 kali malu.... (=.=) Macam tu la cite dia. Pastu aku dah tak tau ape jadi. Sebab aku mimpi je tu. Aku dah terjaga nak bangun sahur. Hehehe.

Tu je cite dia? Tu pun nak happy sangat ke? Tak berba;oi la cik zuraidah oii.. Mesti korang cakap camtu kan?

Itu baru mimpikan pelakon. Aku nak cakap kat sini, bayangkan kalau ZAHIRIL AZIM tu digantikan dengan RASULULLAH. Kalau kekasih ALLAH tu datang dalam mimpi kita. Aku rasa, kalau RASULULLAH yang datang, aku tak mau bangun. Aku nak lama-lama dalam mimpi tu. Kalau boleh biar lama  aku dapat tatap wajah suci dia. Biar lama dapat aku hayati senyum manis dia. Kalau mampu, aku nak dengar RASULULLAH sebut nama aku. Sekali pun tak apa dah. Aku harap.. Ini salah satu impian aku. Nak bertemu RASULULLAH. Walau seminit, ingin sekali aku tatap wajahnya. Ingin sekali tanpa berkedip kelopak mata. Sebab mungkin kalau aku tutup mata, sekali berkedip mata, RASULULLAH hilang dari pandangan aku.

Siapa la aku nak bermimpikan RASULULLAH. Dosa melangit, iman nipis cam kulit bawang.. :(

4 comments:

  1. haha amboi.. org da dok layan baik punye tibe...tibe...

    ReplyDelete
  2. pica, akk memamg sengal. lagi2 bile korang2 takde kan. nak mengubat luka lara ni nak la kena sengal lebih sikit.. hahhaa

    ReplyDelete
  3. tini.. nak buat camne.. dh mimpi tu cenggitu.. hahhaa.. nak je smbung balik mimpi tu. mane tau kawen ngan dia ke.. hohohoho..

    ReplyDelete