Wednesday, December 21, 2011

Cerita Tentang Jodoh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, umur bertambah lagi setahun.. Maknanya, angka itu berubah.. Dari 23, menjadi 24. Itu kalau ikut tarikh lahir. Tapi, kalau ikut tahun, selang beberapa hari lagi umur aku berubah menjadi 25. Aku tak malu dengan umur aku. Mungkin sebagai ingatan buat aku yang kita hidup tak lama. Makin meningkat tahun, makin hampir kita pada kematian.

Di usia aku sebegini, aku masih single. Wah, bukan promote tapi, itu la hakikat yang harus aku akui. Mungkin tak laku (kata mereka di luar sana yang very updated person). Whatever!! Bila tiba ulangtahun kelahiran, pasti tak lepas dari ucapan sebegini : 'semoga cepat jodohnya', 'semoga cepat kawin' dan ade yang advance lagi 'semoga cepat dapat anak'. ~Blushing sekejap. Sebab tak kawin lagi. Hehehe.

Bila orang cakap pasal jodoh ini, aku rasa macam nak mintak orang tengah yang boleh dipercayai merisik Aiman Azlan ke, Mat Luthfi ke, Imam Muda ke, mane-mane la yang sesuai utk aku. (Hahahaa.. Tak leh bla la statement ni). Tak sanggup dah rasa hidup membujang di saat semua kawan-kawan aku menghantar kad undangan perkahwinan. Kuang3.. Rasa tercabar mungkin. Sebenarnya, ingin sekali aku mengikut jejak Saiyidatina Khadijah yang mulakan langkah merisik Baginda Rasulullah. Tapi, aku tak sekuat dan seberani Khadijah. Mungkin sebelum ini tak terfikir dek akal aku yang cetek nih. Tapi, muungkin juga kerana dorongan seorang sahabat yang selalu bermimpi agar ada khadijah melamarnya. Wah!! Kau, nak tunggu je ye.. Tak gentlement.. (Maaf ye, gurau!)


Tapi, aku tahu.. jodoh dan kawin ini bukan macam piece of cake. Yang kita boleh ambil ringan. Persediaan perlu. Mungkin Allah tahu, aku belum bersedia barangkali. Tanggungjawab itu besar. Perkahwinan satu amanah.

Insya Allah, aku tak mahu terpedaya dengan dunia. Manusia sekarang nak cari yang baik saja. Yang macam ustaz, macam ustazah. Jadi, ramai yang nak jadi ustaz, dan ustazah. Di laman FB, Twitter, Blog, semua dah mula mengeluarkan ayat-ayat cinta berbaur Islamik. Profile picture pulak, tak kurang yang letak gambar kartun islamic yang chomel, gambar yang sopan dan sebagainya. Maka, akan adalah manusia-manusia yang tertarik. Lalu jatuh hati. Lantas, mula berkenalan dan menjalinkan satu ikatan cinta yang islamic kata mereka. Indah.. Umpama mawar yang sedang mekar... Cinta di Muka Buku..

Ya Allah, aku tak mahu terlibat dan terjebak. Jika sampai masanya, aku terima dengan redha. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik dan sepadan denganku. Bantulah Aku Ya Allah.. Amin..

~Entry ini bukanlah dari seorang ustazah. Tapi, hanya dari aku, manusia biasa yang sedang berusaha mencari sinar, yang tak lepas dari dosa.

Tuesday, December 20, 2011

Mereka Tanya Aku Kenapa?

Assalamualaikum.

Bila aku diam, orang tanya... Kenape?
Aku terus diam lagi.. Apa nak kata? Memang aku nak diam.

Itu saje jawapan aku. Diam!
Tak tahu kenapa. Aku banyak diam kebelakangan ni. Ada macam satu perasaan yang aku tak mampu nak ceritakan pada sesiapa. Sedih mungkin. Tapi kenapa? Berdebar dan rasa cukup tak tenang. Sehingga saat aku menulis ini, hatiku masih tak tenang. Aku minta pada Dia.. Rungkai segala rasa ini. Aku tadabbur ayat-ayat cinta Dia. Tapi aku tak temui jawapannya. Mungkin ada, tapi aku kabur.

Aku cuba senyum, tapi senyum itu hambar. Konon cuba untuk tutup apa yang bermain di fikiran. Tapi, tak mampu. Senyum itu ukirannya tak seindah biasa.

