Monday, October 31, 2011

APE KAITAN USRAH DENGAN NARUTO?

Assalamualaikum kengkawan semua..

Aku nak ceghitaaa sikit ni. Tak tau la sikit ke banyak... Baca je la ye. Itu pun kalau korang sudi baca blog aku yang skema gile ni kan.. Aku nak cite pasal USRAH..

Penah join usrah sebagai anak usrah? Atau kalian sendiri yang handle usrah sebagai naqib/naqibah? Aku dulu, penah join usrah. Penah juga handle usrah. Maksudnya, pernah menjadi mad'u dan juga pernah menjadi naqibah. Zaman aku menjadi seorang mad'u dulu, aku adalah orang yang paling blur. Ape maksud blur itu? Tak banyak mempunyai idea dalam berdiskusi. (Bukan dulu je, sekarang pun sama...).. Tapi, selepas aku menjadi naqibah, aku tak boleh selalu blur. Ini kerana, aku harus menyampaikan kepada anak usrahku.. Oh, anak usrah.. Rasa macam da tua.. Adik usrah!!

Wah, waktu itu, aku merasakan aku perlu untuk lebih tahu. Buku aku kena baca, untuk dapatkan kefahaman. Internet aku surf untuk dapat input tambahan. Usrah bagi aku bukan suatu yang mudah pada waktu itu. Payah, menjadi seseorang untuk memimpin adik-adik. Harus kena lebih tahu. Tapi, kadang-kadang adik-adik itu lebih tahu dari aku. Kena pandai cover la menggunakan ayat-ayat cover. Hehehee.. Kena bersedia dengan pelbagai soalan dari adik-adik bagai peluru menembak. Ah!! Kalau tak dapat jawab, postpone la jawapannya. Ayat cover, "Ok, tu assignment buat adik-adik".

Alhamdulillah, semasa si universiti, aku sempat memegang 2 kumpulan usrah. Ada di kalangan mereka kini sudah berjaya menjadi naqibah, menggantikan tempat aku dan sahabat-sahabatku yang lain yang sudah menamatkan pengajian di situ. NAmun, bagi yang seperti aku, sudah tiada lagi usrah di kampus. Harus berusaha mencari usrah sendiri. Jangan putus untuk berusrah. "Usahakan".. Itu pesan mereka pada aku.. :)

Asal aku tak masuk cite pasal NARUTO lagi ni? Aku pun tak tau nak masuk macam mane.. Hehehee..

Aku peminat NARUTO. Kalau mereka yang tak minat, itu dikatakan cerita yang tak masuk akal. Masuk akal atau tak, bagi aku NARUTO ade nilainye. Daripada tengok cite yang tak berfaedah macam Akademi Fantasia, Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa dan segala bagai lagi la..

Ape kaitan USRAH dengan NARUTO?

Sistem usrah ini aku ibaratkan umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam Naruto. Ade kumpulan Cikgu Kakashi (cikgu feberet aku dalam Naruto), kumpulan Cikgu Gai, Cikgu Azuma dan ade cikgu-cikgu lain. Siapa nak usrahnya jadi serius boleh ikut gaya Cikgu Azuma, kalau nak ceria ikut la gaya Cikgu Gai ataupun Cikgu Kakashi.

Ada dikalangan kita yang baru nak berjinak-jinak dengan usrah, ade yang dah hebat sikit dengan ilmu usrah, ade yang dah hadam semua silibus usrah. Macam dalam Naruto juga, ada peringkatnye. Mungkin mereka ini, kalau dalam bahasa Naruto nya, Pelatih Akademi yang diberi latihan dalam Akademi Ninja (Usrah). Ade yang masih di peringkat Genin (baru mengenali usrah), ada di peringkat Chunin (Mungkin Naqib/Naqibah itu sendiri), Jonin (mungkin Mas'ul/Mas'ulah) dan Tokubetsu Jonin (Murobbi/Murabbiah).

