Wednesday, September 28, 2011

RIBENA OH RIBENA

Assalamualaikum...

Air ribena... Emmmm.. Sedap.. Bayangkan, air ribena yang sangat sejuk dan segar rasanye.

Ape mimpi si zuraidah ni sebut air ribena nih! Untuk pengetahuan kalian semua, zuraidah tak gemar la air ribena ni. Yang dia reti dan sangat suka minum, air kosong. Atau nama commercialnye, sky juice.. Apa la zuraidah ni xde selera langsung minum air kosong.

Aik, abih, suka ati aku la nak minum air ape pun!!


Hari tu, pi umah kak oyen ngan fairuz. Diorang siapkan makan malam untuk kami. Yang best tu, air ribena. Aku memang la x minum air tu. Tengok pun da tau tu ribena. Takpe la, nanti aku nak air aku pi amik sendiri la kat dapur. Almaklum la, aku memang suka buat rumah orang macam rumah aku. Ok pe.. Tak malu, tak segan. Hehehe. Tapi, tibe-tibe, tengah aku makan tu, tersedak la pulak.. Terpaksa la aku capai air ribena tu. Itulah kali pertama aku minum air ribena.

Ya Allah, ketinggalan zaman nye kau zuraidah.. Ngeee...

p/s : entry ni dibuat hanya nak bagi tahu, aku tak minum air ribena. Air feberet aku cumalah air kosong. Kalau ye pun nak bagi aku air best, bagi air teh ngan sirap sudah.. (Nampak sangat selera orang kampung!!!)

Thursday, September 22, 2011

RINDUNYA PADA KALIAN

Assalamualaikum...

Selesai solat Isyak baru je kejap tadi, tiba-tiba air mata aku deras betul mengalir. Macam air terjun. Tiba-tiba je rasa rindu pada sahabat-sahabat semasa di UiTM dulu. Satu-satu wajah mereka muncul dalam benak fikiran aku yang dah hampir mula melupakan semua kenangan dan memori (tak ke same tu?)

Paling aku rindu, sahabat-sahabat VILLA JANNAH. Takkan jumpe mereka lagi di tempat lain. Kenangan bersama diorang sangat lah tak mampu untuk aku terus lupakan. Ilmu yang kami kongsikan bersama, mehnah ditempuh, gelak tawa, tangis sendu, semua di kongsi sama-sama. Kalau ada rajuk pun, tak sempat nak pujuk. Sebab tak lama. Sikap dan akhlak mereka lah yang buatkan aku cukup rindu pada mereka.

Diorang bukan lah sapa-sapa.. Bukan org kaya.. Tapi, mereka istimewa. Sangat istimewa dalam hati aku.


Kak Radiah. Orang nye sangat ceria. Tak pernah tunjuk sedih, tak pernah tunjuk masalah. All is well.. Kecik molek orangnye. Suka ketawa. Masak memang bagi kat dia.. Macam chef dah. Cakap je nak makan ape.. Dialah kakak aku kat VILLA JANNAH.. Rindu akak...

Kak Musnadzirah a.k.a k.yah a.k.a Kak Joyah... (Banyak betul nama glamer dia).. Walaupun umur kami sama, aku tak segan nak panggil dia kakak.. Dan dia pun sangat tak kisah saya panggil dia kakak.. Sangat lembut orangnye.. Dah kawin pun dia.. Selamat jadi isteri orang..

Ulfa.. Semanis orangnye, secantik namanya.. Dia sangat sporting. Macam budak-budak. Tapi, tak sangka, nak jadi mak budak pun. Suka tengok ufa bila time masak. I likeeee.. Mungkin sekarang sudah improve masakannye sebab dah jadi isteri orang. Ni geng remp-it aku.. Honda AFM dengan EGO TAU.. Tragis bukak pose kat hospital ngan ulfa.. (^_^)

Gaya stylo.. Ni la Ramlah.. Banyak idea.. Kalau agak-agak xde idea, jumpe dia je la.. Sure dapat free advise dari dia.. Ramlah ni berpandangan jauh. Kaki bisnez. Ganas ni, tapi masak sedap. Ape je dia masak mesti kitorang makan. Ape dia dah jampi dalam masakan dia aku pun tak tau la. Dengan kancil merahnye, bergaya atas jalan.. :P Sampai sekarang pun, kalau pi dungun mesti nak kena contact dia.. Sebab dia la driver aku kat sana. Kalau la Lah ni ttbe kawin, sape nak jadi driver aku lagi ek? hehehe..


Ni pulak Sham ngan Una.. Dua-dua ni kaki stadi. Orang lain stado, dia orang duk study. Memang jelez la ngan diorang ni. Dah la pandai. Ishhh.. Tapi, rasenye dah lama tak dengar khabar mereka berdua ni. Sungguh senyap dan sepi.. Takpe, pasni aku nak kacau hidup korang berdua. Jangan marah na... :P

Diorang sume la kawan-kawan aku di VILLA JANNAH.. Yang sama-sama bantu aku cari umah sewa bila mane owner asal nak amik semula umah sewa kami. Susah kami sama-sama. Ade ramai lagi sahabat-sahabat yang aku rindukan. Tapi nak cite semua, tak tau bile nak abis entry nih.. (-.-)

Walau dah jauh aku pergi tinggalkan depa ni semua, aku tetap rindu sangat ngan mereka. Walaupun dah jarang aku contact mereka, tapi aku tetap sangat rindu pada mereka. Mereka lah yang lebih memahami aku dari yang lain. Ana sayang antuna kerana ALLAH..