Saat ini, aku tak mahu dengar apa pun dari sesiapa pun. Aku hanya mahu bersendiri. Mungkin, sendiri itu lebih baik untuk aku pulihkan apa yang aku rasa kini.

Friday, December 16, 2011

Oley!!


Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat..

Oley!! tu la tajuk video kat atas ni. Aku suka tengok video ni. Dah berapa kali repeat dah. Korang kena tengok ni. Baru jelas ape itu HUDUD. Takkan tak paham lagi kot. Ingat senang-senang ke nak potong tangan ngan kaki orang. Tapi, kalau tak paham jugak lagi, tak tau la nak habaq apa!! Paling best, ade Mat Luthfi... Oley!!

Wednesday, December 14, 2011

5 Blog Wanita Pilihanku 2011


Assalamualaikum..

Ni buat pertama kali dalam sejarah hidup aku berblogging, aku join benda alah ni.. Segmen by Abg Ben (Blogger Terhebat, Terhangat, Ter'macho') hehehe.. Tetibe rase macam ter'excited' nak join. Agak-agak kalau korang nak join, sila la klik kat SINI. Kat sana pun boleh.. Huhuhu. :P

Ok, ni senarai Blog Wanita Pilihan saya...

Cik Kartini Kamal
  • She inspired me...

  • Belog dia cumilll.. Dan ade je cerita Segamatnye.. :)

  • Haha.. Ni blog meluahkan perasaan secara terbuka yang saya suka bace. 

  • Kalau aku rasa lapar nak makan kek aku suka layan blog ni. Hari-kari lapar KEK.. hehehe..

  • Ni layan habis bace sini.. Emosi ade, spiritual ade, semua ade.. Melihat dari sudut seorang isteri.

Harapan untuk semua blog yang tercalon ini, semoga kalian akan terus menyumbang idea, ilmu dalam blog kalian yang ohsem ni.. Update la blog selalu kerana saya sentiasa baca blog kalian. (Walaupun tak updete).. Hehhehe..

Ok, mane nak join tu, cepat..cepat..cepat.. tutup pukul 5 petang ni!!!!

Ketika Marah

Assalamualaikum.

Bila bicara soal marah, siapa yang tak pernah marah? Mungkin marahnya tu terang-terangan, semua orang nampak. Mungkin ada yang marahnya, tak terlalu ketara, tapi masing-masing faham yang empunya diri itu sedang marah.


************
Saya pernah marah. Bukan jarang-jarang, tapi agak kerap. Mungkin kerana tak mampu nak mengawal emosi setelah lama bersabar. Tapi, tidaklah sampai keluar semua jurus dan teknik silat saya. Marah saya hanyalah melepaskan geram hanya dengan kata-kata, atau hanya diam seribu bahasa dan raut wajah yang mencuka.

Apabila kita marah, ramai yang menyarankan pada kita supaya kita bersabar. BERSABAR? BERSABAR? The same thing!!

Persoalannya, bukan mudah untuk bersabar. Berapa ramai yang mampu bersabar? Bersabar itu adalah satu perasaan yang berlawanan dengan sifat marah. Mana mungkin kita dapat bersabar dalam keadaan marah. Lalu bagaimana?

Sekarang saya cuba. Mungkin kalian pun boleh cuba. Saya cuba mengelakkan dari melakukan 'mind chat'. Ape tu? Bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Benar. Bila kita marah, kita akan berperang sendiri dengan akal fikiran kita. Dalam tempoh percubaan ini, saya cuba untuk bercakap dan meluahkan pada Allah.

Segala apa yang saya fikir, dengar, lihat dan rasa.. Semua saya kembalikan kepada Allah. Saat itu, segala rasa dan air mata saya tumpah dengan meluahkan pada Allah. Saya yakin, dengan meluahkan pada Allah, saya akan diberi kesabaran. Saya tidak perlu melawan rasa marah itu untuk bersabar kerana sabar itu akan dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya. Dengan itu, saya akan mencapai makna ketenangan.

****************
Ketika kita marah pada seseorang adalah penting untuk kita memalingkan muka ke arah lain. Inilah yang sering saya lakukan. Rasulullah s.a.w telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.

Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika saya marah sambil melihat muka orang yang kita marah, kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuat kita marah tanpa kita sedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Ini yang berlaku kepada saya sekarang. Tapi, saya dalam tempoh percubaan.

Maka, setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa KITA MESTI MARAH apabila melihat wajah mereka.

Kerana itu Rasulullah s.a.w menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat dari Rasulullah s.a.w meminta kita duduk ketika marah. Semuanya berkaitan dengan otak kita. 