Bila kite berhadapan dengan adik-adik usrah, anggaplah mereka seperti ninja-ninja yang ingin kita latih. Tentukan matlamat yang kita nak capai dalam latihan tu. Seperti dalam usrah, pasti sudah ada matlamat yang ditetapkan oleh naqib/naqibah dalam usrah mereka. Ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

Contohnya, aku sendiri. Masa aku pegang adik-adik usrah, matlamat jangka panjang aku, nak mereka semua jadi pemimpin dalam kampus. Mampu untuk lantang bersuara. Matlamat jangka pendek pula, mesti la nak depa tu semua faham apa yang cuba aku sampaikan berdasarkan topik yang dibawa setiap minggu.

Bukan itu sahaja, ade sistem lain juga dalam naruto ini yang boleh di apply dalam usrah.

Naqib pertama Naruto ialah Cikgu Iruka. Kemudian, Naruto nak diserahkan kepada Cikgu Kakashi. Cikgu Iruka tak serahkan Naruto bulat-bulat kepada Cikgu Kakashi tanpa sebarang informasi. Segala perangai, akhlak, tingkah laku Naruto semuanya diberitahu kepada Cikgu Kakashi. Ini untuk mememudahkan gerak kerja Cikgu Kakashi selepas ini nak meng'handle' Naruto itu. Cikgu Iruka tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawab dia. Dan, macam tu jugak la tindakan Cikgu Kakashi ketika menyerahkan Naruto pada Jiraiya.. Menjelaskan apa yang perlu kepada Jiraiya dan mengambil tahu perkembangan Naruto.


Imej disalin dari http://anime-wallpapers.com/images/800x600/naruto-kakashi-iruka-togeher.jpg
Jadi, kita jangan la lupakan adik-adik usrah kita bila dah tak bersama mereka lagi. (Alamak!! Ini ingatan keras buat aku juga.. ) Hehehee.. Dalam usrah Naruto itu juga, mereka bertiga itu Naruto, Sasuke dan Sakura itu mempunyai perangai yang berbeza. Naruto agak main-main orangnya. Sasuke pula serius. Tapi, Cikgu Kakashi mampu mengawal mereka dengan baik. Ini kerana ada sesuatu yang ada pada Cikgu Kakashi yang boleh menarik minat Naruto, Sasuke dan Sakura. Jadilah kita seperti Kakashi. 
Tapi jangan risau, setiap orang ada keistimewaan masing-masing. Cuma, dek kerana rasa rendah diri pada keistimewaan kita itulah yang membuatkan kita takmampu untuk menjadi seperti Kakashi. Jadi, bila kita menjadi naqib/naqibah, sebenarnya ilmu atau keistimewaan inilah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.
P/S : Aku dulu pun, bukan la naqibah yang baik. Hahahaa.. Masih belajar dengan ilmu yang zero.. Bila kita sampaikan, kita akan lebih faham. Insya Allah. 
Aku dulu pun bukan tau nak relate kan usrah ni ngan Naruto. Tapi, dek kerana seorang sahabat iaitu Azlan yang memulakan, aku jadi tahu... Dulu tengok Naruto saje je. Tak tau ape-ape pun.
Ilmiah betul entry aku kali ni.. Ape kes???? 
Daaaaaa.....

JUANG, BERJUANG, PERJUANGAN....

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat semua pembaca blog saya.. (ade pembaca ke?) hehehe.. Salam awal pun dah pelik je ni. Nak berjuang mane pulak si Zuraidah ni..

La.. Kan kita ni tengah berjuang. Berjuang untuk diri sendiri, persekitaran kita sendiri, orang-orang di sekeliling kita, dan banyak lagi yang nak kita juangkan, dan perangkan.

Sebenarnya, aku nak tulis entry lain. Tapi, semangat aku sekarang tengah naik setelah Ijtimak Tarbawi berlangsung. Mungkin lain kali la aku tulis entry yang aku nak tulis tu ye. Sekarang ni idea ni tengah banyak dibantu dengan beberapa artikel yang telah aku search untuk aku menulis berkaitan PERJUANGAN PAS.



