Monday, October 31, 2011

JUANG, BERJUANG, PERJUANGAN....

Assalamualaikum...

Salam perjuangan buat semua pembaca blog saya.. (ade pembaca ke?) hehehe.. Salam awal pun dah pelik je ni. Nak berjuang mane pulak si Zuraidah ni..

La.. Kan kita ni tengah berjuang. Berjuang untuk diri sendiri, persekitaran kita sendiri, orang-orang di sekeliling kita, dan banyak lagi yang nak kita juangkan, dan perangkan.

Sebenarnya, aku nak tulis entry lain. Tapi, semangat aku sekarang tengah naik setelah Ijtimak Tarbawi berlangsung. Mungkin lain kali la aku tulis entry yang aku nak tulis tu ye. Sekarang ni idea ni tengah banyak dibantu dengan beberapa artikel yang telah aku search untuk aku menulis berkaitan PERJUANGAN PAS.



Kita selang seli la ye, entry berkaitan hati, informasi, entry yang takde isi dan entry politik. Hidup ni kan politik. Jangan lari dari politik ye. Kalau anda larikan diri anda dari isi politik, itu bermakna anda lari dengan bayang-bayang anda sendiri.

Nampaknya, aku telus di sini. Membiarkan orang tahu bahawa aku ini penyokong kuat PAS. Maaf ye kalau ada yang membenci. Aku harus berani untuk mengakuinya. Entry kali ini mungkin agak panjang.

Kita sedia maklum, bila kita sebut tentang perjuangan PAS, pasti ada yang mendengar angin-angin yang membawa kata-kata mereka yang membenci PAS mengatakan perjuangan PAS salah, bercanggah dengan syariat, bida'ah, perjuangan politik semata-mata dan bukan 1001 tohmahan, malah lebih dari itu yang terpaksa ditelan oleh pendokong dan penyokong PAS. Bukan telan kosong, pasti ada strateginya.

Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Bukan politik semata-mata atau bukan memperjuangkan nasib MELAYU semata-mata. Saya akui, Pas ini tak lepas dari kelemahan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Dah namanya manusia, tiada yang sempurna. Kelemahan ini tidaklah membawa PAS terjun ke jurang dalam yang boleh membunuh aqidah pendokong dan peyokongnya sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam. Kelemahan ini boleh diperbaiki dengan cara dan kaedah yang telah dirancang dan disusun oleh PAS agar dapat mencapai matlamat dan objektif penubuhannya.

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara'. Kepimpinan Ulama', Jawatankuasa Disiplin Parti, Muktamar Tahunan, Mesyuarat Dewan Harian, Mesyuarat Bulanan, Liqa' Fiqri, Tamrin, Mukayyam, Kuliah Haraki, Usrah Mingguan, Konvensyen PAS Negeri, Ijtimak Pilihanraya, Kuliah Agama dan pelbagai cara untuk PAS mengawal perjalanan organisasinya agar terus berada di landasan syariat Ilahi dan Sunnah an Nabawi. Pendokong PAS harus tahu ini semua.

Jika ada perbezaan dalam method perjuangan PAS berbanding dengan kumpulan Islam yang lain, itu bukan bermakna PAS itu salah dan bercanggah dengan sunnah dan syariat. Mengikut Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, beliau meletakkan PAS dalam 3 ruang utama iaitu :
  • Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan)
  • Dakwah (penerangan)
  • Siasah (politik)
Ya, seharusnya inilah yang utama. 3 ruang yang penting untuk meletakkan PAS terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Ini dikuatkan dengan tertubuhnya Lujnah Tarbiyyah di setiap organisasi PAS. Tarbiyyah inilah tunjang perjuangan. Hati-hati harus dikuatkan dengan tarbiyah yang mantap. Aktiviti tarbiyyah PAS banyak tertumpu kepada pembentukan usrah pelbagai peringkat, tamrin, liqa, dan pelbagai aktiviti lain.

Sebagai individu muslim, sudah menjadi kewajipan untuk menyebarkan dakwah, menyampaikan dan menyebarkan Islam. Amar Makruf Nahi Mungkar. Ini adalah perintah Allah. Buka saja Al-Quran, pasti kita semua akan berjumpa dengan perintah ini. Walaupun PAS menghadapi pelbagai halangan dan ancaman dalam menyebarkan dakwah dari pelbagai pihak untuk masuk ke tengah masyarakat, demi daulah Islamiyah, perjuangan ini diteruskan. Ada dikalangan pemimpin PAS dipenjara hanya kerana dakwah yang mereka sampaikan. Itu bukan penghalang. Amanah Allah terus dipegang. Inilah tanggungjawab kita sebgai khalifah. Masing-masing dengan peranan masing-masing dapi peringkat pimpinan hinggalah kepada ahli biasa. Maudhu' dakwah PAS sangat jelas, menepati syariat Allah s.w.t.

PAS mendekati semua lapisan masyarakat. Bermula dengan masayarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan umat yang lesu hinggalah ulama' yang membisu. Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. 

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
  1. Dakwah Umum melalui Kuliah Agama, Seminar, Ceramah, Muzakarah, Talk Show dll.
  2. Dakwah Fardhiyyah, yang lebih tertumpu kepada pertemuan tertutup, ziarah atau lebih mudah, one to one atau face to face.
Dek kerana Islam adalah agama yang syumul, melengkapi segenap aspek kehidupan, politik itu tidak boleh ditinggalkan. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi s.a.w. PAS meletakkan politik sebagai tanggungjawab perjuangan yang harus diperjuangkan. Kini, kuasa politik berada di tangan mereka yang enggan meletakkan syariat meskipun sudah berjuta kali mereka mengisytiharkan Malaysia ini sebuah NEGARA ISLAM. Namun hakikatnya, Malaysia kini subur dengan maksiat dan mungkar. Gejala sosial makin berleluasa. Oh, zaman jahiliyah kembali.... Inilah kewajipan yang dipegang PAS, mengambil tampuk pimpinan agar mudah melaksanakan hukum dan syariat Allah. Penglibatan PAS di bidang siasah ini adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci.


Tidak nampak alasan yang munasabah bagi mereka yang hebat menolak perjuangaan PAS. Kemukankan bukti yang sahih sebelum mendakwa. Kita mencari kebenaran, bukan hanya cakap kosong, bukan hanya emosi tanpa berlaku adil. Media massa menyempitkan pemikiran kita. Keluar dari kepompong dan lihatlah kebenaran. Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak. Jangan hanya mendengar pada mereka yang berkepentingan untuk diri sendiri. Juga bukan pada mereka yang suka lompat melompat!! Saya rasa sampai disini sahaja pandangan ikhlas saya tentang PERJUANGAN PAS ini. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Anda semua berhak untuk suka atau tidak.

P/S : Saya kan rakyat Malaysia, ada hak untuk bersuara dan menyampaikan pandangan. Jadi, jangan halang saya.. (^_^)"


3 comments:

  1. yeah! betul tu.. tapi fsa xsokong mana2.
    maksudnye fsa kejar bayang2 sendiri lak ek?
    nnt kalau mengundi, fsa nak buat undi rosak.. ngeh3 :p

    ReplyDelete
  2. jgn dik.. tanggungjwab. diakhirat nanti, Allah tanya.. :)

    ReplyDelete
  3. picah ni nak kene neh..sy br daftar mengundi..yihaa =)

    ReplyDelete