************
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

InshaAllah. Saya sedang cuba.. Doakan saya.  

Thursday, December 8, 2011

KETAM.. ADE HATI NAK AJAR ANAK JALAN.

Assalamualaikum..

Ketam.. Masak lemak sedap, goreng cili pun sodap. Tapi, aku bukan nak cakap pasal camne nak masak ketam ye. Ketam mahal la nak beli.. (^_^)"


"Hahaahaaaaaaaa... Teruknya cara kamu jalan ketam!! Binatang ain semua jalan betul, kamu pulak jalannya senget". Kata ikan sambil ketawa mengejek cara si ketam jalan.. 

Ehem!!! Macam pertandingan bercerita kanak-kanak la pulak.. 

Si ketam yang sangat terkenal dengan sikap ego dan angkuh tu tak mahu terima kekurangan dirinya. Dia nak semuanya nampak hebat. Nak dirinya disanjung dan dipuji. Dia try nak jalan betul. Tapi, pastinya dia tak pernah sedar dia tu jalan nye senget benget. Dah berbulan masa dia habiskan. Tak kenal erti penat dan lelah. Dia tak kisah kalai kakinya tempang, sepitnya patah. Kawan-kawan dia dah nasihatkan dia suruh dia berhenti la dari buat benda yang sia-sia tu sebab dah memangnye fitrah dia macam tu. Tapi ketam tak nak dengar cakap kawan-kawan dia.

Pada suatu hari, jeng..jeng..jeng.. Ade la seorang nelayan baru pulang dari menagkap ikan terlihat akan sekumpulan ketam. Nelayan tu, ingat kan anak-anak di rumah, tangkap ketam buat masak sambal best jugak ketam ni. Nelayan tu pun kejar la ketam-ketam tersebut. Ketam lain larinya pantas nak selamatkan dirinya. Tapi dia, sebab kakinya dah tempang, sepitnya dah patah, dia tak dapat nak lari laju. Akhirnya, dia ditangkap oleh nelayan tersebut. Dah kena buat masak sambal.

Kesian ketam tu.. Tapi, aku bukan nak cerita pasal semangat ketam yang berkobar-kobar sehingga memakan diri dia sendiri tu. Ni nak cakap pasal ketam yang jalan senget, nak ajar anak dia jalan lurus. Ohh.. Memang tak masuk dek akal la. Dia dah jalan senget, camne nak tunjuk kat anak dia. Tak leh nak jadi role model la bro. Betulkan diri dulu, baru boleh betulkan org lain. Tapi, dah namannye ketam.. Memang jalannye begitu, So, jangan jadi ketam. Jadi la benda lain. 

Perumpamaan ketam mengajar anaknye jalan lurus ni memang dekat dengan kita, masyarakat melayu. Berapa ramai yang begitu? Di depan kita cukup baik menasihati kita. Tapi dia lupa, dia cepat bermegah, tutur kata lebih 'lebat' dari orang yang dinasihati. (Dalam kete duk ngumpat kami... Kami tahu.. Ade informer.)

Orang takkan respect kalau kita nak jadi ketam yang ajar anak berjalan. Walau luaran nampak baik, alim tok lebai.. Tapi, hakikatnya tak begitu. Ubah diri kita. Jangan cakap soal hijrah kalau kita tak mahu hijrah. 

Jangan nak prank orang lain sesuka hati sedangkan anda tak tahu ape yang berlaku. Menegur orang lain boleh, tapi, biarlah teguran itu juga yang kita semat dalam jiwa kita. 

~Dia memang takde adab. Bersabar Zuraidah. Dia kan dah tua..... Hahahaha..

Tuesday, December 6, 2011

LALAT... YE! LALAT.

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah.

Aku tak nak cerita perihal Maal Hijrah. Sebab aku tahu, dah banyak yang bercerita tentangnya. Dan, kita sendiri tahu tentang sejarah di sebalik makna Hijrah itu. Pastu, bila cakap pasal Hijrah ni, pasti kita tak lepas dari azam baru. (Mentality...) Tahun lepas punya azam pun tak lepas lagi, ade hati nak buat azam baru!! ~ ni untuk insan yang bernama Siti Zuraidah Binti Ismail.

Ok, tak mau pusing-pusing lagi, nak berbalik pada tajuk asal ye. Lalat!

Tadi, aku dengar satu program TV kat TV Al Hijrah. Madrasah Al Hijrah. Ade ustaz cerita sikit pasal lalat ni. Tak aku tahu (mungkin korang semua dah tahu kot) yang lalat ni ade penawarnya.