Kita selang seli la ye, entry berkaitan hati, informasi, entry yang takde isi dan entry politik. Hidup ni kan politik. Jangan lari dari politik ye. Kalau anda larikan diri anda dari isi politik, itu bermakna anda lari dengan bayang-bayang anda sendiri.

Nampaknya, aku telus di sini. Membiarkan orang tahu bahawa aku ini penyokong kuat PAS. Maaf ye kalau ada yang membenci. Aku harus berani untuk mengakuinya. Entry kali ini mungkin agak panjang.

Kita sedia maklum, bila kita sebut tentang perjuangan PAS, pasti ada yang mendengar angin-angin yang membawa kata-kata mereka yang membenci PAS mengatakan perjuangan PAS salah, bercanggah dengan syariat, bida'ah, perjuangan politik semata-mata dan bukan 1001 tohmahan, malah lebih dari itu yang terpaksa ditelan oleh pendokong dan penyokong PAS. Bukan telan kosong, pasti ada strateginya.

Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Bukan politik semata-mata atau bukan memperjuangkan nasib MELAYU semata-mata. Saya akui, Pas ini tak lepas dari kelemahan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Dah namanya manusia, tiada yang sempurna. Kelemahan ini tidaklah membawa PAS terjun ke jurang dalam yang boleh membunuh aqidah pendokong dan peyokongnya sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam. Kelemahan ini boleh diperbaiki dengan cara dan kaedah yang telah dirancang dan disusun oleh PAS agar dapat mencapai matlamat dan objektif penubuhannya.

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara'. Kepimpinan Ulama', Jawatankuasa Disiplin Parti, Muktamar Tahunan, Mesyuarat Dewan Harian, Mesyuarat Bulanan, Liqa' Fiqri, Tamrin, Mukayyam, Kuliah Haraki, Usrah Mingguan, Konvensyen PAS Negeri, Ijtimak Pilihanraya, Kuliah Agama dan pelbagai cara untuk PAS mengawal perjalanan organisasinya agar terus berada di landasan syariat Ilahi dan Sunnah an Nabawi. Pendokong PAS harus tahu ini semua.

Jika ada perbezaan dalam method perjuangan PAS berbanding dengan kumpulan Islam yang lain, itu bukan bermakna PAS itu salah dan bercanggah dengan sunnah dan syariat. Mengikut Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, beliau meletakkan PAS dalam 3 ruang utama iaitu :
  • Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan)
  • Dakwah (penerangan)
  • Siasah (politik)
Ya, seharusnya inilah yang utama. 3 ruang yang penting untuk meletakkan PAS terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Ini dikuatkan dengan tertubuhnya Lujnah Tarbiyyah di setiap organisasi PAS. Tarbiyyah inilah tunjang perjuangan. Hati-hati harus dikuatkan dengan tarbiyah yang mantap. Aktiviti tarbiyyah PAS banyak tertumpu kepada pembentukan usrah pelbagai peringkat, tamrin, liqa, dan pelbagai aktiviti lain.

Sebagai individu muslim, sudah menjadi kewajipan untuk menyebarkan dakwah, menyampaikan dan menyebarkan Islam. Amar Makruf Nahi Mungkar. Ini adalah perintah Allah. Buka saja Al-Quran, pasti kita semua akan berjumpa dengan perintah ini. Walaupun PAS menghadapi pelbagai halangan dan ancaman dalam menyebarkan dakwah dari pelbagai pihak untuk masuk ke tengah masyarakat, demi daulah Islamiyah, perjuangan ini diteruskan. Ada dikalangan pemimpin PAS dipenjara hanya kerana dakwah yang mereka sampaikan. Itu bukan penghalang. Amanah Allah terus dipegang. Inilah tanggungjawab kita sebgai khalifah. Masing-masing dengan peranan masing-masing dapi peringkat pimpinan hinggalah kepada ahli biasa. Maudhu' dakwah PAS sangat jelas, menepati syariat Allah s.w.t.

PAS mendekati semua lapisan masyarakat. Bermula dengan masayarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan umat yang lesu hinggalah ulama' yang membisu. Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. 