Walau jarak terpisah jauh,
Sibuk perihal sendiri,
Hati tetap sayu, tetap rindu,
Pada sebuah persahabatan yang tulus ikhlas.
Persahabatan yang berlandaskan satu akidah,
Persahabatan atas satu perjuangan
Sungguh aku rindu
Saat itu yang tak mungkin aku lupakan
Air mataku menitis lagi
Kerana sebuah ikatan ini..

*Sungguh, air mata x berhenti masa aku tulih entry ni..

Wednesday, September 14, 2011

NI KILANG KE HAPE?

Hari ni memang marathon kot aku tulih blog ni.. Banyak cite nak habaq mai kat hang pa semua. Ini cite pasal kilang. Hangpa tau dok macam mana keja kt kilang tu.. Punya remeh la kan? Sampai ada yang tak tahan.

Yang aku nak crita ni, bukan la pasai kilang sangat na.. Cuma aku ada sikit konpius, aku ni buat apa sebenaqnya. Hujung minggu lepaih, aku rasa macam nak patah pinggang, nak tercabut segala jari-jari tangan ni ha. Nak kena sediakan segala macam barang, utk jadikan balang yang cute la kononnye..

Hangpa nak tau tak, 500 biji balang nak kena siapkan dalam masa 2 hari. Tu tak tolak lagi open house... Balang tu takpa la.. Riben semua dah letak. Isi la balang tu nak kena siapkan. Dalam satu balang tu nak kena ada 31 kata-kata. Hangpa bayangkan, 31 kata darab dengan 500 balang, brapa?? 15500 kata semua skali.. Buat sendiri, bukan kedai..

Tak mau ceghita banyak.. Nak tunjuk gambaq ja..


Ni kertas yang aku potong ..


Tebal ni nak kena susun masuk botol..





Ni la hasilnye last skali..

2 hari masa yang ada, dah ditolak dengan masa beraya, tak banyak masa yang kali ada untuk siapkan.. Rasanya macam dah keluarkan semua kudrat untuk siapkan benda alah ni.. Mase aku buat ni, dah habis zikir aku baca.. Mengantuk, penat tak payah cakap la kan.. Setiap masa tu sangat berharga.. Buat keje ni sampai pukul tiga empat pagi, lepas subuh sambung balik, nak tunggu turn masuk bilik air pun takkan lepaskan. Kalau boleh, nak bawak masuk bilik air skali la benda alah ni..

Ape pun, thanks la pada yang membantu.. Sangat2 memberi semangat. Pada yang tak membantu pun, terima kasih jgk, sebab lagi sabar aku jadinye. Walaupun, agak kecewa dan terkilan..

Apa pun, bnda da siap, da lepas pun, harap, lepas ni tak le macam ni lagi. Penat la....

INI JE LA JALANNYE

Assalamualaikum... (dibaca dengan nada tarannum jiharkah)

Hehehee.. Lama tak update.. Ni, nk cite ni.. Aku balik la kampung hari tu.. Nak raye kan. Balik kampung la. Dengan penuh harapan.. Cheewaaah.. Ye la kan, mane tak penuuh harapannye.. Aku balik dengan penuh semangat patriotik dan sangat memegang slogan Tok Najib "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. Dengan harapan, jambatan kat kampung aku yang roboh hampir setahun ni dah elok, boleh lalu dengan jayanya oleh kereta-kereta..

Ye la, kata Rakyat Dulu.. Tapi, hampa.. Jambatan tu duk macam tu le..
Ni nak tunjuk sikit gambaqnye..


Macam ni lagi jambatan tu.. Ha... Mesti korang tertanya-tanya, camne nak lalu kalau dah jambatan macam tu? Berenang mcm Ikan Duyong atau Dugong? Terbang? Macam Superman tu? Ke, sebab aku pempuan, so, terbang macam Yaya? Kitorang ade je alternatif ni..


Ni ha... Kitorang guna jambatan gantung ni.. Tapinye, jambatan ni muat sebijik moto je.. Dan jambatan ni SERAAAMMM aku nak lalunye.. Papan da retak, jaring tepi dah bocor.. Dah ade kes, motor terbalik atas jambatan gantung ni..  Lagi sebulan, xde papan kot jambatan gantung ni..

Diorang da janji nak bagi jambatan baru.. Tapi, takde progress pun.. Teman ni nak marah le.. Nak raye hari tu pun xde ssyok la.. Buat la jambatan macam ni (lihat dibawah) ganti jambatan kami yang roboh ni..


Hahahaa.. Xde cantik lagi jambatannye.. Bukan la nak jambatan macam ni.. Sekurang-kurangnye, bagi la jambatan yang elok sikit.. Bile banjir takde la roboh lagi.. Invest skali je kot..

p/s : Ni nak kena buat aduan rakyat la.. TV3 dah mai bnyak kali pun tak jalan jgk...