Bila kita tengok lalat yang banyak kat rumah kita, mesti ade satu rasa yang sangat rimas dan rasa yang sangat nak marah. Rasa macam nak pukul kasi mati semua je lalat-lalat itu. Especially, time musim lalat banyak tu, sampai nak kena pasang perangkap lalat, nak kena pasang lilin, sampai makan pun nak kena ade candle. Siang-siang pun candle light dinner.

Tapi, ade satu hadis berkaitan lalat nih.

Mengikut rekod Imam Bukhari daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad berkata, "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seprang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan sebelah sayapnya yang lain mempunyai racun." Hadis ni juga ade diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Sebelum ni, aku kalau lalat ni masuk dalam air, dengan air-air tu aku buang. Lalat kot...

Mengikut hadis tu, sayap lalat tu ade penawar, ade racun. So, kita pun tak tahu sebelah mana yang racun, sebelah mana yang penawar. Kalau korang perasan, lalat kalau jatuh dalam air, mesti senget sebelah. Satu sayap dia mesti dalam air. Korang tahu ke yang dalam air tu racun atau penawar? Sebab hadis tu suruh kita celupkan atau tenggelamkan dulu lalat tu kemudian keluarkan lalat tu sebab nak meneutralkan balik air tu. Bila dua-dua sayap dah tenggelam, air tu akan neutral semula. Takde la racun tu. Kalau yang tenggelam tu penawar, bila kita tenggelamkan lalat tu, tetap neutral air tu.

Kenapa dalam air? Mengikut kajian Luther S.West, lalat memerlukan air yang berterusan. Ini kerana lalat ni selalu mengeluarkan najisnya dalam bentuk cecair. Bila najis dia tu dah keluar, so, dia kena ganti dengan segera dengan air baru. Kalau lambat, tamat la riwayat lalat tu.

Seperti yang kita maklum, lalat pembawa penyakit kepada manusia. Memang tak disangkal lagi. Ade beberapa kajian yang telah dibuat oleh saintis barat mengenainya. Antaranya, kajian di Beijing pada tahun 1929 oleh H.Y Yao, I.C Yuan dan D. Huie mendapati bahawa bahagian luaran lalat mempunyai 3,683,000 kuman bakteria dan bahagian dalamannya mengandungi 6 hingga 8 kali ganda luarannya. Mak aiiii.. Banyak tu. Ade lagi kajian lain. Boleh Google ye.

"Dan pada sebelah sayapnya ada penawar". Ade penawar pulak? Ini boleh mengelirukan!! Jangan keliru. Ini ade kajiannya. Kajian mendapati bahawa ada kuman-kuman dan virus di dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. J.I. Duncan (1926) menemukan bahan-bahan aktif pembunuh bakteria dalam usus lalat rumah. Dan ade beberapa kajian lain.

"Maka celuplah lalat itu..." boleh dikatakan sebagai ikhtiar dan usaha yang betul bagi mengeluarkan penawar daripada lalat. Nabi Muhammad menggunakan istilah syifa' dengan maksud penawar. Kajian ke atas lalat Drosophilla oleh Profesor William L.Pak dari Universiti Purdue menemukan beliau dengan cara merewat penyakit kerosakan mata dan otak termasuk penyakit Alzheimer. Laporan ni ade dalam majalah National Academy of sciences, isu Nov. 9, 1999.

Menurut ustaz yang dalam Madrasah Al Hijrah tu, dia kata pakar bedah zaman Napolane yang namanya Larrey mendapati luka-luka cepat sembuh bila lalat yang berbentuk larva dicelup ke dalam luka. Teknik rawatan ni jugak pernah digunakan ke atas tentera-tentera yang cedera dalam perang dunia 1. Pakar bedah sering menggunakan larva bagi merawat radang tulang dan kematian sel.

Lihatlah apa yang ada pada seekor lalat. Binatang yang dilihat jijik. Tapi, hakikatnya hanya Allah yang mengetahui baik dan buruk setiap penciptaan Nya.

Seperti kita manusia juga, kita melihat seseorang itu hina dimata kita, tapi hakikatnya, Allah yang mengetahui. Mungkin dalam kehinaan mata kita, insan itulah yang lebih banyak berjasa dari kita. Renungkan kembali diri kita, agar kita mampu menghargai setiap ciptaan Allah yang Esa.

~ Terima Kasih Ya Allah...