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
  1. Dakwah Umum melalui Kuliah Agama, Seminar, Ceramah, Muzakarah, Talk Show dll.
  2. Dakwah Fardhiyyah, yang lebih tertumpu kepada pertemuan tertutup, ziarah atau lebih mudah, one to one atau face to face.
Dek kerana Islam adalah agama yang syumul, melengkapi segenap aspek kehidupan, politik itu tidak boleh ditinggalkan. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi s.a.w. PAS meletakkan politik sebagai tanggungjawab perjuangan yang harus diperjuangkan. Kini, kuasa politik berada di tangan mereka yang enggan meletakkan syariat meskipun sudah berjuta kali mereka mengisytiharkan Malaysia ini sebuah NEGARA ISLAM. Namun hakikatnya, Malaysia kini subur dengan maksiat dan mungkar. Gejala sosial makin berleluasa. Oh, zaman jahiliyah kembali.... Inilah kewajipan yang dipegang PAS, mengambil tampuk pimpinan agar mudah melaksanakan hukum dan syariat Allah. Penglibatan PAS di bidang siasah ini adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci.


Tidak nampak alasan yang munasabah bagi mereka yang hebat menolak perjuangaan PAS. Kemukankan bukti yang sahih sebelum mendakwa. Kita mencari kebenaran, bukan hanya cakap kosong, bukan hanya emosi tanpa berlaku adil. Media massa menyempitkan pemikiran kita. Keluar dari kepompong dan lihatlah kebenaran. Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak. Jangan hanya mendengar pada mereka yang berkepentingan untuk diri sendiri. Juga bukan pada mereka yang suka lompat melompat!! Saya rasa sampai disini sahaja pandangan ikhlas saya tentang PERJUANGAN PAS ini. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Anda semua berhak untuk suka atau tidak.

P/S : Saya kan rakyat Malaysia, ada hak untuk bersuara dan menyampaikan pandangan. Jadi, jangan halang saya.. (^_^)"


Thursday, October 27, 2011

MASALAH... MASALAH.. TOLONG!!!


Saya ada masalah ni.. Pasal blog saya.. Ni nak citer nih....




(ni bile saya view korang punya)





Seriously, benda ni jadi sya dah xde mood nak update blog saya.. Layout saya pun takleh nak edit.. X leh nak move sana sini. Tolong la saya selesaikan masalah saya ni. Saya tak reti ni.. Saya amatur lagi!!!

Monday, October 24, 2011

ZURAIDAH ITU AKU

Masih mereka tak kenal aku.
Masih sukar untuk fahami aku.
Aku bukan seperti mereka.
Watakku bisa berubah.
Mengikut keadaan waktu.

Aku bisa serius bila perlu.
Aku bisa ketawa bila lucu.
Aku bisa nangis bila sedih.
Aku bisa marah, tenang.. Aku bisa..

Aku bukan anak-anak yang hanya tahu bermain.
Bukan anak yang suka kereta merah.
Bukan anak yang suka gula-gula.
Suka bila dipuji.
Rajuk mahu dipujuk.
Bukan tahu memujuk andai kau rajuk.

Aku adalah aku sekarang.
Kenalilah aku seadanya.


Sunday, October 23, 2011

MASA DAN KEDEPAN

Pagi yang cukup indah.. Nyaman..
Aku bangkit dari sifat bermalasan aku.
Merenung jauh ke luar jendela.. Terus bermonolog sendirian.

Apakah akan aku terus begini?
Jauh dari perjuangan asal aku..
Jauh dari bai'ah yang pernah aku lafazkan..

Apakah akan aku terus begini?
Bekerja tanpa henti...
Lupa untuk memeberikan sedikit masa pada diri sendiri.

Pagi-pagi aku sudah mula serius.
Mungkin memikirkan apa aku 5 tahun akan datang..
Siapa aku 10 tahun kedepan.

Mencipta peta perjalanan hidup.
Kerja - kahwin - haji - mati!!!
Peta yang cukup ringkas, tapi perlu usaha dan gerak kerja yang kemas.

Perjalanan hidup yang berakhir dengan kematian.
Itu sangka mereka..
TIDAK!!!
KEMATIAN adalah permulaan sebuah kehidupan.
Aku ingin persiapkan kehidupan aku itu.
Aku mahu kaya di kehidupan ABADI itu..

Langkah ini harus dibimbing.
Langkah ini harus ada penguat.
Menanti akan seorang IMAM yang mampu memandu menuju kehidupan abadi...

Ya Allah, bantulah langkahku ini..

Menutup diari pagi.

Friday, October 21, 2011

PESAN BUAT DIRI

Hakikat sebuah perjalanan hidup.... Ubudiyyah kepada Allah

Wahai diri...
Perjalanan ini adalah perjalanan ubudiyyah mu kepada Allah s.w.t.
Sentiasalah bermuraqabbah tentang adab-adab mu dengan Allah s.w.t.
Allah tidak melihat amal kebajikan zahiriah semata-mata, tetapi...
Apa yang dilihat ialah sejauh manakah sifat kehambaan mu kepada Nya.
Justeru itu wahai diriku yang hina, kenalilah diri ini sendiri kepada asal mu yang tiada memiliki sesuatu.
Hidup hanyalah di atas kasih sayang  Nya.
Dia menciptakan diri ini untuk sentiasa memuji Nya dengan penuh kecintaan dan kerendahan diri hingga lahirlah pada diri ini kehinaan yang hakiki di sisi Nya...



Fahamilah....
Apa sahaja yang diri ini lakukan adalah untuk menuju hakikat kehambaah yang hakiki.
Apa yang dimaksudkan dengan kehambaan?
Iaitu diri ini yang fakir, dan orang yang fakir adalah orang yang tiada memiliki apa pun pada dirinya.

Wahai diri...
Jangan kamu terpedaya dengan ibadah mu kerana ibadah mu itu belum tentu diterima Nya.
Jangan kamu terpedaya dengan ilmu mu kerana ilmu mu belum tentu dapat kamu amalkan.
Jangan kamu terpedaya dengan dunia mu dan apa yang kamu miliki kerana ia adalah milik Tuhan.
Dan segala apa yang ada di tangan mu adalah diatas belas kasihan Nya.

Wahai diri...
Kasihanilah diri mu jika kau diselaputi perasaan takabbur.
Ini bermakna kau jahil dengan apa yang telah kau lakukan.
Kejahilan akan mengheret mu kepada kesesatan dan penyelewengan.
Allah tidak akan melihat kepada amal mu jika desertakan dengan peresaan takabbur.
Walaupun diri mu menyembah Allah, tapu hakikatnya kau menentang Allah.

Seorang hamba ialah seorang yang tidak punya apa-apa.
Segalanya milik Allah.
Jadi, mengapa harus merasa sombong dan takabbur?
Sifat itu hanya layak bagi Allah.
Ingatlah, diri ini hanyalah pengemis di sisi Allah.
Mengemis belas kasihan Nya, diri ini kotor dan kelaparan..
Jadikanlah amal-amal mu itu tempurung untuk mengisi belas kasihan Nya, bukannya berbangga dengan tempurung itu.
Itu adalah sifat orang yang jahil dengan Allah dan dirinya sendiri.
Tiada lain maksud mu, hanya Allah menjadi tujuan mu.
Hati mu mestilah sentiasa bimbang akan kemurkaan Tuhan.
Dengan ilmu, kefahaman dan jalan yang kau  miliki, ia adalah amanah Allah yang perlu disebarkan kepada seluruh umat manusia.
Setiap amanah akan dipersoalkan oleh Allah dari yang kecil hingga yang besar.

Tanamkan diri mu dalam tanah kerendahan agar benih yang ditanam nanti akan subur dan memberi manfaat.
Rendahkanlah hati mu agar amal dan ilmu mu memberi manfaat kepada jiwa mu sehingga mencapai maqam hati orang-orang yang arif, jiwa yang tenang dan merindui Tuhan.
Apabila menghadap Tuhan, jangan dihitung amal mu kerana amal melambangkan khidmat mu kepada Tuhan.
Sedangkan, renungkan sebaiknya, adakah sudah tinggi khidmat mu jika dibandingkan dengan Tuhan yang memberi khidmat kepada mu.
Dia menjaga mu setiap masa, perjalanan darah, kerdipan mata, denyutan jantung, nafas yang terhela dan nikmat Nya yang tak terhitung.
Hitunglah kehinaan diri mu, maksiat mu dan kelalaian mu.
Jangan cemas jika kau kurang amal untuk menghadap Allah.
Kerana rasa hina itulah sifat sejati seorang hamba yang hanya mengharap rahmat kasih sayang dari Allah.

Jika ditanya, "Apakah amal kamu yang kamu bawa kepada Ku?"
Katakan... "Tiada apa wahai Tuhan ku, hanya sekeping hati yang cinta pada Mu, sekeping hati yang merasa hina di sisi Mu dan sekeping hato yang sentiasa yakin dengan belas kasihan Mu."



Thursday, October 13, 2011

BORANG DAN BORANG

Assalamualaikum...

Hari ni kat ofis aku sibuk duk isi satu borang. Aku dan kawan aku ni dah macam kelam tak kabut la mengisi dan mencari solusi terbaik untuk melengkapkan borang itu dan menghantar kepada penerima yang sepatutnya dengan jayanya.Pening la..

Itu la kan, sape suruh tak aware ngan tarikh tutupnye. Benda dah expired.

Dah EXPIRED???

Mesti korang pening kan? Dah expired yang aku ngan kawan aku duk sibuk menyibuk isi borang tu ape kejadahnye kan? Takde, kitorang da call org yg sepatutnye tu, diorang kate, kitorang boleh hantar lagi, tapi kene segera. Adoyaiiii.. Ok la, aku nak siapkan ape yang tak sipa lagi ngan borang tu..


P/s : Bukan isi borang kawin ye.. Tapi, rase macam nak isi borang tu lah.. Heeeehee..

Tuesday, October 11, 2011

IMPIAN BIOR LE TINGGI MELANGIT

Assalamualaikum...

Setiap dari kita pastinya ade impian tersendiri. Macam-macam impian yang kita harapkan. Ade yang biase-biase je la impian depa tu. Ade yang tinggi melangit mengalahkan KLCC dan KL Tower. Macam la aku jugak. Tak payah la susah-susah aku nak bagi contoh jauh-jauh sampei ke Los Angeles atau pun sampei ke Zimbabwe.

Nak tau ape impian aku yang tinggi sampai ke langit sangat tu? Tiap kali aku naik kete kan, aku mesti perati kete-kete yang lain yang gah meluncur laju di atas jalan raya yang serba selamat kat Malaysia nih. Dengan impian, suatu hari nanti dapatlah aku memiliki sebuah atau berbuah-buah kereta yang gah itu. Hangpa nak tau dak kete ape yang aku idam-idamkan???

Tadaaaaa......



Ha.. Hahhaa.. Aku memang tak leh tengok la kete ni. Mesti aku berangan habis la aku bawak kete ni. BMW memang menjadi pujaan hatiku.  Tapi, kalau tak BMW pun,....


Alphard pun jadi la. Aku berkenan sangat ngan Alphard ni sebab abah aku dah pesan, kalau nak beli kete nanti, beli yang besar terus. Bukan pe, senang nak angkut semua. Aku sedar, dengan gaji aku yang tak seberapa ni, memang tak lepas la kaunak miliki benda alah ni semua. Tapi, impian bior le tinggi melangit. Siape tahu kan?

Bukan kete je yang aku nak tau. Kalau dah ade kete, mesti la nak kena ada rumah pulak. Aku berangan nak punya rumah macam ni...

Takde la besau sangat kan? Simple je umah macam ni ha. Walaupun aku sedar, dengan gaji aku yang sekarang ni, tak layak sungguh aku memiliki rumah sebegini. Tapi, tak salah kalau impian tu tinggi melangit pun. Mana la tau rezeki datang dari tempat yang tak disangka. Hehehe..

Tapi, ade satu impian yang aku akan cuba capai.

Doakan semoga aku dapai capai impian aku yang ni. Nak sangat aku sampai ke tanah suci Allah ini.. Tak dapat rumah besau, kete BMW ngan Alphard pun takpe. Asalkan aku sempat sampai di sini. Insya Allah.

Korang, kalau ade impian yang setinggi langit macam aku ni, walaupun kadang-kadang korang rasa macam tak mampu dan tak layak je korang nak dapat dengan keadaan korang sekarang yang tak berapa nak kaya ngan harta, tapi kaya dengan budi bahasa dan akhlak  mulia, jangan segan dan jangan malu untuk menyatakan IMPIAN HEBAT anda itu. Tak salah kita punya impian besar. Apa yang penting, jalan usaha kita untuk mencapai impian yang besar itu. Ingat, Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendir yang merubahnye. Perubahan ber,ula dari diri korang sendiri, bukan pada orang lain. Semoga, korang pun dapat merialisasikan impian hebat korang tu nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama ye.

p/s : tetibe rasa macam motivator tersohor.. hahaaa ~ renung-renungkan, selamat beramal...

Tuesday, October 4, 2011

AKU SKANDAL

Assalamualaikum..

Wah.. Tajuk xleh bla. Ni bukan entry pasal lagu Aku Skandal yang Hujan nyanyi tu ye.. Takde kaitan dengan entry aku ni..

Korang semua penah ade skandal tak? Tapi sebelum tu, ape maksud skandal? Menurut survey aku pada mereka-mereka yang sangat arif tentang skandal ni, mereka mentafsirkan skandal ini ialah mengadakan hubungan seperti kekasih gelap, tanpa pengetahuan pasangannya sendiri. Oooo... Ni ke maksudnye.. Baru makcik tahu.. hehheee.

Kalau ini la maksudnye, tak baguih la skandal ni. Kuang3.

Tapi, dalam tak baguih ni, aku pun pernah diskandalkan dengan beberapa orang. Wahh.. Nampak macam aku ni playgirl la pulokkk.. Ohh... Tidak sebenarnye. Dalam erti kata lain, mereka yang mengskandalkan aku ni, mmg sengaja nak kenakan aku. Apakah salah aku, sehingga mereka memperlakukan aku sedemikian rupa.. Hahahaaa.. Ayat sadis!!!

(kerana chocolate ini, aku diskandalkan  dengan ..... ~ isi tempat kosong)

Pada mereka yang mereka atau mencipta skandal ni, pasti mereka tahu siapakah orang-orang itu.. Shhhh.. Diam-diam tau. Kih..Kih..Kih..

Okeh, tujuan asal aku tulis entry ni nak habaq kt hangpa semua yang rancak memadankan aku dengan orang itu, dengan orang ini tu...... teeeetttttt... Tak yah la hangpa nak buat lagu tu kat cheq ni.. Cheq ni tak ghetiii apa segala ni.. Kalu hangpa nak sangat, tolong je la pinangkan mereka tu untuk cheq.. Habih ceghitaaaa.. Cheq pun tak hidup dalam dunia fantasi ciptaan hangpa tu.. Lepas pinang, kawin teruih.... Kan sodap lagu tu.. Ini dok kata cheq ngan orang tu padan la.. Muka dah ada iras la.. Sesuai la.. Calon terbaik la.. Buatnye orang tu dah ade gepren, tak ke naya... Ish..Ish..Ish... Lepas ni, tolong pinangkan dia ya.. Takmo skandal, takmo gosip..

P/S : Key Point kat sini, hangpa takyah la nak kenen-kenenkan Siti Zuraidah Binti Ismail ni kat sapa-sapa. Rimas, lemas tau dok! Memang la aku ni single mingle.. Paling penting, hangpa nampak tulisan merah kat ataih tu..?


(bagi jejaka di luaq sana, buleh ka cheq nak masuk minang hangpa? hahahaha)